Pagi ini saya bertemu sdr Sabin Talip di rumah saya. Kedatangan Sabin bertujuan untuk mendapat bantuan membuat blog beliau dan alhamdullillah blog sdr Sabin telah dilancarkan pagi ini. Alamat blog beliau ialah:
http://talipsabin.blogspot.com
Pada masa yang sama beliau juga telah menyerahkan lapan buah puisi untuk dimasukkan ke dalam antologi Puisi Pesara Sarawak yang ingin kami terbitkan.Puisi- puisi beliau ialah:
BAKUN
bila kusebut namamu
pepohon dan dedaun kehijauan
begitu tenang melambaikan....
......
sebuah legenda pusaka bonda yang ditinggalkan
akan tenggelam di d alam tasik penjana
BULAN MENGAMBANGLAH BERPANJANGAN
....
adakah sinar itu penyuluh laman
atau sekadar penyuluh bayi dalam buaian...
KEHIJAUAN PANTAI DAMAI
..membalut lembut pada batu-batan
dengan menghitung buih pada ombak beralun merintih
mungkinkah membawa seribu harapan
DI DADAMU AKU BERDIRI KEMBALI
dalam diam terpapar seraut wajah suram
dengan jari jemari yang halus
meraba-raba mencari penghujungnya
AKAR-AKAR TUNAS HARAPAN LAHIR MENUJU WAWASAN
akar-akar dan tunas warisan yang menjalar berbisik sayu
melangkah penuh kesyahduanmelihat manusia yang jahil dan kapitalisme
mencengkam perasaan mengeluh kehampaan...
SEEKOR RAMA-RAMA
Rama-rama
terbanglah kau menyusuli ulu sungai Rejang
di sana ada satu muara
ikutlah arus airnya mengalir
WATERFRONT
lautan manusia yang berpesta
di malam yang penuh ceria
hanyut dibawa arus laknat
tersekat dan terpukat
di ampangan maksiat.
BERSEMARAK KITA BICARA
bersemarak anak0anak seni berhimpun
lali dengan pembentangan kertas kerja
yang memperkatakan
hak kita
hak bangsa
hak negara
Kepada teman-teman pesara lain yang belum menyerahkan puisi kepada saya sila serahkan secepat mungkin. Lebih cepat anda serahkan, lebih lancar urusan penerbitannya nanti.
No comments:
Post a Comment