Showing posts with label panorama sepanjang jalan. Show all posts
Showing posts with label panorama sepanjang jalan. Show all posts

Monday, January 17, 2011

MUDIK KE HULU SUNGAI SARAWAK


Suatu pagi dingin selepas dibasahi hujan kami mudik ke hulu sungai Sarawak bertujuan merakam panorama i kala suria memancarkan sinarnya. Sunggunh di hulu sungai Sarawak, suasana amt tenang dan nyaman tapi awas, airnya tenang dan buaya ada kelihatan berjemur ditebing.

Monday, January 10, 2011

KIAMBANG BERTAUT

Ketika menyusur sungai Sarawak mudik ke hulunya banyak sekali kapar dan kiambang hanyut menghilir yang akhirnya akan terperangkap di d alam perangkap sampah yang sedia menanti di hilir sungai. Satu usaha membersihkan sungai Sarawak daripada sampah sarap yang berasal dari hulu sungai. Tapi bagaimana pula hendak menyelesaikan sampah sarap yang bersala daripada tindakan segelintir manusia yang membuang segala benda/bahan buangan ke dalam sungai...
Tanpa keprihatinan penduduk sekitar sungai ini, sedikit masa lagi sungai akan "mati". Alangkah baiknya jika kita sama-sama menjaga sungai kita agar sentiasa sihat. Mengobati sungai yang sakit sangat sukar d an mahal harganya. Sungai yang mati tentu sekali akan menyebabkan kita ikut sengsara.

Sunday, January 09, 2011

PEMANCING SUNGAI SARAWAK

Aktiviti memancing udang sangat rancak pabila hujung minggu bermula. Setiap hujung minggu kawasan di hulu sungai Sarawak akan dipenuhi perahi pemancing yang melepaskan rasa ghairah mereka terhadap aktiviti memancing...

Saturday, January 08, 2011

REZEKI DARI SUNGAI

Seorang penduduk tebingan sungai Sarawak menebar jala. Semoga ada rezeki untuk hari ini..

Thursday, January 06, 2011

DUN SARAWAK

DUN Sarawak dirakam ketika menyusur sungai Sarawak ahad lepas menghulu hingga ke Tambak Batu Kitang, satu perjalanan mengambil masa satu jam setengah sebelum berpatah balik, menghilir hingga ke Kpg Bintawa Batu. Di sini terletak rumah penginapan Ketua Menteri Sarawak.

Friday, October 08, 2010

Tuesday, June 08, 2010

LANGIT BIRU DI TEBINGAN BOYAN

Pagi semalam saya berjalan di sekitar tebingan Boyan. Suasana pagi masih sunyi..sesekali kenderaan melintas. Bunyi burung berkicauan dan dari jauh kelihatan seorang wanita separuh abad usianya menjual kuih di gerai kecil.
Saya singgah membeli nasi lemak dan tapai (manis sekali tapainya). Sebelum itu sempat merakam warna langit yang biru di sana serta awan putih yang berolak seperti sisik ikan.

Monday, June 07, 2010

DI BARIO



Lawatan kerja di Bario suatu ketika lalu. Foto bersama teman-teman dan juga seorang penduduk tempatan. Suasan tenteram dengan cuaca sangat dingin sekali. Bario boleh menjadi tempat tarikan pelancong kerana cuaca dan sekitarnya ditambah pula dengan penduduk yg sangt baik dan peraamah. Ingin rasa nak kembali ke Bario untuk kali kedua.

Thursday, April 01, 2010

1 APRIL : MENGEJAR MENTARI PAGI

SESUDAH subuh kaki langit kelihatan merah ketika mentari mula hendak menunjukkan wajahnya. Saya bergegas untuk mengejar momen magik tapi kecewa kerana warna kemerahan di langit telah kian pudar. Momen itu seketika cuma. Akhirnya saya singgah di Baitul Makmur dan mula merakam panorama pagi di kawasan itu. Foto ini telah dibuat editing sekadar termampu.

Sunday, March 28, 2010

28 MAC : BULAN DI SIANG HARI

Dua hari lepas kira-kira jam 4.30- 5.00 petang ketika bersama cucu-cucu di hadapan rumah, bulan kelihatan jelas di atas kepala. Melihat bulan menampakkan wajah di siang hari sangat mengasyikkan. Saya rakam wajahnya namun hasil tak lah seberapa.

Thursday, March 25, 2010

25 MAC : MENITI AWAN

Setelah berada di Miri selama empat hari, hari ini kami suami isteri berangkat pulang menggunakan pesawat MAS jam 2.00 petang. Langit berawan tebal dan terasa sedikit goncangan pada pesawat kami. Lebih setengah jam berada di dalam pesawat ini, saya terus dihiburkan (atau sengaja menghibur diri kerana takut) oleh gugusan awan yang berarak dalam seribu satu bentuk yang mengagumkan. Melihat awan terasa benar kebesaran Allah yang menciptakannya...Indah sekali. Maha suci Allah.

Monday, March 22, 2010

21 MAC : PERJALANAN KE MIRI


Setelah setengah jam bertolak dari Betong, tayar kenderaan mengembang menyebabkan perjalanan tidak stable lagi. Kita berhenti untuk hampir setengah jam untuk membetulkan keadaan. Nasib baik ada teman, Azizan, yang boleh membantu. Terima kasih Zan.

Sunday, March 14, 2010

14 MAC: KE KAMPUNG LIDAH TANAH


Hari ini kami ke Kpg Lidah Tanah, kampung tempat tinggal Allahyarham mertuaku. Kampung Lidah tanah antara kampung yang tertua di Sarawak. Namanya sering kita temui dalam lipatan sejarah perjuangan dan peperangan antara pemerintah Brunei yang disokong oleh James Brooke dan pendekar Sarawak yang dipimpin oleh datu-datu pemerintah Sarawak sekitar abad kesembilan belas.
Di sinilah punca air bagi minuman penduduk kota Kuching.

Saturday, March 06, 2010

6 MAC : PERKAMPUNGAN PENULIS DI MUKAH 2008


Antara foto yang menarik perhatian saya pada malam persembahan kebudayaan sewaktu Perkampungan Penulis Sarawak 2008 diadakan di Mukah, Sarawak. Kelihatan anatar penopeng/petandak; Faizal dengan pasangannya Awang Kelana dan Mantan Pengarah DBPCS, sdr Zaini Oje.

Monday, March 01, 2010

1 MAC : PROJEK PERUMAHAN

Hari ahad lepas saya sempat pergi ke projek perumahan baru yang dibina oleh PUSAKA (jika tak silap yang terletak di jalan Sultan Tengah. Rumah-rumah yang dibina termasuk rumah teres dan rumah kembar dua. Bentuk rumah cukup menarik tambahan ia terletak berhampiran dengan sebatang sungai yang tak berapa besar. Terdapat sebuah jambatan dibina menyeberangi sungai. Bagi yang meminati aktiviti memancing, menjala mahu pun menjaring ikan, saya rasa ini adalah tempat yang sangat elok untuk aktiviti begitu. kawasannya juga sesuai untuk beriadah dengan suasana yang nyaman dan segar. Sesekali kelihatan burung-burung di ranting kayu. Kami memujuk anak kami supaya membeli rumah di sini jika dia bercadang untuk membeli rumah...sayangnya dia mungkin telah ada pilihan lain.

Thursday, January 28, 2010

28 JANUARI : DUN SARAWAK

Semalam sebelum maghrib saya bergegas ke Pangkalan Sapi kerana ingin merakam detik senja namun hasilnya tak seberapa. Ini salah satu hasil yang telah diganggu oleh perisian fotografi. Saya teringat kata-kata sahabat saya, sdr Saiee Driss, ketika menatap foto yang saya paparkan bersama puisi SEPI JANUARI. Katanya, " saya amat menyenangi sudut gambar yang dijadikan ilustrasi. Ia lambang kehebatan fantasi bertolak daripada realiti yang tak seberapa.
Setuju dengan sdr Saiee, kadang - kadang kita terpedaya oleh ilustrasi yang berbentuk fantasi sehingga lupa akan realiti...

Wednesday, January 27, 2010

27 JANUARI: MUKAH


Tahun 2006 saya menjejak kaki ke Mukah buat kali pertama. Saya ke sana kektika Faizal bekerja di Balingian. Bangunan yang menjadi latar foto ini ialah Menara Pehin Setia Raja. Pejabat-pejabat Kerajaan Negeri banyak yang ditempatkan di sana, antaranya jabatan tempat saya bekerja sebelum ini, Jabatan Perbendaharaan Negeri.
Teman-teman di Mukah, apa khabar teman semua?

Monday, January 25, 2010

25 JANUARI : RUMBIA

ISNIN, 25 JANUARI 2010

Tahun 2006 Faizal (anak ketiga) bekerja di Ladang kelapa sawit di Balingian. Saya dan famili pula berpeluang menjejak kaki ke sana. Di sana kami di bawa Faizal ke pekan Balingian yang berada di tebing sungai Balingian. Foto batang-batang rumbia yang diikat rapi menjadi rakit untuk dibawa ke kilang menarik perhatian saya. Seingat saya di sungai Sarawak juga pernah ada aktiviti begini seawal tahun 60an tapi telah lama tidak kelihatan lagi.

Motobot seperti itu pernah juga menyusur sungai Sarawak membawa tepung rumbia. Seingat saya motobot ini milik penduduk kampung di daerah Pusa, di mana terdapat banyak sekali tanaman rumbia. Motobot ini akan singgah di beberapa buah pangkalan sepanjang sungai Sarawak. Ibu akan membeli tepung dan membuat lempeng. Lempeng rumbia sedap sekali rasanya. Sdr dah cuba makan lempeng rumbia? Belilah tepungnya di pasar minggu Satok dan cuba rasakan betapa sedap lempeng ini di makan bersama secawan kopi pekat....

Friday, January 22, 2010

22 JANUARI : MASA UNTUK BERJALAN KAKI

Jumaat, 22 Januari 2010

Sudah agak lama juga saya tidak melakukan aktiviti berjalan kaki waktu pagi di kawasan Pustaka Negeri Sarawak kerana masa yang tidak mengizinkan. Mulai tahun 2010 ini saya tak perlu menghantar Nurul ke sekolah kerana tugas telah diserahkan kepada menantu saya. Saya hanya perlu mengambil Nurul dan cucu saya, Kamalia waktu balik sahaja. Lantas masa pagi bolehlah saya gunakan untuk aktiviti berjalan kaki.
Tapi bukan itu yang menggerakkan saya untuk kembali beridah. Minggu lepas saya dapat keputusan ujian darah yang menunjukkan kandungan kolesteral melebihi batas maksimum. Saya perlu kembali berjalan kaki, lantaran ini sahaja aktiviti yang saya suka.
Pagi tadi dapat pusing tasik selama dua kali. rasanya esok kena tambah tiga kali, jika tak hujan. Ada yang nak ikut?

Wednesday, January 13, 2010

13 JANUARI : BAMBU

BAMBU

Serumpun buluh yang terdapat di Taman Awam Miri menarik perhatian saya ketika berkunjung di sana. Teringat peribahasa Cina; Lebih tinggi bambu itu tumbuh, lebih rendahlah ia pabila menunduk.