Thursday, January 08, 2009

Bermula 2009


Juju aka Zulaikha


Cici aka Dania


Kamalia


Fatinah


Khairul Anwar


Aku bangun ketika azan subuh berkumandang melalui mikrofon dari surau-surau di sekitar Taman Perumahan kami. Hari ini, 5 Januari 2009, persekolahan bermula. Cucu-cucuku bersama Nurul mula sibuk dengan persediaan masing-masing. Bagi Dania,5 dan Fatinah, 4, hari ini merupakan hari pertama mereka berkenalan dengan alam persekolahan. Tak dapat kugambarkan apa yang ada di dalam kotak fikiran mereka ketika ini. Bagi anakku, Nurul dan cucu-cucuku, Faiz, 10, Juju, 7 dan Kamalia, 6, bersekolah sudah menjadi kebiasaan lantas tidaklah mereka terasa tekanannya.

Dania akan mula belajar di Tadika Kemas di Kpg Tunku. Fatinah pula akan bersama kakaknya, Kamalia di Tadika Hikmah. Juju akan belajar di SK RPR dalam darjah satu bersama abangnya, Faiz, 10, yang akan berada di dalam Tahun 5.Nurul akan meneruskan sekolahnya di SK Datuk haji Abdul Kadir Hassan dalam Tahun 4.Seronok datuk melihat cucu-cucu ke sekolah. Tiada yang menangis setakat ini. Jam 100 nanti, ibunya akan mengambil mereka dari Tadika.

petangnya aku dan isteri ke Lapanagan terbang Kuching menghantar Khairul yang akan ke KL. Khairul di pindah kerja ke KL mulai hari ini. Khairul menjejaki adik-adik yg sudah berada di Semenanjung. CT di Shah Alam manakala Fadli di Pasir Gudang. Ah.. mengapa perpisahan sering berlaku? Mungkin perpisahan itu perlu dalam kehidupan. Kita perlu berlatih berpisah.Apa yang kuharapkan perubahan beginiakan sentiasa membawa kepada kebaikan jua. Begitu harapanku.

Berbicara tentang perubahan mengingatkan aku pada mutiara kata yang kukutip dari sebuah laman di alam maya. Biar kuakhiri catatan ringkas ini dengan memaparkan mutiara kata itu:

"LIFE CAN EITHER BE ACCEPTED OR CHANGED. IF IT IS NOT ACCEPTED IT MUST BE CHANGED. IF IT CANNOT BE CHANGED, THEN IT MUST BE ACCEPTED"

2 comments:

CT said...

Tak apalah bang, perpisahan yang sementara saja kan? Nanti cuti kan dia orang balik...jangan sedihlah bang! CT pun tak lama lagi tak dapat selalu bersama anak CT kerana dia akan dikenakan kerahan tenaga selepas saja dia tamat belajar June nii:(
CT faham perasan abang...isteri abang tentu lebih sedih lagi sebab dia ibu mereka. Terpaksalah kita selalu membujuk hati kita sendiri...Apa nak buat bang!

Pena_bahari said...

Thanks CT for the comfort.