Kisah Pemberontakan Seorang Anak Muda Terhadap "Sistem" Sebuah Sekolah Luar Bandar
Selesai membaca novel Floating Clouds minggu lepas saya membaca sebuah lagi novel hasil buah tangan penulis negara Matahari Terbit, Natsume Soseki, bertajuk BOTCHAN. Novel setebal 172 muka
Sebuah novel yang menarik hati saya walaupun cerita ini sebenarnya merupakan sebuah kisah remaja. Watak utama, Botchan yang juga pencerita novel ini, tinggal di
Setelah tamat persekolahannya Botchan dilantik menjadi guru matematik dan ditempatkan mengajar di sebuah sekolah menengah yang terletak di sebuah pekan kecil di pulau
Ketika di bertugas di sekolah ini Botchan bertembung dengan pelbagai watak manusia yang menghidupkan jalan cerita dengan suasana dan peristiwa yang amat menarik sekali. Dan menjadi satu kebiasaan Botchan memberi gelaran kepada watak-watak yang ditemuinya. Guru Besar sekolah diberi gelaran Badger, sejenis binatang yang tinggal di dalam lubang di tanah dan keluar waktu malam. Antara gelaran yang diberi kepada guru-guru di sekolah itu termasuklah Redshirt untuk penolong guru besar, porcupine untuk ketua guru matematik dan The Hanger untuk teman dan juga pengampu Redshirt.
Di sekolah ini Botchan berjumpa dengan manusia bersikap pura-pura, pengampu dan jujur. Dia melihat bagaimana manusia memperalatkan kedudukan mereka dan melakukan tindakan-tindakan kejam terhadap sesama teman. Cerita berakhir dengan Porcupine dipecat dan Botchan meletak jawatan. Tetapi sebelum mereka berdua kembali ke
Saya selesai membaca novel ini dalam masa tiga hari. Ini satu rekod peribadi saya selaku seorang yang lambat membaca. Saya membaca novel ini hingga larut malam. Sesuatu yang luar biasa bagi saya. Saya benar-benar terhibur membaca Botchan.
Sedikit maklumat tentang Penulis, Natsume Soseki, yang tercatat dikulit novel
Natsume Soseki merupakan salah seorang penulis terkemuka Jepun. Beliau dilahirkan di
Beliau dilantik sebagai pensyarah Kesusasteraan Inggeris di Universiti Imperial Tokyo dalam tahun 1903 sekembali dari England setelah menamatkan pengajian lanjut dalam pengajian kesusasteraan. Beliau merupakan anak jati Jepun pertama dilantik ke jawatan tersebut. Empat tahun berikutnya beliau menghasilkan novel-novel Iam a Cat, Botchan dan The Three-Cornered World.
Dalam tahun 1907 beliau meletakkan jawatannya di Universiti untuk menumpukan sepenuh masa dalam bidang kesusasteraan. Hasilnya lahirlah novel-novel yang menelusur tema-tema berkenaan dengan kesepian dan lain-lain kesan kehidupan moden sama ada sosial mahu pun psikologi. Anatara Novel yang dihasil termasuklah Sanshiro, And Then, The Gate, The Wayfarer dan Kokoro. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1916.
10 comments:
Salam.
Saya berkesempatan membaca novel Kokoro. Dan ia adalah pengalaman estetika yang paling menyentuh jiwa.
Saya ketagih novel penulis Jepun ketika ini. Masih tengah membaca KINSHU Autumn Brocade tulisan Teru Miyamoto.Tertarik hati benar cara penulisan mereka.Masih menunggu Q untuk dibaca ialah The Bamboo Sword and other Samurai Talesoleh Shuhei Fujisawa.Kalau Lan ada tajuk yang menarik untuk dicadangkan, sila maklumi saya.
Salam.
Abang tidak meminati karya-karya dari Haruki Murakami atau Kazuo Ishiguro?
Salam buat Roslan dan teman-teman,
Abg baru sja habis membaca Kafka on the Shore oleh Murakami. Novel-novel lain beliau belum lagi berkesempatan.
Kazuo Ishiguro? Abg cuba cari di kedai nanti.
Terima kasih atas informasinya.
Selamat membaca.
Salam abag Pharo!
Saya fikir, mengapa tidak saja abag menulis cerpen! Pembacaan abag sudah luas dan pelbagai. Cemburu jadinya saya!
Dengan asam garam pengalaman yang sudah melekat di dalam diri, saya berharap cerpen yang datang dari mata pena abang, pasti menarik!
Salam dari KL.
Salam,
Trima kasih atas cadangan yg jujur. Abg msh berusaha ke arah itu. Oh ya. Abg dah jumpa sebuah novel tulisan Kazuo Ishiguro bertajuk 'Never let me Go'di kedai buku semalam. Hari ini baca sikit.
Salam.
Setakat ini, saya dah membaca novel Penghujung Senja tulisan Kazuo Ishiguro.
Novel-novel dari Indonesia tak minat? Saya sekarang berada di awal muka surat novel Cantik Itu Luka, tulisan Eka Kurniawan.
Jikalau saya balik ke Sarawak, saya berharap dapat bersembang dengan abang Pharo sambil meneguk kopi di Starbuck, misalannya. Boleh berkongsi pandangan tentang sastera.
Salam!
Salam,
Abg terjumpa novel Ayat-ayat cinta yg dibeli oleh anak. Novel lain dari Indonesia, mungkin novel Pak Hamka. Yg Lain saya belum lagi menelusuri. Insyaallah mungkin masa terdekat.
Kalau ke Kuching bolehlah kita bersembang. Bawa Yusuf, Zakariyya, Hj Taufik dan juga Jaafar selain Dahiri, dan juga Faizal...kita boleh sembang di tebing sg Sarawak (Kpg Boyan) sambil menguhirup kopi panas.
Seronok mendengar rakan ada hobi yang amat menarik dan berefaedah: membaca, menulis dan berenang.
Agaknya kalau Pekasa atau mana-mana badan boleh adakan sesi Kelab Pembaca tentu lebih seronok dan lebih berstruktur.
Dalam sesi itu seseorang yang sudah membaca dengan teliti sesebuah karya mengemukakan laporan dan pandangannya secara teratur tentang bahan dibacanya.
Adakan sekali atau dua kali se bulan tidak perlu ramai dan boleh diadakan di sebuah tempat santai seperti di sebuah sudut kedai kopi atau sebagainya.
Buka kepada sesiapa sahaja yang berminat - untuk membuka horizon kepada semua kaum dan semua yang berminat.
Sekurang-kurangnya ada dua tiga faedah iaitu menggalakkan aktiviti membaca dengan serius, menggalakkan aktiviti menyediakan dan membentangkan laporan secara teratur dan akademik, memperluaskan pengetahuan peserta tentang karya-karya sastera pelbagai budaya dunia, mewujudkan rasa swetiakawan dan kerjasama penulis dan pembaca pelbagai kaum tanpa rasa cemburu dan takut orang lain lebih bagus. Selain itu ada aktiviti teratur bulanan atau dwimingguan.
Rasanya kalau idea ini dibawa ke Perpustakaan Negeri mungkin mereka dapat sediakan ruang dan penganjuran malah boleh adaq buletin atau newsletter sendiri.
Sekadar satu lagi idea daripada seorang pesara dikejauhan.
Salam sdr Saiee,
Pandangan sdr sungguh memukau. Saya pasti bawa kpd Pekasa untuk pertimbangan. Kalau tidak diterima sekalipun, saya akan buat secara santai bersama teman-teman yg ingin ikut serta.
Kalau sd dtg ke Kuching bolehlah kita minum kopi sambil sembang sastera bersama teman-teman di sini.
Post a Comment