Tuesday, June 21, 2011

POTRET FAUNA (12) KELICAP SEPAH RAJA

Burung Kelicap Sepah Raja @ Crimson Sunbird ditemui di kawasan MASJA, Petra Jaya

Monday, June 20, 2011

POTRET FAUNA (11) KELICAP MAYANG KELAPA

Burung Kelicap Mayang Kelapa @Brown-throated sunbird dirakam semasa outing di Taman Pustaka Negeri Sarawak.

Sunday, June 19, 2011

POTRET FAUNA (10) KENDI PISAU RAUT

Burung Kendi Pisau Raut @ Whimbrel yg saya rakam semasa outing di Sematan, Lundu.

Saturday, June 18, 2011

POTRET FAUNA (9) KELICAP BUKIT

Kelicap Bukit @ Olive-backed sunbird dirakam semasa menghisap madu bunga milik jiran saya.

Friday, June 17, 2011

POTRET FAUNA (8) KEDIDI PASIR

Burung Kedidi Pasir atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris dengan nama Common Sandpiper. Burung in saya rakam semasa outing di kawasan Pustaka Negeri Sarawak.

Thursday, June 16, 2011

POTRET FAUNA (7) HELANG KUIK @ CRESTED SERPENT EAGLE


Burung Helang Kuik @ Crested-serpent eagle, sejenis helang yang memakan ular sebagai habuannya. Saya rakam helang ini ketika ia hinggap di sebatang pokok di Kawasan Pustaka Negeri Sarawak.

Wednesday, June 15, 2011

POTRET FAUNA (6)HELANG LEBAH

Burung Helang Lebah @ Oriental Honey Buzzard dirakam di sebatang pohon kering berhampiran masjid Jamek negeri Sarawak. Helang jenis ini memakan larva dan madu lebah.

Tuesday, June 14, 2011

POTRET FAUNA (5) HELANG MERAH


Burung Helang Merah @ Brahminy Kite (Haliastur Indus) saya rakam di Pangkalan Kpg Semariang Batu.Burung ini tinggal di kawasan panatai dan juga tanah paya.

Monday, June 13, 2011

POTRET FAUNA (4) BUBUT

Burung bubut Besar @ Greater Caucal saya rakam berhampiran Masjid Jamek dan Bangunan DBKU, Petra Jaya. Burung bubut agak lemah dalam penerbangannya dan selalu berjalan di tanah mencari unggas. kekadang ia akan mencari telur burung-burung lain untuk dijadikan makanannya. Sebahagian masyarakat dunia menganggap bunyi burung ini membawa satu-satu petanda/omen.

Sunday, June 12, 2011

POTRET FAUNA (3) BELATUK BELACAN KECIL

Burung Belatuk Belacan Kecil @ Brown-capped Woodpecker aka Sunda Pygmy Woodpecker di rakam di kawasan Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya. Kawasan sekitar Pustaka Negeri Sarawak merupakan syurga bagi beburung pelbagai jenis.Ia merupakan jenis belatok yg habitatnya di kawasan paya bakau dan tepi pantai.

Saturday, June 11, 2011

POTRET FAUNA (2) BEBEREK LEHER BIRU

Burung Beberek Leher Biru @ Blue-throated beeeater dirakam di sekitar The Sanctuary (Kawasan Perumahan PUSAKA) di Petra Jaya. Ekor dan dadanya berwarna biru sedang di bahagian kepala berwarna coklat.

Sunday, May 01, 2011

POTRET FAUNA (1) BANGAU


Saya mula merakam foto burung seawal Februari 2010 dan menyiarkannya di dalam laman sosial Facebook dan juga blog ini. Untuk tempoh itu saya sudah merakam tidak kurang daripada 50 jenis burung dan ia dirakam di sekitar Petra Jaya kecuali sebahagian kecil yang dirakam dari luar Petra Jaya. Berikut adalah senarai burung yang pernah saya rakam dan ia saya catat menurut susunan aksara. Saya harap dapat memuatnaik foto burung-burung ini setiap hari mulai hari ini,
Untuk Hari ini saya siarkan foto burung Bangau Kecil @Little Egret (Egretta garzetta.) Bangau Kecil mempunyai kedua-dua paruh nipis dan kaki panjang yang berwarna hitam.
Ia memburu makanan di air cetek.

Tuesday, March 22, 2011

ADHIA SARAH

6 Mac 2011 tarikh kelahiran cucu kelapan, Adhia Sarah. Adhia lahir kira-kira jam 2.15 petang, hari ahad. Ketika itu saya, isteri dan anak, Muhammad Fadli (dalam foto di atas) dalam perjalanan dari KL ke Sungai Petani untuk menziarah ibu Adhia.

Alhamdulillah, kami samapi di Bukit Mertajam jam 4.30 petang dan terus ke Klinik Persalinan untuk melawat ibu dan anak.

Giliran Laila dah selesai dengan kelahiran Adhia Sarah. Kini saya menanti satu lagi kelahiran dengan penuh debar. Menantu ketiga, Erda Asfar sedang menanti saat dan detiknya untuk melahirkan anak ke dua (cucu kesembilan). Semoga dipermudahkan Allah jua.

Wednesday, March 09, 2011

TENTANG BURUNG (27) TAKUR AKAR @ COPPERSMITHS BARBET


Semasa di Sungai Petani menziarah anak saya diketemukan dengan burung cantik ini yang datang hinggap di ranting sebuah pokok berhampiran rumah anak saya di Kpg Penghulu Him, Sg Layar, Sg Petani.