Monday, November 17, 2008

KUMPULAN PUISI BINGKAI WAKTU

Dengan izin Allah kumpulan puisi persendirian saya yang pertama telah dilancarkan di Sibu sewaktu majlis penangguhan Bulan Bahasa di Sibu. Saya difahamkan pelancaran telah dilakukan oleh YB Awang Bemee. Saya bersyukur kerana setelah menanti begitu lama, setelah berusaha dengan bersungguh sungguh , saya sempat melihat antologi ini dilancarkan.
Bingkai Waktu memuatkan 101 buah puisi yang saya tulis untuk tempoh melebihi dua puluh tahun dan tentu sekali banyak peristiwa yang terakam di dalamnya, cerita diri dan manusia yang tinggal segar di dalam nubari diri.
Seperti saya catatkan di dalam antologi tersebut, Bingkai Waktu merupakan catatan sepanjang perjalanan, menghayati resah duka dan memahami budi seni, memerhati manusia dan kemanusiaan berlensakan kritis dan analitis, sesekali sinis. Bingkai Waktu adalah serpihan memori masa lalu yang sering mengocak hati yang sepi dan sendiri seperti pantulan cahaya yang sukar dimegerti.
Bingkai Waktu menjadi teriak dura manusia dan alam yang lama terabai, terkulai dan terbiar oleh suara dari kamar utama yang masih hanyut dibawa arus mimpi, manifestasi resah lelahinsan menelusuri kehidupan penuh bara, lajkaran potret cinta seorang jejaka terhadap Yang Esa, buana dan wanita pelengkap nurani.
Bingkai Waktu boleh didapati di kedai-kedai buku wakil Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagi teman teman yang sukar mendapatkannya di kedai-kedai boleh berhubung terus dengan saya. Isyaallah akan saya hantar kepada teman-teman. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya melalui emel: pharmy53@yahoo.com.my

No comments: