Sunday, October 22, 2006













Khairul & Kamalia 2006














Laila dan Khairul 1983


Kali terakhir Laila (anak sulung) beraya di Kuching pada tahun 2002. Tahun ini Laila dan famili akan beraya di Sungai Petani, di rumah ibu mertuanya. Aku memahami agak sukar bagi Laila untuk balik ke Kuching waktu ini kerana anak-anak masih bersekolah.
Telah menjadi kebiasaan Laila untuk datang ke Kuching ketika cuti hujung tahun.Dengan cara ini, masa bersama keluarga di Kuching lebih lama dan bolehlah aku melepaskan rindu pada cucu-cucuku.

Untuk Laila, suami, Eizral Yusaini dan anak-anak, Faiz, Juju dan Cici, kukirimkan salam aidil fitri dan cium sayang seorang ayah/ Tok wan.


Awal pagi ini Khairul Anwar(anak kedua) telah bertolak ke Sibu untuk beraya bersama isteri an anak-anaknya. Telah tiga tahun Khairul beraya di Sibu dan kebiasaan Khairul, awal pagi Syawal selepas Solat Aidil Fitri, dia akan buat panggilan telefon untuk mengucapkan salam sambil memohon kemaafan dariku dan isteri. Diikuti dengan esakan dan rasa sedih yang diluahkannya apabila mendengar takbir yang begitu mendayu dan memilukan. Begitulah Khairul, seorang anak yang tampak keras dan mempunyai daya kepimpinan tinggi tapi punya soft spot tersendiri..







Khairul 1993

No comments: