Thursday, February 14, 2008

HILANGNYA SEBUAH MERCU TANDA

Menara Pelita
(Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak terletak di Tkt. 7 - 11)



Banjir melanda Kuching sekitar awal 1960an


Telah dirobohkan....




Bangunan dua tingkat ini asalnya merupakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak. Setelah bangunan baru Sekretariat siap dibina, bangunan ini diduduki pula oleh jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak dan Jabatan Audit. Saya sempat bertugas di sini sekitar tahun 1991 sebelum berpindah ke Miri.

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengosongkan bangunan ini dalam tahun 1995 kerana berpindah ke Menara Pelita yang terletak di Petra Jaya. Saya sempat bertugas di Menara Pelita selama lapan tahun sebelum bersara.

Hari ini bangunan lama Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak itu sudah tiada lagi . Ia telah diroboh awal tahun ini kalau tak silap, mungkin untuk membolehkan bangunan baru tumbuh...satu lagi mercu tanda bandar Kuching sirna...

2 comments:

Pak Asdy said...

Terima kasih kerana maklumat ini. Saya juga merasa sayu.

Pena_bahari said...

Saya hanya khuatir suatu hari anak cucu akan menyesali, seperti mana kita menyesali masjid Besar yg diroboh (sekitar 60an?).