Tuesday, June 24, 2008

SADONG JAYA

Telah menjadi kebiasaan bagi saya, setiap dua ke tiga bulan sekali saya dan isteri akan mengunjungi pecan kegemaran kami, Sadong Jaya. Sebenarnya sebelum ini Sadong Jaya lebih terkenal dengan nama asalnya, PENDAM. Seingat saya dalam tahun 80an ia ditukar dengan nama baru yang lebih sedap didengar, Sadong Jaya.

Sadong Jaya atau Pendam mula meniti di bibir saya ketika berkhidmat di daerah Simunjan (Sadong Hilir) sekitar awal 70an. Saya di sana selama lebih tiga tahun.

Tiga minggu lepas saya dan isteri berkunjung lagi ke Sadong Jaya. Kami bergerak dari ruamh agak lewat, sekitar jam sebelas pagi, kalau tak silap. Saya ke sana kerana ingin membeli hasil petani yang dijual sepanjang jalan, begitu juga dengan hasil laut

Pemergian kali ini kami bernasib baik. Di gerainya terdapat penduduk tempatan menjual ikan-ikan yang segar yang baru sahaja dibawa balik oleh para nelayan. Saya sempat membeli beberapa jenis ikan seperti ikan empirang, ikan lumek , ikan terubuk dan juga ikan gonjeng. Harganya amat murah sekali. Selain ikan saya juga membeli sekilo dua udang yang lebih dikenali dengan nama payak.

Ikan-ikan yang dibeli dibubuh air batu yang agak banyak supaya ia boleh bertahan sehingga sampai ke rumah. Dah dapat ikan kami tak banyak cerita terus memandu pulang dengan ole-ole kami, tapi sbelum pulang sempat juga pekena air kopi dan sedikit kuih di gerai Sadong Jaya. Ada semacam ikatan antara saya dan Sadong Jaya, tapi apa ya?





PAYAK



IKAN GONJENG


IKAN EMPIRANG

2 comments:

roslan jomel said...

Salam abang Pharo.

Ya Rabbi! Meleleh air liur orang di Malaya!

Penabahari said...

gik raso kitak. Urang nyuruh balit sik nengar. cuba tulung kamek situk ngajar penulis tua babo mcm kamek yg byk merajuk di situk.

Salam Roslan. Jgn marah ya..ole-ole dari Mukah masih belum terluah.