DON'T HURRY
Every day of your life is a page of your history..mutiara kata Arab
Wednesday, January 10, 2007
Wednesday, January 03, 2007
On the first of January, My CT left home, for the first time away from her parents. She is among the thousands of young Malaysians sent for national service. She would be away in Bukit Saban Camp Betong for next three months.
Little did I realised how fast the time moved. CT looked confident and strong and I prayed to Allah that she be consistent with the strength and would complete the service and coming backwith strong character.
It looks funny too when all her four elder brothers went to the Stadium Perpaduan, Kuching to bid her farewell. I felt touched by the love shoiwn by the brothers. CT must be proud of her brothers. I definitely am.
Yesterday she called home. Her mum picked up the phone. She talked about when we are allowed to visit her. Yeah..that's what I am waiting for..a long drive to Betong.
Friday, December 22, 2006
PEKAN BATU KITANGHujung minggu lepas saya berkesempatan menjenguk pekan Batu Kitang yang terletak kira-kira dua puluh km dari bandar raya Kuching. Batu Kitang merupakan pekan yang semakin tertinggal oleh masa dan zaman. Saya tidak nampak perubahan pada pekan itu sejak 1970an ketika saya bertemu dengan seseorang di dalam kehidupan saya.Batu Kitang terus sunyi dan terpinggir.
Pekan yang terletak di tebing sungai Sarawak ini amat terkenal dengan jambatan Batu kitang yang suatu masa dahulu merupakan jambatan terpanjang di Sarawak.
Batu Kitang sebenarnya mengingatkan saya dengan kata-kata rang tua:
Di lopak air, ikan kitang menjadi tuan....begitukah?
Friday, November 17, 2006
Tuesday, November 14, 2006

Minggu lepas saya berpeluang mengikuti kongres yang dianjurkan bersama oleh DBP dan GAPENA dan mendapat dokongan lebih lima puluh buah NGOs. Suara dan harapan amat jelas, KEMBALIKAN MARTABAT BAHASA MELAYU KE TEMPAT ASALNYA. Bahasa Melayu bahasa Nasional Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa yang tinggi yang boleh digunakan untuk membangunkan bangsa.
Suara kongres cukup jelas dan lantang walaupun dengan bersungguh sungguh ada pihak ingin menutup suara itu..
Antara yang ikut hadir termasuk Tuan Haji Taufiq Firdausi (lihat gambar), Abizai, Jais Sahok, Jaafar,Nora 11 dan Poul Nanggang.
Jais mewakili PEKASA sempat membentang pandangan selaku salah seorang ahli panel. Pandangan yang cukup baik dan mengagumkan..Syabas Jais.
Saturday, November 04, 2006
Friday, November 03, 2006
WAJAH-WAJAH KARYAWAN SARAWAK BERHARI RAYA

SEORANG DEKLAMATOR DARI SMK BATU KAWA DENGAN GAYA MENARIK SEMENTARA KETUA SATU PEKASAMENUNGGU GILIRANNYA

SETIAUSAHA PEKASA BERSAMA TETAMU DI MAJLIS RAMAH TAMAH ANJURAN PEKASA. TURUT KELIHATAN BEB SABARIAH ,CERPENIS PROLIFIK SARAWAK
KARYAWAN YANG PUNYA GAYA TERSENDIRI, KELANA AKIRA SEDANG MENDEKLAMASI SAJAKNYA
Thursday, October 26, 2006

TERBUANG
1980an saya selalu mengikuti datuk dan pak saudara yang tinggal di Kpg Lidah Tanah pergi memancing dan melawat dusun buah-buahan datuk yang terletak di tebing sungai. Perjalanan menggunakan bot berinjin sangkut dengan kuasa kuda 5hp. Satu perjalanan yang cukup menyenangkan ketika ebun pagi baru nak menghilang, dingin terasa dan air sungai begitu sejuk dan bersih.
Memancing udang di kawasan Lidah Tanah ini amat menyeronokkan. Udang senang diperolehi ketika itu. Sekarang ni Sungai telahpun dibina penghaang bagi mengelakkan air masin dari muara sungai masuk kerana di sini merupakan tempat air dipam untuk minuman penduduk Kuching.
Gambar menunjukkan perahu yang pernah kami gunakan untuk memancing dan pergi ke dusun. Kini perahu itu telah uzur dan tersadai di tebingmenunggu saat ia terhapus terus. Begitulah kehidupan sebuah perahu...
Memancing udang di kawasan Lidah Tanah ini amat menyeronokkan. Udang senang diperolehi ketika itu. Sekarang ni Sungai telahpun dibina penghaang bagi mengelakkan air masin dari muara sungai masuk kerana di sini merupakan tempat air dipam untuk minuman penduduk Kuching.
Gambar menunjukkan perahu yang pernah kami gunakan untuk memancing dan pergi ke dusun. Kini perahu itu telah uzur dan tersadai di tebingmenunggu saat ia terhapus terus. Begitulah kehidupan sebuah perahu...
Sunday, October 22, 2006

Khairul & Kamalia 2006

Laila dan Khairul 1983
Kali terakhir Laila (anak sulung) beraya di Kuching pada tahun 2002. Tahun ini Laila dan famili akan beraya di Sungai Petani, di rumah ibu mertuanya. Aku memahami agak sukar bagi Laila untuk balik ke Kuching waktu ini kerana anak-anak masih bersekolah.
Telah menjadi kebiasaan Laila untuk datang ke Kuching ketika cuti hujung tahun.Dengan cara ini, masa bersama keluarga di Kuching lebih lama dan bolehlah aku melepaskan rindu pada cucu-cucuku.
Untuk Laila, suami, Eizral Yusaini dan anak-anak, Faiz, Juju dan Cici, kukirimkan salam aidil fitri dan cium sayang seorang ayah/ Tok wan.
Awal pagi ini Khairul Anwar(anak kedua) telah bertolak ke Sibu untuk beraya bersama isteri an anak-anaknya. Telah tiga tahun Khairul beraya di Sibu dan kebiasaan Khairul, awal pagi Syawal selepas Solat Aidil Fitri, dia akan buat panggilan telefon untuk mengucapkan salam sambil memohon kemaafan dariku dan isteri. Diikuti dengan esakan dan rasa sedih yang diluahkannya apabila mendengar takbir yang begitu mendayu dan memilukan. Begitulah Khairul, seorang anak yang tampak keras dan mempunyai daya kepimpinan tinggi tapi punya soft spot tersendiri..Khairul 1993
Subscribe to:
Posts (Atom)














