Monday, June 30, 2008

ANTOLOGI PUISI PESARA SARAWAK (update)

Sehingga kini saya telah terima enam buah puisi untuk dimasukkan ke dalam antologi. Puisi-puisi ini merupakan sumbangan saudara A.B. Nor, sasterawan Sarawak yang sangat saya hormati kerana hati budi yang mulia. Di bawah ini saya tunjukkan fragmen puisi-puisi tersebut:

Tanah Air Kita

aku genggam tanah ini bagaikan sebutir mutiara
sejuknya bagaikan embun dari s emua benua
warnanya kegemerlapan jalur-jalur pelangi...

Sebuah Episod Kemajuan
(sambutan ulang tahun ke 30 SPU)
...
sudah tiga puluh tahun
kau berkembang berputik dan bercabang
megah dan berkat...

Mutiara Di Puncak Mahligai
(sempena persaraan Datu Dr.Hatta Solhee)

kalau esok ada subuhnya
akan ada cahaya yang menyinari hari
dan kita kan tetap bersua

JIRAN KITA

Adat berjiran
adalah peninggaln moyang kita
membesar di bawah tamadun subur
berdiri dalam usia megah
di alam maya...

Jati Diri

Bila kita lahir di dunia ini
pastikan kita benar-benar
seorang manusia tulen

Kita Bertemu Di sini

saban tahun kita di sini
seperti malam ini
berkumpul dan merisik
siapa deklamator
yang menjadi juara


Masih ramai teman-teman pesara yang telah menulis puisi. Saya mohon kerjasama teman-teman mengemukakan puisi-puisi sdr agar boleh kita antologikan. Biar antologi ini menjadi satu rekod peribadi kita untuk tatapan anak cucu kemudian hari. Tolong sampaikan mesej ini kepada para pesara.



No comments: