Monday, February 15, 2010

15 FEBRUARI : MAMAKU PULANG

"Cayang mama" kata Abdul Hakim pada mamanya ketika mamanya tiba dari KL semalam



Setelah empat hari berada di KL atas urusan kerja, mama Abdul Hakim balik semalam bersama papanya yang ikut bercuti sempena perayaan Gong Xi Fa Cai yang diraikan oleh kaum TiongHua. Papanya akan bersama sehingga selasa ini. Kami bawa Abdul Hakim ke airport untuk menunggu ketibaan mama dan bukan main seronok lagi dia bermain di airport.

Rasanya dia semakin selesa bersama saya dan tidak lagi menangis-nangis ketika berada di dalam kereta seperti sebelum ini. Tidak terasa pula penat badan setelah mendukung Abdul Hakim hari ini kerana keseronokan bermanja bersamanya.


No comments: