Every day of your life is a page of your history..mutiara kata Arab
Monday, June 30, 2008
ANTOLOGI PUISI PESARA SARAWAK (update)
Tanah Air Kita
aku genggam tanah ini bagaikan sebutir mutiara
sejuknya bagaikan embun dari s emua benua
warnanya kegemerlapan jalur-jalur pelangi...
Sebuah Episod Kemajuan
(sambutan ulang tahun ke 30 SPU)
...
sudah tiga puluh tahun
kau berkembang berputik dan bercabang
megah dan berkat...
Mutiara Di Puncak Mahligai
(sempena persaraan Datu Dr.Hatta Solhee)
kalau esok ada subuhnya
akan ada cahaya yang menyinari hari
dan kita kan tetap bersua
JIRAN KITA
Adat berjiran
adalah peninggaln moyang kita
membesar di bawah tamadun subur
berdiri dalam usia megah
di alam maya...
Jati Diri
Bila kita lahir di dunia ini
pastikan kita benar-benar
seorang manusia tulen
Kita Bertemu Di sini
saban tahun kita di sini
seperti malam ini
berkumpul dan merisik
siapa deklamator
yang menjadi juara
Masih ramai teman-teman pesara yang telah menulis puisi. Saya mohon kerjasama teman-teman mengemukakan puisi-puisi sdr agar boleh kita antologikan. Biar antologi ini menjadi satu rekod peribadi kita untuk tatapan anak cucu kemudian hari. Tolong sampaikan mesej ini kepada para pesara.
Tuesday, June 24, 2008
SADONG JAYA
Telah menjadi kebiasaan bagi saya, setiap dua ke tiga bulan sekali saya dan isteri akan mengunjungi pecan kegemaran kami, Sadong Jaya. Sebenarnya sebelum ini Sadong Jaya lebih terkenal dengan nama asalnya, PENDAM. Seingat saya dalam tahun 80an ia ditukar dengan nama baru yang lebih sedap didengar, Sadong Jaya.
Sadong Jaya atau Pendam mula meniti di bibir saya ketika berkhidmat di daerah Simunjan (Sadong Hilir) sekitar awal 70an. Saya di
Pemergian kali ini kami bernasib baik. Di gerainya terdapat penduduk tempatan menjual ikan-ikan yang segar yang baru sahaja dibawa balik oleh para nelayan. Saya sempat membeli beberapa jenis ikan seperti ikan empirang, ikan lumek , ikan terubuk dan juga ikan gonjeng. Harganya amat murah sekali. Selain ikan saya juga membeli sekilo dua udang yang lebih dikenali dengan nama payak.
Ikan-ikan yang dibeli dibubuh air batu yang agak banyak supaya ia boleh bertahan sehingga sampai ke rumah. Dah dapat ikan kami tak banyak cerita terus memandu pulang dengan ole-ole kami, tapi sbelum pulang sempat juga pekena air kopi dan sedikit kuih di gerai Sadong Jaya.