Tuesday, December 02, 2008

MAJLIS PERKAHWINAN ZAKARIYYA DAN ERDA ASFAR


Sayang ibu pada menantunya


Doa dan harapan seorang ayah


Brass band yang dimport khas dari sambas, kalimantan, Indonesia mengiringi pengantin yang diarak menuju ke rumah pengantin perempuan


Miri sesudah subuh pada 30 November 2008


CT dan kakaknya, Laila


Erda Asfar menjadi isteri sah Mohd Zakariyya setelah diijabkabulkan.



Dalam perjalanan menuju rumah pengantin perempuan di kampung Tudan Miri


29 November 2008 tarikh keramat dan bahagia buat Mouhammad Zakariyya dan Erda Asfar. Mereka diijabkabulkan pada tarikh tersebut, di Miri, rumah penagntin perempuan. Tarikh yang sama dengan tarikh pernikahanku dengan isteri 33 tahun yang lalu. Zakariyya sengaja mengambil tarikh yang sama untuk menjadi ingatan masa muka.
Zakariyya anak yang keempat melangsungkan pernikahan bersama kekasih sejak kecil lagi ketika kami masih tinggal di Miri sekitar 1991 - 1999,Erda Asfar, seorang guru dan kini mengajar di SMK St. Augustine , Betong. Entah mengapa setelah bersalaman dengan anakku dan menantu selepas pernikahan, aku terasa sedikit pilu. Tak terasa pula air mata jatuh ke pipi. Sudah dewasa rupanya anakku ini dan kini telah menjadi suami orang.
Ayah hanya dapat mendoakan kebahagian anakanda berdua. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.



3 comments:

CT said...

Salam,
Alhamdulillah majlis telah berlangsung dengan meriah dan selamat…sayang sekali CT tak dapat mera’ikan bersama…tapi CT do’akan dari jauh keselamatan dan kebahgian keluarga…mungkinkah airmata yang mengalir jatuh ke pipi kerana merasa seolah-olah akan kehilangan anak lagi? Anyway, Happy Belated Wedding Anniversary! Semuga terus bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat…amien!

Pena_bahari said...

Salam CT,
terima kasih atas doa teman. Semoga persahabatan kita berkekalan dengan rasa persefahaman dan harmoni dan kita dilimpahi dengan keberkatan jua.

CT said...

Amien! Itulah yang amat CT harapkan:))