Showing posts with label panorama Sarawak. Show all posts
Showing posts with label panorama Sarawak. Show all posts

Monday, January 17, 2011

MUDIK KE HULU SUNGAI SARAWAK


Suatu pagi dingin selepas dibasahi hujan kami mudik ke hulu sungai Sarawak bertujuan merakam panorama i kala suria memancarkan sinarnya. Sunggunh di hulu sungai Sarawak, suasana amt tenang dan nyaman tapi awas, airnya tenang dan buaya ada kelihatan berjemur ditebing.

Monday, January 10, 2011

KIAMBANG BERTAUT

Ketika menyusur sungai Sarawak mudik ke hulunya banyak sekali kapar dan kiambang hanyut menghilir yang akhirnya akan terperangkap di d alam perangkap sampah yang sedia menanti di hilir sungai. Satu usaha membersihkan sungai Sarawak daripada sampah sarap yang berasal dari hulu sungai. Tapi bagaimana pula hendak menyelesaikan sampah sarap yang bersala daripada tindakan segelintir manusia yang membuang segala benda/bahan buangan ke dalam sungai...
Tanpa keprihatinan penduduk sekitar sungai ini, sedikit masa lagi sungai akan "mati". Alangkah baiknya jika kita sama-sama menjaga sungai kita agar sentiasa sihat. Mengobati sungai yang sakit sangat sukar d an mahal harganya. Sungai yang mati tentu sekali akan menyebabkan kita ikut sengsara.

Sunday, January 09, 2011

PEMANCING SUNGAI SARAWAK

Aktiviti memancing udang sangat rancak pabila hujung minggu bermula. Setiap hujung minggu kawasan di hulu sungai Sarawak akan dipenuhi perahi pemancing yang melepaskan rasa ghairah mereka terhadap aktiviti memancing...

Thursday, January 06, 2011

DUN SARAWAK

DUN Sarawak dirakam ketika menyusur sungai Sarawak ahad lepas menghulu hingga ke Tambak Batu Kitang, satu perjalanan mengambil masa satu jam setengah sebelum berpatah balik, menghilir hingga ke Kpg Bintawa Batu. Di sini terletak rumah penginapan Ketua Menteri Sarawak.

Friday, October 08, 2010

Tuesday, June 08, 2010

LANGIT BIRU DI TEBINGAN BOYAN

Pagi semalam saya berjalan di sekitar tebingan Boyan. Suasana pagi masih sunyi..sesekali kenderaan melintas. Bunyi burung berkicauan dan dari jauh kelihatan seorang wanita separuh abad usianya menjual kuih di gerai kecil.
Saya singgah membeli nasi lemak dan tapai (manis sekali tapainya). Sebelum itu sempat merakam warna langit yang biru di sana serta awan putih yang berolak seperti sisik ikan.

KPG WIRELESS, MIRI


Kpg Wireless, Miri, perkampungan Melayu wujud antara celah-celah bandar raya Miri. Berapa lama ia akan bertahan, masa akan menentukannya. Seorang teman pernah bertanya pada saya bagaimana kpg Wireless mendapat namanya. Menurut seorang teman saya di Miri, di sini pernah wujud stesen Wireless. Ada sesiapa yang mempunyai cerita lengkap tentang nama kampung ini, tolong kongsikan...

Monday, June 07, 2010

DI BARIO



Lawatan kerja di Bario suatu ketika lalu. Foto bersama teman-teman dan juga seorang penduduk tempatan. Suasan tenteram dengan cuaca sangat dingin sekali. Bario boleh menjadi tempat tarikan pelancong kerana cuaca dan sekitarnya ditambah pula dengan penduduk yg sangt baik dan peraamah. Ingin rasa nak kembali ke Bario untuk kali kedua.

Saturday, April 03, 2010

3 APRIL: TENTANG BURUNG (6):KELAWAR

Suatu pagi beberapa hari yang lalu, langit menguning oleh pancaran mentari yang baru sahaja terjaga dari lelapnya dan mula memanjat langit dari ufuk timur. Ketika itu saya rakam suasana langit yang berawan itu. Tanpa disadari, ikut terakam sekawan burung yang pergi mencari rezeki di awal pagi...

Thursday, April 01, 2010

1 APRIL : MENGEJAR MENTARI PAGI

SESUDAH subuh kaki langit kelihatan merah ketika mentari mula hendak menunjukkan wajahnya. Saya bergegas untuk mengejar momen magik tapi kecewa kerana warna kemerahan di langit telah kian pudar. Momen itu seketika cuma. Akhirnya saya singgah di Baitul Makmur dan mula merakam panorama pagi di kawasan itu. Foto ini telah dibuat editing sekadar termampu.

Thursday, March 25, 2010

25 MAC : MENITI AWAN

Setelah berada di Miri selama empat hari, hari ini kami suami isteri berangkat pulang menggunakan pesawat MAS jam 2.00 petang. Langit berawan tebal dan terasa sedikit goncangan pada pesawat kami. Lebih setengah jam berada di dalam pesawat ini, saya terus dihiburkan (atau sengaja menghibur diri kerana takut) oleh gugusan awan yang berarak dalam seribu satu bentuk yang mengagumkan. Melihat awan terasa benar kebesaran Allah yang menciptakannya...Indah sekali. Maha suci Allah.

Sunday, March 14, 2010

14 MAC: KE KAMPUNG LIDAH TANAH


Hari ini kami ke Kpg Lidah Tanah, kampung tempat tinggal Allahyarham mertuaku. Kampung Lidah tanah antara kampung yang tertua di Sarawak. Namanya sering kita temui dalam lipatan sejarah perjuangan dan peperangan antara pemerintah Brunei yang disokong oleh James Brooke dan pendekar Sarawak yang dipimpin oleh datu-datu pemerintah Sarawak sekitar abad kesembilan belas.
Di sinilah punca air bagi minuman penduduk kota Kuching.

Monday, March 01, 2010

1 MAC : PROJEK PERUMAHAN

Hari ahad lepas saya sempat pergi ke projek perumahan baru yang dibina oleh PUSAKA (jika tak silap yang terletak di jalan Sultan Tengah. Rumah-rumah yang dibina termasuk rumah teres dan rumah kembar dua. Bentuk rumah cukup menarik tambahan ia terletak berhampiran dengan sebatang sungai yang tak berapa besar. Terdapat sebuah jambatan dibina menyeberangi sungai. Bagi yang meminati aktiviti memancing, menjala mahu pun menjaring ikan, saya rasa ini adalah tempat yang sangat elok untuk aktiviti begitu. kawasannya juga sesuai untuk beriadah dengan suasana yang nyaman dan segar. Sesekali kelihatan burung-burung di ranting kayu. Kami memujuk anak kami supaya membeli rumah di sini jika dia bercadang untuk membeli rumah...sayangnya dia mungkin telah ada pilihan lain.

Sunday, February 28, 2010

28 FEBRUARI: PAGI AHAD


Burung bubut (nama tempatan) di atas divider jalan berhampiran masjid Jamek


Pagi ahad ini saya tak ke pasar Satok seperti kebiasaan saya kerana dah pergi semalam. Pagi ini jam 10.00 saya habiskan sedikit masa berjalan di sekeliling kawasan perumahan kami di Petra Jaya berbekalkan Olympus E-510. Pemburuan kali ini membolehkan saya merakam beberapa foto tentang alam flora dan fauna.


anggerik rimba berhampiran bangunan Baitul Makmur


bunga Senduduk (engkodok - nama tempatan)


Semarak api di jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya

Saturday, February 27, 2010

27 FEBRUARI: TENTANG BURUNG(1)

wajah Tekukur

Much talking is the cause of danger. Silence is the means of avoiding misfortune. The talkative parrot is shut up in a cage. Other birds, without speech, fly freely about.

Friday, February 26, 2010

26 FEBRUARI : SUASANA KUCHING WAKTU PAGI

Pagi agak dingin dan sunyi saya berjalan sendiri di Tebingan kpg. Boyan / Gersik. Suasana nyaman ini terganggu sedikit dengan kehadiran hujan yng mula merintik sedikit demi sedikit.

Monday, February 22, 2010

22 FEBRUARI: PIPIT

Mendengar kicauan burung yang riuh-rendah di kawasan rumah, saya keluar dengan berbekalkan kamera. Saya agak terkejut juga pabila melihat burung pipit berwarna coklat/kemerahan ini, jenis yang telah begitu lama tidak kelihatan. Saya tak pasti jenisnya, mungkin pipit padi. Yang saya ingat pipit jenis ini memang banyak sekali di kawasan kampung saya sekitar tahun 60an dahulu. Tetapi ia kemudian menghilang diri atayu saya yang tak pernah melihat selepas itu.
Setelah dapat menatap kembali pipit ini hati saya jadi semacam rasa seronok kerana rupa-rupanya ia belum pupus lagi. kalau ada yang tahu nama jenis pipit ini tolong beritahu saya.


Friday, February 19, 2010

19 FEBRUARI: YOUR LIFE IS AN ISLAND


Talang-Talang


Your life is an island seperated from all other islands and continents. Regardless of how many boats you send to other shores or how many ships arrive upon your shores, you yourself are an island seperated by its own pains, secluded in its happiness.
Kahlil Gibran.

Saturday, February 13, 2010

13 FEBRUARI : KUBAH MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK

Seringkali ketika melintas masjid Jamek, saya perhatikan tompk-tompok hitam yang melindungi kubah ini. Tentu sukar untuk membersihkannya. Tentu memerlukan belanja yang banyak. Saya ingat ketika mantan Perdana Menteri malaysia merasmikan projek Pembesaran Lapangan Terbang Kuching Tun berkata bahawa di Malaysia ini kita berupaya membangun mercu tanda yang gah dan indah tapi menghadapi masalah untuk menyelenggarakannya. Akhirnya ia tinggal jadi begini. Sayang ya...



Friday, February 12, 2010

12 FEBRUARI : POHON BUAN @SIMPUR


Saya rakam bunga dan buah dari pohon buan@simpur ini menggunakan lensa Zuiko Digital ED 70-300 (140 - 600 equiv.) . Ketika di kampung masa remaja dulu memang biasa benar menatap pohon ini. Kata orang tua saya, pelanduk suka makan bunga dan buah simpur. Foto ini saya rakam tak jauh dari masjid jamik Negeri Sarawak.