Sunday, March 09, 2008

Kembara Sarawak



Esok saya bersama isteri dan anak, Nurul, akan memulakan perjalanan kami yang saya namakan kembara Sarawak. Perjalanan bermula sebelah pagi menggunakan L200 Mitsubishi akan membawa kami menjenguk setiap pekan dan bandar yang terdaya. Antara yang saya cadang lawati termasuklah Serian, Pantu, Engkilili,Sri Aman, Betong, Roban , Spaoh hingga Sarikei.
Mungkin bermalam di Sarikei semalam sebelum meneruskan perjalanan sehingga Miri atau mungkin setakat Bintulu, tengoklah kemampuan saya.
Lain-lain bandar yang saya ingin nak lawat termasuklah Kanowit, Tatau, Niah dan Bekenu.
Doakan keselamatan kami. Selesai kembara saya cuba poskan foto-foto yang diambil. Begitulah rencana saya. Semoga direstui Ilahi.

2 comments:

Yusuf Fansuri said...

Semoga perjalanan Abg dan keluarga di bawah lindungan-Nya jua... moga perjalanan ini akan membuahkan sesuatu yang magik dari Abg. Ya... Allah peliharalah Abg Pharo dan keluarganya selalu.... Amin

Penabahari said...

Alhamdulillah. Perjalanan telah berakhir dengan selamat. Terima kasih atas doa adinda Yusuf.Abg sampai semalam jam 6.00 petang.