Saturday, March 17, 2007

LANAI SELERA





Hari ini, sabtu, 17 Mac 2007, merupakan hari bersejarah untuk seorang sahabat dalam dunia penulisan negeri Darul Hana, saudara Piee Ling. Beliau bergerak selangkah lagi ke hadapan dalam mengejar kemajuan hidup dengan membuka sebuah restoran di Yoshi Square, Pending.

Restoran yang diberi nama LANAI SELERA akan mula beroperasi pada 20 Mac 2007 ini. Saya hadir bersama isteri dan anak, Nurul.Seperti biasa ketibaan kami di restoran disambut oleh sdr Piee dengan mesra dan senyuman. Begitu juga isteri beliau yang cukup pandai melayan para jemputan dengan keramahan dan kemesraannya.

Saya berseloroh dengan sdr Piee, menyatakan bahawa Lanai Selera boleh dijadikan tempat lepak golongan penulis. Mungkin sebagai Anjung Pekasa. Satu cara membantu teman seperjuangan di dalam dunia penulisan.

Saya sebenarnya amat kagum pada sdr Piee kerana kekuatan mental dan keperkasaan semangat dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Saya melihat Piee sebagai ikon bagi mereka yang tidak pernah mengaku kalah. Saya masih ingat mesej beliau kepada saya selepas pilihan raya negeri yang lepas..Kalah biar bermaruah..

So..Piee, saya hanya mengharapkan kejayaan teman, membantu apa yang terdaya dan selebihnya kita serah pada Yang Esa. Dia penentu segala..semoga sdr terus maju dan berjaya...
Untuk teman-teman penulis, sasterawan, budayawan teknokrat..dan kerat-kerat yang pelbagai..amacam..JOM KITA KE LANAI SELERA.

1 comment:

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam,

InsyaAllah, Miza akan ajak suami ke Lanai Selera. Time buka dan tutupnya bila bang. Setiap hari ke boleh datang ke sana..