Tuesday, February 09, 2010

9 FEBRUARI : PERMAIDANI KAMPUNG

Awal pagi tadi saya kembali ke Permaidani kampung, tebingan Kpg Boyan, Gersik Sourabaya yang kini bertukar wajah dengan terdirinya gerai-gerai yang cantik dan teratur. Saya ke sana untuk rutin pagi, berjalan dan terus bejalan untuk memaksa peluh mengalir keluar. Dalam masa yang sama sempat merakam satu dua shot ketika mentari mula terbit.
Selepas berjalan, saya singgah di gerai. Pagi ini saya beli beberapa hiris kuih kosoi. Wadduh..kuih kosoi di sini sedap sekali. lama saya tak menikmati kuih kosoi yang seenak itu. Betul kata orang kat saya, kuih-kuih yang dijual di kampung-kampung seberang hilir bukan saja murah tapi memang cukup sedap. Kuih kosoi mengingatkan saya kehidupan masa kanak-kanak lebih empat puluh tahun lalu. Pagi-pagi begini, kuih menjadi hidangan pagi.
Kawan-kawan nak merasai kuih-kuih yang enak ini, datanglah awal pagi di kawasan ini. Anda tentu tidak menyesal.

2 comments:

zedmagel said...

Salam Tuan Pena,

Lama tidak menelusuri Sungai Sarawak, singgah di kampung Boyan, membeli kek di Kedai Dayang. Saya beberapa kali minum di gerai yang tuan sebutkan. Tapi tidak sempat menjamah kuih kosai. Lain kali saya akan menjamah jika betul ianya sedap.
Wah ada gerai-gerai baru kah disitu.

Penabahari said...

Wa'salam sdrku Hj Zedmagel,
Tebingan Kpg Boyan kini diberi nama PERMAIDANI KAMPUNG. Jika ada kesempatan saya akan upload foto gerai-gerai di sini.
Jika nak rasa kuih kosoi, datang waktu pagi, ada gerai yang menjualnya. nantilah, jika sdr dtg ke Kuching saya akan bawa sdr bersiar-siar di kawasan ini dan tempat-tempat lain yg sdr sukai, tp kena beritahu awal ya, agar saya boleh aturkan masa saya.