Tuesday, April 27, 2010

FLORA: BUNGA RAYA


BUNGA RAYA

Bunga yang menjadi lambang negara Malaysia, merah menyala. Ketika kecil bunga ini dijadikan pewarna kepada benang untuk bermain wau. Biasanya benang akan dibubuh kaca yg sudah ditumbuk bersama gam. Sebagai sentuhan terakhir, bunga raya akan disapu pada benang memnyebabkan benang berwarna, kalau tak silap kebiruan.

Friday, April 23, 2010

TENTANG BURUNG(7) : RUAK-RUAK (KERUAK)


Sebuah rumah teres di belakang rumah s aya telah lama tidak dihuni. Rumput agak panjang dan pagar rumah telah dipenuh tumbuhan yang merayap. Sesekali kelihatan burung ruak-ruak atau lebih dikenali dengan nama tempatan keruak, merayau-rayau di sini. Hari itu saya bersembunyi di jendela dan sempat merakam aksi ruak-ruak yang sedang membersih bulunya. namapak seksi pulak siu- ruak-ruak ini.

Saturday, April 10, 2010

10 APRIL : BANGAU LAGI


Pagi tadi saya sendirian memandu di sekitar Pustaka Negeri Sarawak, terserempak seekort burung bangau. Melihat kereta saya yang semakin perlahan, bangau terbang lari menjauhkan diri. Saya hentikan kereta dan cuba merakam secepat mungkin...tapi tak begitu berjaya...

Friday, April 09, 2010

9 APRIL : PULUT SAKURA SERUNDING KASIH KE AUSTRALIA

Entry ini bukan untuk membuat ulasan terhadap novel Pulut Sakura Serunding Kasih, hasil buah tangan Puan LEYLA SHURI, teman penulis yang menetap di pulau Okinawa Jepun tapi sekadar menceritakan perjalanan novel yang kini singgah di Australia menjenguk teman blogger, ARSAILI.
Seperti juga dengan teman-teman lain, saya hantar senaskhah buat sdr Arsaili novel PSSK untuk bacaannya yg kini jauh di rantau orang. Namun lain pula yg kita dapat daripada beliau. Pemberian yang sedikit itu telah dibalas dengan terima kasih yang begitu bernilai sekali. Saya jadi terharu oleh respons Arsaili, pemuda yang pernah saya ketemu di Kuching pada hari raya puasa lepas di kuching dan sempat makan laksa di rumahnya.
Saya kira elok saya catat kembali tulisan Arsaili di dalam "MukaBuku" beliau untuk ingatan bersama.

..harganya sebuah persahabatan

Hari ini hatiku berbunga riang. Menjelang tengah hari aku mendapat sebakul buah-buahan kiriman dari isteri yang dipesan secara atas talian dengan ucapan moga cepat sembuh. Sebelah petang aku ke pejabat pos untuk mengambil kiriman antara benua.

Kiriman novel dari Uncle Pharo Abdul Hakim di Bumi Kenyalang membuat tersenyum lebar. Ia merupakan novel yang ada di dalam senarai bacaan yang panjang itu. Pertanyaan di "mukabuku" mengenai novel tersebut semusim yang lalu masih tidak dilupai oleh uncle Pharo untuk menghanatar senaskhah buat aku yang jauh di rantau. Bila aku bertanya berapa harga buku dan pos, uncle Pharo membalas di laman "mukabuku"...ARS, harganya sebuah persahabatan...

TERIMA KASIH Uncle dan sungguh tersentuh dengan keikhlasan Uncle Pharo dalam bersahabat dan terima kasih keranadapat membaca keinginan aku untuk membaca novel ini...dan teringat dengan kata-kata Hamka
"Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan keinginan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya."
Semoga aku dapat menjadi sahabat yang baik kepada sahabat-sahabat yang lain seperti Uncle Pharo baik terhadap sahabat-sahabatnya...ARSAILI


Kepada Puan Leyla Shuri, saya cuba menulis sedikit tentang novel ini setelah habis membacanya nanati. Telah membaca beberapa muka surat dan sangat menarik sekali menyelami kehidupan di Jepun.

Kepada Arsaili...sdr buat saya gembira sepanjang hari. Terima kasih.


Sunday, April 04, 2010

4 APRIL : JASMINE@YASMIN@ MELATI

Bunga jasmine ini milik jiran saya. Pagi itu saya ternampak bunga ini di d alam pasu di hadapan rumah jiran saya. Senang sekali dapat melihat bunga ini. Bunga jasmine atau Yasmin dalam bahasa arab membawa makna gift of God. Cucu saya yg ketujuh, lahir pada 30 Mac 2010 telah diberi nama Yasmin. Saya belum tanya anak saya mengapa dia pilih nama Yasmin. Apa pun saya suka nama YASMIN, pendek dan sarat dengan makna.

Saturday, April 03, 2010

3 APRIL: TENTANG BURUNG (6):KELAWAR

Suatu pagi beberapa hari yang lalu, langit menguning oleh pancaran mentari yang baru sahaja terjaga dari lelapnya dan mula memanjat langit dari ufuk timur. Ketika itu saya rakam suasana langit yang berawan itu. Tanpa disadari, ikut terakam sekawan burung yang pergi mencari rezeki di awal pagi...

Friday, April 02, 2010

2 APRIL : TENTANG BURUNG (5): RAJA UDANG


Lama juga saya cuba merakam burung Raja Undang tapi tak berhasil kerana sukar menghampirinya. Tapi hari ini saya bernasib abik kerana ia tiba-tiba muncul dan bertenggek di talian elektrik rumah saya. Saya suka melihat keindahan warna biru putihnya. Keindahan ciptaan Allah.

Thursday, April 01, 2010

1 APRIL : MENGEJAR MENTARI PAGI

SESUDAH subuh kaki langit kelihatan merah ketika mentari mula hendak menunjukkan wajahnya. Saya bergegas untuk mengejar momen magik tapi kecewa kerana warna kemerahan di langit telah kian pudar. Momen itu seketika cuma. Akhirnya saya singgah di Baitul Makmur dan mula merakam panorama pagi di kawasan itu. Foto ini telah dibuat editing sekadar termampu.