Hari ini ulang tahunke 12 perkahwinan anakku Laila dan suami. Sengaja kami pilih 1 Jun sebagai tarikh perkahwinan, suatu tarikh penting di Sarawak. Di Sarawak hari ini cuti umum. Peribumi Sarawak merayakan gawai dayak, pesta selepas menuai.
Awal pagi saya dah hantar sms buat Laila dan suami untuk ucapkan kebahagiaan mereka. Kegembiraan dan kebahagiaan mereka juga kebahagiaan ayah dan ibunya.