Friday, December 22, 2006

PEKAN BATU KITANG
Hujung minggu lepas saya berkesempatan menjenguk pekan Batu Kitang yang terletak kira-kira dua puluh km dari bandar raya Kuching. Batu Kitang merupakan pekan yang semakin tertinggal oleh masa dan zaman. Saya tidak nampak perubahan pada pekan itu sejak 1970an ketika saya bertemu dengan seseorang di dalam kehidupan saya.Batu Kitang terus sunyi dan terpinggir.

Pekan yang terletak di tebing sungai Sarawak ini amat terkenal dengan jambatan Batu kitang yang suatu masa dahulu merupakan jambatan terpanjang di Sarawak.

Batu Kitang sebenarnya mengingatkan saya dengan kata-kata rang tua:
Di lopak air, ikan kitang menjadi tuan....begitukah?

Saturday, November 25, 2006


BAHASA JIWA BANGSAHilang Bahasa sakitlah jiwa...

Friday, November 17, 2006

Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said sedang mendeklamasikan puisi Suara Dari Dinding Dewan sambil diperhati dengan penuh kesungguhan oleh NORA 2 dan ABIZAI sewaktu Malam perasmian Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 7 di Kuala Lumpur.

Tuesday, November 14, 2006

KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU 7

Jais Sahok sewaktu mebentang pandangannya di Kongres



Minggu lepas saya berpeluang mengikuti kongres yang dianjurkan bersama oleh DBP dan GAPENA dan mendapat dokongan lebih lima puluh buah NGOs. Suara dan harapan amat jelas, KEMBALIKAN MARTABAT BAHASA MELAYU KE TEMPAT ASALNYA. Bahasa Melayu bahasa Nasional Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa yang tinggi yang boleh digunakan untuk membangunkan bangsa.
Suara kongres cukup jelas dan lantang walaupun dengan bersungguh sungguh ada pihak ingin menutup suara itu..
Antara yang ikut hadir termasuk Tuan Haji Taufiq Firdausi (lihat gambar), Abizai, Jais Sahok, Jaafar,Nora 11 dan Poul Nanggang.
Jais mewakili PEKASA sempat membentang pandangan selaku salah seorang ahli panel. Pandangan yang cukup baik dan mengagumkan..Syabas Jais.




Saturday, November 04, 2006


BATU KITANG
Di Lopak Air, ikan kitang menjadi raja.......

Ulu Sungai Sarawak di bawah jambatan Batu kitang, sumber air penduduk Bandar raya Kuching...Di seberang sungai terletak kampung yang cukup bersejarah, Kampung Lidah Tanah, tempat tinggalan pemerintah Melayu Sarawak zaman dahulu.

PENABAHARI DARI PENA MATA BOLA KELANA AKIRA

Terima kasih Kelana Akira

Friday, November 03, 2006

WAJAH-WAJAH KARYAWAN SARAWAK BERHARI RAYA

SEORANG DEKLAMATOR DARI SMK BATU KAWA DENGAN GAYA MENARIK SEMENTARA KETUA SATU PEKASAMENUNGGU GILIRANNYA




SETIAUSAHA PEKASA BERSAMA TETAMU DI MAJLIS RAMAH TAMAH ANJURAN PEKASA. TURUT KELIHATAN BEB SABARIAH ,CERPENIS PROLIFIK SARAWAK



KARYAWAN YANG PUNYA GAYA TERSENDIRI, KELANA AKIRA SEDANG MENDEKLAMASI SAJAKNYA



WAJAH-WAJAH KARYAWAN SARAWAK BERHARI RAYA

RENUNGAN PENYAIR TAUFIQ FIRDAUSI


KARYAWAN SAIE DRISS BERBAJU MELAYU BERCORAK UNIK


KARYAWAN MUDA YUSUF FANSURI BERSAMA TEMAN KETIKA BERKUNJUNG KE TERATAK PENABAHARI

Thursday, October 26, 2006


Famili foto Less Laila and Khairul


Melawat rumah saudara di Kpg Lidah Tanah

TERBUANG


1980an saya selalu mengikuti datuk dan pak saudara yang tinggal di Kpg Lidah Tanah pergi memancing dan melawat dusun buah-buahan datuk yang terletak di tebing sungai. Perjalanan menggunakan bot berinjin sangkut dengan kuasa kuda 5hp. Satu perjalanan yang cukup menyenangkan ketika ebun pagi baru nak menghilang, dingin terasa dan air sungai begitu sejuk dan bersih.
Memancing udang di kawasan Lidah Tanah ini amat menyeronokkan. Udang senang diperolehi ketika itu. Sekarang ni Sungai telahpun dibina penghaang bagi mengelakkan air masin dari muara sungai masuk kerana di sini merupakan tempat air dipam untuk minuman penduduk Kuching.

Gambar menunjukkan perahu yang pernah kami gunakan untuk memancing dan pergi ke dusun. Kini perahu itu telah uzur dan tersadai di tebingmenunggu saat ia terhapus terus. Begitulah kehidupan sebuah perahu...


Sunday, October 22, 2006













Khairul & Kamalia 2006














Laila dan Khairul 1983


Kali terakhir Laila (anak sulung) beraya di Kuching pada tahun 2002. Tahun ini Laila dan famili akan beraya di Sungai Petani, di rumah ibu mertuanya. Aku memahami agak sukar bagi Laila untuk balik ke Kuching waktu ini kerana anak-anak masih bersekolah.
Telah menjadi kebiasaan Laila untuk datang ke Kuching ketika cuti hujung tahun.Dengan cara ini, masa bersama keluarga di Kuching lebih lama dan bolehlah aku melepaskan rindu pada cucu-cucuku.

Untuk Laila, suami, Eizral Yusaini dan anak-anak, Faiz, Juju dan Cici, kukirimkan salam aidil fitri dan cium sayang seorang ayah/ Tok wan.


Awal pagi ini Khairul Anwar(anak kedua) telah bertolak ke Sibu untuk beraya bersama isteri an anak-anaknya. Telah tiga tahun Khairul beraya di Sibu dan kebiasaan Khairul, awal pagi Syawal selepas Solat Aidil Fitri, dia akan buat panggilan telefon untuk mengucapkan salam sambil memohon kemaafan dariku dan isteri. Diikuti dengan esakan dan rasa sedih yang diluahkannya apabila mendengar takbir yang begitu mendayu dan memilukan. Begitulah Khairul, seorang anak yang tampak keras dan mempunyai daya kepimpinan tinggi tapi punya soft spot tersendiri..







Khairul 1993

Saturday, October 07, 2006

AJK Persatuan Karyawan Sarawak bergambar bersama barisan kepimpinan GAPENA di Kuching baru-baru ini s emasa majlis Pengucapan Puisi Kemanusiaan.
Para peserta Majlis pengucapan Puisi Kemanusiaan yang diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada pertengahan September lepas.


Sunday, September 17, 2006




















SENDUDUK

Sewaktu hendak ke pejabat pada awal pagi jumaat lalu, saya terserempak dengan pohon senduduk yang mula mengeluarkan bunga yang berwarna ungu. Sungguh cantik sekali warnanya.

Sudah menjadi kebiasaan saya, tidak pernah meninggalkan kamera kemana sahaja saya pergi. Lantas saya rakamkan keindahannya untuk tatapan semua. moga anda juga teruja oleh kejelitaan bunga rimba ini.

Saturday, July 15, 2006

Dua orang puteri Perbendaharaan
Puteri Betong dan Puteri Mukah dengan post istimewa .
Betapa warna alam mempesona jiwa manusia, dan kitapun terlena, hanyut oleh warna-warna senja dan usia kita turut berlari, sesekali tidak terasa senja menjenguk usia. Lalu kita dibuai mimpi remaja dan kita terus menjadi remaja ketika senja menghampiri wajah dan usia.....

Thursday, June 29, 2006

Sesekali aku ingin kembali menatap masa lalu ...dan hari ini aku kembali ke pulau seribu kenangan menganyam mimpi ketika remaja...betapa masa cepat meninggalkan kita...

Wednesday, June 21, 2006

Batang Lupar ketika senja mengembalikan ingatan insan-insan tebingan tentang makhluk yang pernah dan terus menggugat keharmonian dan kesejahteraan warga . Dalam diam ia boleh menghrubirukan suasana ...dalam kalut ia mengembalikan kita ke satu titik persefahaman tentang pentingnya kesatuan...
Motobeca, pemandangan yang biasa dilihat di daerah kecil Lngga. Kreativiti berada di mana-mana...

Dari Pantu hendak ke Lingga
Singgah semalam di Sri Aman
Indah cintaku tidak terhingga
Seperti bunga kembang di taman

Saturday, June 17, 2006

Zaman kanak-kanak terlalu indah untuk dilupakan. Setiap detik, setiap peristiwa, setiap teman yang setia terus diingati sampai hari ini...betapa kita merindui zaman kanak-kanak itu....
Yesteryears

Semalam telah berlalu dan tidak akan kembali. Jika semalammu belum sampai pergunakan hari ini untuk mencipta keajaiban supaya esok akan lebih harmonis dan gemilang...

Sunday, June 04, 2006

sEPANJANG JALAN KE sADONG jAYA
DANIA MASYITAH

Saturday, June 03, 2006

Jambatan Kasih

Sunday, May 14, 2006

Wan with Juju, Kamalia and Dania

ANAK BAPAK
Mohd Fadli (fifth in the family) and his mother at the airport. This evening Fadli return to Kuantan after spending a week with us in Kuching. I'm going to miss him.

Friday, May 12, 2006

Zakariyya, anak keempat. Minggu depan ni kami sekeluarga akan ke KL untuk menghadiri majlis Konvo Zakariyya.

Monday, May 08, 2006

Suatu pagi di tepi tasik yang terletak berhadapan dengan Bangunan DUN Sarawak...tenang dan hijau
Hujung minggu lepas Faizal balik dari Ladang dengan membawa teman baru yang kami namakan Pak Tua.
Nurul cukup terhibur menatap Pak Tua.

Thursday, May 04, 2006

Santubong yang ayu
Cucu ketiga, Kamalia Aqilah dengan pose istimewanya

Sunday, April 09, 2006

Jika saudara ingin melihat ikan makan di tapak tangan, datanglah ke tasik Pustaka...anda pasti terpesona..
Sadong Jaya atau suatu ketika dahulu bergelar Pendam. Dua minggu lalu saya dan isteri berkunjung ke sana dan sempat membeli ikan yang masih segar. Anak-anak ini gemar sekali berdiri di pangkalan tempat pemunggahan ikan.
Bandaraya Kuching atau..Bandar raya Kuching?

Friday, March 31, 2006

Sempat bersembahyang jumaat di Masjid Bahagian Kapit, minggu lepas.

Saturday, March 25, 2006

Kapit kujejaki pertama kali, terasa kesepian mendakap diri apabila mentari kembali bersembunyi di sebalik kehijauan pohonan yang memagar bandar ini.
Nurul memperagakan cenderamata dari Mukah

Saturday, March 18, 2006

Lamin Dana
Sempat meluangkan sedikit masa ketika di Mukah . Sunyi, tenang dan amt memberangsangkan minda
Kpg Tellian Tengah, Mukah
Air yang mengalir dengan warna kehitaman membuat aku teringat pada kehidupan di awal enam puluhan...Mukah mengembalikan ingatan lampauku..AKUkah? MEREKAkah? MUkah?
Aku benar-benar teruja... sebuah puisi sedang bermain di mindaku...

Saturday, March 11, 2006

Welcome to Kuching, capital of the State of Sarawak. You'll be astonished by the beauty of Sarawak river especially when the sun started to set...a place like no other