Zak dan isteri, Erda, bertolak dari Kuching menuju Sibu pada hari selasa, 24 Nov. dalam perjalanan ke Miri. Permohonan berpindah tugas ke Miri Erda telah diluluskan dan mulai 2010 beliau akan mengajar di sebuah sekolah menengah berhampiran kediaman mereka. Tentu sekali ayah gembira kerana akhirnya anakand berdua telah dapat hidup bersama sebumbung.
2 comments:
Salam Pak PenaBahari,
"salam aidul adha Pak",
"saya belum bersara dari pekerjaan, tapi kalau mahu bersama dalam antologi puisi mereka yang bersara itu bolehkan Pak ?",
Salam Zul,
Puisi Zul cantik dan sangat sesuai jika Zul antologikan secara bersendirian. Jika sudah ada psling kurang 100 buah puisi, kemukakan kpd DBP untuk permohonan penerbitan. Bagi antologi Pesara, sampai sekarang masih belum berhasil dikumpul lagi...Jika ada perkembangan lanjut saya beritahu Zul, ya.
Post a Comment