Thursday, June 30, 2011

POTRET FAUNA (21) MURAI KAMPUNG

Burung murai Kampung @ Oriental Magpie Robin juga dikenali dengan nama burung kandang dan burung penimang.

Wednesday, June 29, 2011

POTRET FAUNA (20) MERPATI

Merpati atau dalam bahasa Inggeris dikeali dengan nama rock pigeon menjadi sebahagian burung peliharaan manusia. Ada juga yg suka memakan daging merpati. Merpati cepat membiak. Merpati di dalam foto ini dirakam di pasar Satok.

Tuesday, June 28, 2011

POTRET FAUNA (19) MERBAH KAPUR


Burung Merbah Kapur @ Yellow -vented bulbul antara burung yang paling senang dijumpai di Bandar raya Kuching. Selalu dijumpai berhampiran dengan rumah di bandar dan kampung dan akan memakan sisa makanan yang ditinggalkan manusia selain memakan buah-buahan liar di hutan

Monday, June 27, 2011

POTRET FAUNA (18) BURUNG MATI ANAK

Burung Mati Anak @ Plaintive cuckoo mempunyai kicauan yg merdu namun terasa seperti satu ratapan..mungkin itukah sebabnya ia dinamakan burung mati anak?

Sunday, June 26, 2011

POTRET FAUNA (17) LELAYANG DADA PUTIH

Burung Lelayang dada putih @ white breasted wood swallow dirakam di kawasan rumah saya di Kpg Tunku, Kuching.

Saturday, June 25, 2011

POTRET FAUNA(16) BURUNG KUNYIT KECIL

Burung Kunyit Kecil @Common Iora dirakam di sekitar kawasan Pustaka Negeri Sarawak. Mempunyai suara dan melodi yg sangat merdu dan indah.

Friday, June 24, 2011

POTRET FAUNA (15) BELATUK SAYAP MERAH

Burung Belatuk sayap merah @ crimson-winged woodpecker ini saya rakam di kawasan perumahan sekitar Jalan Klang Lama.

Thursday, June 23, 2011

POTRET FAUNA (14) BURUNG KUNYIT


Burung Kunyit Besar @ Black-naped Oriole dirakam di salah sebuah kawasan di tengah Kuala Lumpur. Burung Kunyit besar memakan serangga dan juga beri sebagai makanannya. Ia tinggal di kawasan hutan, kebun dan juga ladang.

Wednesday, June 22, 2011

POTRET FAUNA (13) KETITIR@MERBUK

Burung merbuk/Ketitir aka Zebra Dove dirakam di tepi rumah kami. Burungnya jinak. Pagi2 kami akan letakkan makanan seperti roti dan nasi di tepi rumah untuk geng2 fauna ini. Selain ketitir, banyak burung lain yg ikut datang untuk menikmati makanan yang disediakan termasuklah ciak kampung, merbah kapur, perling mata merah dan juga tekukur

Tuesday, June 21, 2011

POTRET FAUNA (12) KELICAP SEPAH RAJA

Burung Kelicap Sepah Raja @ Crimson Sunbird ditemui di kawasan MASJA, Petra Jaya

Monday, June 20, 2011

POTRET FAUNA (11) KELICAP MAYANG KELAPA

Burung Kelicap Mayang Kelapa @Brown-throated sunbird dirakam semasa outing di Taman Pustaka Negeri Sarawak.

Sunday, June 19, 2011

POTRET FAUNA (10) KENDI PISAU RAUT

Burung Kendi Pisau Raut @ Whimbrel yg saya rakam semasa outing di Sematan, Lundu.

Saturday, June 18, 2011

POTRET FAUNA (9) KELICAP BUKIT

Kelicap Bukit @ Olive-backed sunbird dirakam semasa menghisap madu bunga milik jiran saya.

Friday, June 17, 2011

POTRET FAUNA (8) KEDIDI PASIR

Burung Kedidi Pasir atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris dengan nama Common Sandpiper. Burung in saya rakam semasa outing di kawasan Pustaka Negeri Sarawak.

Thursday, June 16, 2011

POTRET FAUNA (7) HELANG KUIK @ CRESTED SERPENT EAGLE


Burung Helang Kuik @ Crested-serpent eagle, sejenis helang yang memakan ular sebagai habuannya. Saya rakam helang ini ketika ia hinggap di sebatang pokok di Kawasan Pustaka Negeri Sarawak.

Wednesday, June 15, 2011

POTRET FAUNA (6)HELANG LEBAH

Burung Helang Lebah @ Oriental Honey Buzzard dirakam di sebatang pohon kering berhampiran masjid Jamek negeri Sarawak. Helang jenis ini memakan larva dan madu lebah.

Tuesday, June 14, 2011

POTRET FAUNA (5) HELANG MERAH


Burung Helang Merah @ Brahminy Kite (Haliastur Indus) saya rakam di Pangkalan Kpg Semariang Batu.Burung ini tinggal di kawasan panatai dan juga tanah paya.

Monday, June 13, 2011

POTRET FAUNA (4) BUBUT

Burung bubut Besar @ Greater Caucal saya rakam berhampiran Masjid Jamek dan Bangunan DBKU, Petra Jaya. Burung bubut agak lemah dalam penerbangannya dan selalu berjalan di tanah mencari unggas. kekadang ia akan mencari telur burung-burung lain untuk dijadikan makanannya. Sebahagian masyarakat dunia menganggap bunyi burung ini membawa satu-satu petanda/omen.

Sunday, June 12, 2011

POTRET FAUNA (3) BELATUK BELACAN KECIL

Burung Belatuk Belacan Kecil @ Brown-capped Woodpecker aka Sunda Pygmy Woodpecker di rakam di kawasan Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya. Kawasan sekitar Pustaka Negeri Sarawak merupakan syurga bagi beburung pelbagai jenis.Ia merupakan jenis belatok yg habitatnya di kawasan paya bakau dan tepi pantai.

Saturday, June 11, 2011

POTRET FAUNA (2) BEBEREK LEHER BIRU

Burung Beberek Leher Biru @ Blue-throated beeeater dirakam di sekitar The Sanctuary (Kawasan Perumahan PUSAKA) di Petra Jaya. Ekor dan dadanya berwarna biru sedang di bahagian kepala berwarna coklat.