Tidak
banyak fakta dan cerita yang dapat saya peroleh dari orang tua mahupun saudara tua saya tentang kelahiran saya. Sampai hari
ini saya masih meragui tahun, bulan, apa lagi tarikh sebenar kelahiran saya.
Sijil kelahiran saya berwarna merah menandakan kelahiran saya dilapor lewat. Namun
menurut Allahyarham ibu, saya lahir di bulan Muharram pertengahan bulan , waktu dhuha, ketika
air sungai Sarawak mula surut.
Saya
dikatakan kuat menyusu hingga sangat menyukarkan ibu. Tugas-tugas sebagai
isteri pastinya terganggu sedikit kerana kegelojohan saya menyusu. Apa lagi
tidak ada orang lain yang boleh diharapkan ibu ketika itu kecuali ayah saudara kepada ayah saya yang tinggal bersama kami, Nenek Ghafoor.
Saya
dilahirkan tahun 1953 ketika itu usia ibu baru mencecah 23 tahun. Ada tiga orang saudara
saya yang lahir sebelum saya. Anak sulung ibu, perempuan di beri nama "Segera", lahir sekitar tahun 1944, musim Jepun menduduki Sarawak. Anak kedua ibu, lelaki, diberi nama Mahrof
dan lahir tahun 1947, dua tahun selepas Jepun menyerah kalah. Saudara ketiga saya, Sayara, perempuan, lahir dalam tahun 1949.
Ertinya ibu melahirkan anak pertama ketika usianya baru mencecah 15 tahun.
Jika
ditanya pada saya apa yang boleh saya ingat atau apa maklumat yang boleh saya
kutip tentang diri saya semasa kecil, saya rasa amat sedikit sekali. Yang
sangat saya ingati ialah kuda mainan untuk saya tunggangi dan saya kira ia dibeli oleh datuk saya yang ibu panggil dengan gelaran Mamu Ghafoor.
Datuk Ghafoor berasal dari India dan sangat meminati burung.Datuk Ghafoor berasal dari India dan sangat meminati burung. Di hadapan rumah kami, sebuah rumah pekerja yang disediakan oleh majikan ayah, terdapat sangkar burung yang dinaikkan di atas sebuah turus yang dihunjam kukuh. Saya masih ingat setiap pagi Datuk akan menaikkan sangkar burung menggunakan tali seperti kita menaikkan bendera. Saya tidak ingat berapa usia saya ketika itu tetapi itulah peristiwa dan detik-detik yang masih kekal dalam ingatan saya.
wajah Almarhumah ibu

No comments:
Post a Comment