Thursday, October 26, 2006


TERBUANG


1980an saya selalu mengikuti datuk dan pak saudara yang tinggal di Kpg Lidah Tanah pergi memancing dan melawat dusun buah-buahan datuk yang terletak di tebing sungai. Perjalanan menggunakan bot berinjin sangkut dengan kuasa kuda 5hp. Satu perjalanan yang cukup menyenangkan ketika ebun pagi baru nak menghilang, dingin terasa dan air sungai begitu sejuk dan bersih.
Memancing udang di kawasan Lidah Tanah ini amat menyeronokkan. Udang senang diperolehi ketika itu. Sekarang ni Sungai telahpun dibina penghaang bagi mengelakkan air masin dari muara sungai masuk kerana di sini merupakan tempat air dipam untuk minuman penduduk Kuching.

Gambar menunjukkan perahu yang pernah kami gunakan untuk memancing dan pergi ke dusun. Kini perahu itu telah uzur dan tersadai di tebingmenunggu saat ia terhapus terus. Begitulah kehidupan sebuah perahu...


Sunday, October 22, 2006













Khairul & Kamalia 2006














Laila dan Khairul 1983


Kali terakhir Laila (anak sulung) beraya di Kuching pada tahun 2002. Tahun ini Laila dan famili akan beraya di Sungai Petani, di rumah ibu mertuanya. Aku memahami agak sukar bagi Laila untuk balik ke Kuching waktu ini kerana anak-anak masih bersekolah.
Telah menjadi kebiasaan Laila untuk datang ke Kuching ketika cuti hujung tahun.Dengan cara ini, masa bersama keluarga di Kuching lebih lama dan bolehlah aku melepaskan rindu pada cucu-cucuku.

Untuk Laila, suami, Eizral Yusaini dan anak-anak, Faiz, Juju dan Cici, kukirimkan salam aidil fitri dan cium sayang seorang ayah/ Tok wan.


Awal pagi ini Khairul Anwar(anak kedua) telah bertolak ke Sibu untuk beraya bersama isteri an anak-anaknya. Telah tiga tahun Khairul beraya di Sibu dan kebiasaan Khairul, awal pagi Syawal selepas Solat Aidil Fitri, dia akan buat panggilan telefon untuk mengucapkan salam sambil memohon kemaafan dariku dan isteri. Diikuti dengan esakan dan rasa sedih yang diluahkannya apabila mendengar takbir yang begitu mendayu dan memilukan. Begitulah Khairul, seorang anak yang tampak keras dan mempunyai daya kepimpinan tinggi tapi punya soft spot tersendiri..







Khairul 1993

Saturday, October 07, 2006

AJK Persatuan Karyawan Sarawak bergambar bersama barisan kepimpinan GAPENA di Kuching baru-baru ini s emasa majlis Pengucapan Puisi Kemanusiaan.
Para peserta Majlis pengucapan Puisi Kemanusiaan yang diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada pertengahan September lepas.


Sunday, September 17, 2006




















SENDUDUK

Sewaktu hendak ke pejabat pada awal pagi jumaat lalu, saya terserempak dengan pohon senduduk yang mula mengeluarkan bunga yang berwarna ungu. Sungguh cantik sekali warnanya.

Sudah menjadi kebiasaan saya, tidak pernah meninggalkan kamera kemana sahaja saya pergi. Lantas saya rakamkan keindahannya untuk tatapan semua. moga anda juga teruja oleh kejelitaan bunga rimba ini.

Saturday, July 15, 2006

Dua orang puteri Perbendaharaan
Puteri Betong dan Puteri Mukah dengan post istimewa .
Betapa warna alam mempesona jiwa manusia, dan kitapun terlena, hanyut oleh warna-warna senja dan usia kita turut berlari, sesekali tidak terasa senja menjenguk usia. Lalu kita dibuai mimpi remaja dan kita terus menjadi remaja ketika senja menghampiri wajah dan usia.....

Thursday, June 29, 2006

Sesekali aku ingin kembali menatap masa lalu ...dan hari ini aku kembali ke pulau seribu kenangan menganyam mimpi ketika remaja...betapa masa cepat meninggalkan kita...

Wednesday, June 21, 2006

Batang Lupar ketika senja mengembalikan ingatan insan-insan tebingan tentang makhluk yang pernah dan terus menggugat keharmonian dan kesejahteraan warga . Dalam diam ia boleh menghrubirukan suasana ...dalam kalut ia mengembalikan kita ke satu titik persefahaman tentang pentingnya kesatuan...
Motobeca, pemandangan yang biasa dilihat di daerah kecil Lngga. Kreativiti berada di mana-mana...

Dari Pantu hendak ke Lingga
Singgah semalam di Sri Aman
Indah cintaku tidak terhingga
Seperti bunga kembang di taman

Saturday, June 17, 2006

Zaman kanak-kanak terlalu indah untuk dilupakan. Setiap detik, setiap peristiwa, setiap teman yang setia terus diingati sampai hari ini...betapa kita merindui zaman kanak-kanak itu....
Yesteryears

Semalam telah berlalu dan tidak akan kembali. Jika semalammu belum sampai pergunakan hari ini untuk mencipta keajaiban supaya esok akan lebih harmonis dan gemilang...

Sunday, June 04, 2006

sEPANJANG JALAN KE sADONG jAYA
DANIA MASYITAH

Saturday, June 03, 2006

Jambatan Kasih