Thursday, February 25, 2010

25 FEBRUARI: POKOK RAMBUTAN DI BELAKANG RUMAHKU


pipit


Di belakang rumah terdapat sebatang pokok rambutan ditanam oleh jiran kami. Masih ingat ketika jiran kami itu mula menanam benih rambutan itu kerana dalam masa yg sama kami menanam jambu dan mangga. Sayangnya rambutan itu tidak sedikit pun mendatangkan hasil. Tidak pernah kami lihat ia berbuah seperti juga mangga yang kami tanam. Kata orang, ia rambutan jantan. Menatapnya teringat pantun enam kerat tentang rambutan jantan:

Burung kedidi terbang ke hutan
gugur bulunya di ranting sena
ranting patah menimpa budak
Jangan menjadi rambutan jantan
orang berbunga awak berbunga
orang berbuah awak tidak

Di atas pokok rambutan inilah tempat burung- membuat sarang. Dan keran ia terletak berhampiran jendela rumah, senang bagi saya memerhati gelagat burung- burung yang singgah.

No comments: