Friday, August 08, 2008

SELAMAT HARI LAHIR BUAT SITI SABARIAH


Smilin' CT


CT di Pangkalan Kampung Telaga Air, Kuching


CT bersama papa dan Nurul sebelum berangkat ke Betong mengikuti latihan PLKN

Esok, 09 Ogos 2008 merupakan ulang tahun hari lahir ke 19 bagi Siti Sabariah, anak keenamku. Tahun ini CT tidak bersama kami bagi meraikan hari lahirnya di Kuching kerana dia kini berada di KL meneruskan pengajiannya. Seingatku inilah kali pertama dia menyambut hari lahirnya sendirian tanpa kami sekeluarga.

Sebentar tadi aku terima panggilan telefon daripada CT. Lucu sekali, dia bertanya padaku, apakah aku ingat tarikh esok? Ya, bapa ingat, kataku, esok hari lahirmu.
Mana mungkin bapa melupai tarikh esok. Dia ketawa kegembiraan.


Aku dan isteri berjanji dengan CT, kami tangguhkan dulu present untuk dia sehingga kami sampai ke KL pada 21 Ogos akan datang ini. Kami nak bawa dia bersama ke Kuantan untuk majlis Konvokesyen Fadli, anakku yang kelima, abang CT di UMP. Kami cadang nak beli satu unit laptop buat CT bagi memudahkan beliau membuat assignmentnya.

Kelahiran CT amat kami nantikan. CT anak perempuan kedua sebelum kelahiran Nurul sepuluh tahun kemudian. Sebelum CT, anak sulung kami juga seorang perempuan, Laila. Antarakeduanya kami ada empat orang anak lelaki. CT beruntung kerana mempunyai saudara lelaki yang sayang padanya.

Di awal persekolahan CT tidak menampakkan kesungguhan dalam pelajarannya. Berbeza sekali semasa dia sudah remaja kini. Kini CT lebih fokus dan komited. Kami kini merasa yakin pada CT bukan kerana kebolehannya tapi kerana kesungguhannya.

Any way CT, papa hanya ingin ucapkan happy birthday to you. Semoga Allah melanjutkan usiamu dan CT diberi perlindungan Allah jua.


4 comments:

Anonymous said...

thanks u bapak~!
terharu nyerr..hehe

Pena_bahari said...

Kami sentiasa di belakang anakanda. teruskan perjalanan menuju ke destinasi yg diimpikan.

CT said...

Saya dapat mengambarkan perasaan Pharo suami/isteri bila tidak dapat bersama2 merayakan hari lahir CT...saya rasa CT juga merasa sedih kerana tidak bersama keluarga di hari lahirnya. Semuga CT berjaya di dalam pelajarannya dan pandai membawa diri di KL...Happy Belated Birthday CT!

Pena_bahari said...

Dalam diam CT kami ucapkan tima kasih pada makcik CT. Ct puteri kami yang manja. Terasa benar ketiadaan dia di sisi ketika ini.
Benar kata orang, kerinduan hanya akan kita rasai pabila tidak bersama.