Kira-kira jam 4.45 petang tadi saya ke Pasaraya Spring. Saya belum pernah ke sana sejak pembukaannya. Tujuan utama untuk membeli buku di gudang buku MPH. Kalau di KL saya akan membeli buku di Gudang buku Boarders. Pada masa-masa tertentu di Kuching, saya selalunya akan berkunjung ke kedai buku berhampiran kawasan Satok dan juga The Times di Parkson.
Dengan memandu kereta Kancil bersendirian saya ke Spring dan sampai di sana terus mencari MPH. Setelah bertemu saya pergi ke rak buku fiksyen. Pandangan saya tertumpu pada sebuah buku bertajuk Star Book tulisan Ben Okri. Seperti biasa, saya mencapai buku tersebut dan membaca catatan di belakang. Biasanya komentar yang tertulis di kulit belakang buku boleh memberi sedikit panduan tentang isi buku itu.
Tapi bagi saya Ben Okri bukan penulis asing dari segi pembacaan novel saya. Sebelum ini saya telah membeli lima buah daripada buku tulisan novelis kelahiran Nigeria ini. Buku-buku yang telah saya beli dan baca adalah Astonishing the gods, Dangerous Love, The Famished Road, In Acadia dan Infinite Riches.Saya jelas amat tertarik dengan gaya tulisan Okri dan setiap kali menemui buku tulisannya saya pasti membeli. Ada beberapa buah tajuk lagi yang belum saya ketemu.
Membaca jalan hidup yang dilaluinya membuat kita kagum betapa kecekalan dan kesukaran membuka ruang untuk kreativiti dalam dirinya lahir dalam bentuk puyisi dan novel. Cara penceritaan Ben sungguh menakjubkan. Dia menulis sesuatu yang indah dan menghiburkan. Membaca novel tulisan Ben Okri akan pasti membawa si pembaca bersama-sama di dalam ceritanya. Sungguh menakjubkan.
Novel Star Book yang saya beli belum lagi saya baca kerana saya masih membaca dua buah buku lain. Saya harap dapat membaca Star Book awal Mac ini.
Catatan ringkas saya akhiri dengan mutiara kata Ben Okri. Katanya,
“ Politic is the art of the possible; creativity is the art of the impossible.”
9 comments:
Salam ayahanda.
Untuk mendengar suara baharu sastera Jepun, selain Haruki Murakami, jangan lupa kepada Hitomi Kanehara. Penulis perempuan, masih muda yang lebih radikal penulisannya.
TK anakanda atas maklumat yang bernilai itu. Ayahanda akan mula mencarinya. Salam sastera.
Salam Pak
Apa khbr? Lama tak singgah.Rajin ya membaca.baguslah tu. Membaca tu kan jambatan ilmu
Salam Salbie,
ada kelapangan kmk baca sikit-sikit. Kmk lom jumpa buku tulisan kitak. Apa nama novel tulisan kitak. Boleh kita cari di sini.
Semoga terus sukses.
Wsalam Pak
Tls bhsa sarawak, nasib baik saya fhm hehehe
SAya br dlm proses nk htr nvl pak, selama ni byk tls rencana, sajak dan cerpen je kmdian htr ke majalah dan penerbitan yg kecil2 aje.
cth mss dh dihtr, cuma tunggu kelulusan penerbit je pak.Terima kasih, doa pak menguatkn saya utk trs sukses.
Pak, nk tanya, saya blh join jugak ke menulis dlm antologi puisi pesara tu?
Pak saya tak tls nvl lagi, br dlm proses penghantaran.Sblm ni tls sajak, rencana dan cerpen je ke penerbitn kecil2 je
Blh jugak ke kalau saya join untk Antologi Puisi pesara tu?Mcm berminat sangat hehehe
Salam Salbie,
Bapak sentiasa doakan yg baik buat Salbie. Semoga mencapai kejayaan dalam penulisan.Bahasa Swk senang ajak kan. Kalau sik faham boleh tanya dengan anakanda Roslan Jomel. Cdgn Antologi puisi itu untuk pesara. Ehh..Sal belum bersara lagikan?..tapi kalau bapak ada buat antologi puisi lain selainj itu, bapak ajak Salbie sekali, ok.
OOO saya dh lama jd pesara drp bekerja dgn org pak, tak blh ke dianggap pesara?hehehe
Jgn lupa tau, ajak saya, itupun kaalu pak sudilah.
hehehe..antologi seterusnya, pasti bawa Salbie bersama. Sedia awal ya...
Post a Comment