Setelah berkhidmat selam 35tahun 11 bulan dengan Kerajaan akhirnya aku akur atas bisikan hati kecilku. Aku perlu ucapkan selamat tinggal kepada teman-teman. Aku ingin kembali ke suatu zaman yg pernah kutinggalkan. Aku ingin melangkah bebas mengejar mimpi dan cita-cita yang telah lama berada di dalam kotak mindaku.
1 September 2007 ini rasmilah persaraanku dari perkhidmatan dengan Kerajaan. Terima kasih kepada Kerajaan yang telah memberi peluang kepadaku menabur khidmat.
Buat teman-teman yang masih berkhidmat, teruskan usaha dan komitmen sdr. Saya mendoakan kejayaan semua.
Every day of your life is a page of your history..mutiara kata Arab
Monday, August 27, 2007
Saturday, August 11, 2007
Majlis Perpisahan Hajrah Bee
19 Julai yang lalu saya sempat menghadiri majlis perpisahan buat Puan Hajrah Bee, yang akan bersara dari perkhidmatan kerajaan. majlis dianjurkan oleh Seksyen Gaji tempat belaiu ditempatkan dan saya selaku salah s eorang bekas staf Seksyen tersbut dijemput sama. Saya amat mengahrgai jemputan tersebut.
Pada majlis tersebut saya sempat merakam wajah-wajah warga JPNS , termasuk potret Puan Hajrah Bee untuk tatapan teman-teman.
Buat Puan Hajrah Bee, s elamat bersara dan selamat menempuh alam kehidupan yang lain. Semoga sukses selalu.
Pada majlis tersebut saya sempat merakam wajah-wajah warga JPNS , termasuk potret Puan Hajrah Bee untuk tatapan teman-teman.
Buat Puan Hajrah Bee, s elamat bersara dan selamat menempuh alam kehidupan yang lain. Semoga sukses selalu.
Monday, August 06, 2007
Sunday, August 05, 2007
MENJENGAH LEMBAH PUJANGGA
Teman tapi mesra...?
Tiga Jejaka Pekasa
gagah dan berwibawa....
gagah dan berwibawa....
Gadis Singapura dan puisi..
Tarian dari Acheh..
Pada 27 hingga 29 Julai yang lalu saya bersama empat orang teman telah mengikuti Pertemuan Sasterawan Nusantara yang berlangsung di Hotel Holiday Villa, Alor Setar, Kedah. Satu pengalaman yang cukup bernilai ditambah dengan lawatan ke tempat-tempat yang bisa merangsang minda untuk melahirkan kalut emosi yang terkumpul menunggu masa untuk meledak seperti gunung berapi.Pertemuan banyak berkisar di sekitar Melayu dan cabaran yang tak pernah surut. Kita harus menerima cabaran ini dengan penuh kekuatan. Tanpa cabaran dan rintangan tentu bangsa Melayu akan alpa. Tentangan dan cabaran yang tak kunjung surut ini akan memupuk kekuatan diri bagi bangsa Melayu menempuh segala dugaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)