Showing posts with label alam. Show all posts
Showing posts with label alam. Show all posts

Saturday, October 01, 2011

BENAK ATAU TIDAL BORE BATANG LUPAR

Rabu lepas, 28 Sept, saya bersama teman, Dr Kamil Salim dan Abdillah berpeluang merakam fenomena Benak atau Tidal Bore di Batang Lupar, Sri Aman. Suasana amat mencemaskan namun kerana pemandu bot kami sangat berpengalaman, segalanya berjalan dengan baik.

Tuesday, June 08, 2010

LANGIT BIRU DI TEBINGAN BOYAN

Pagi semalam saya berjalan di sekitar tebingan Boyan. Suasana pagi masih sunyi..sesekali kenderaan melintas. Bunyi burung berkicauan dan dari jauh kelihatan seorang wanita separuh abad usianya menjual kuih di gerai kecil.
Saya singgah membeli nasi lemak dan tapai (manis sekali tapainya). Sebelum itu sempat merakam warna langit yang biru di sana serta awan putih yang berolak seperti sisik ikan.

Saturday, April 10, 2010

10 APRIL : BANGAU LAGI


Pagi tadi saya sendirian memandu di sekitar Pustaka Negeri Sarawak, terserempak seekort burung bangau. Melihat kereta saya yang semakin perlahan, bangau terbang lari menjauhkan diri. Saya hentikan kereta dan cuba merakam secepat mungkin...tapi tak begitu berjaya...

Sunday, April 04, 2010

4 APRIL : JASMINE@YASMIN@ MELATI

Bunga jasmine ini milik jiran saya. Pagi itu saya ternampak bunga ini di d alam pasu di hadapan rumah jiran saya. Senang sekali dapat melihat bunga ini. Bunga jasmine atau Yasmin dalam bahasa arab membawa makna gift of God. Cucu saya yg ketujuh, lahir pada 30 Mac 2010 telah diberi nama Yasmin. Saya belum tanya anak saya mengapa dia pilih nama Yasmin. Apa pun saya suka nama YASMIN, pendek dan sarat dengan makna.

Thursday, April 01, 2010

1 APRIL : MENGEJAR MENTARI PAGI

SESUDAH subuh kaki langit kelihatan merah ketika mentari mula hendak menunjukkan wajahnya. Saya bergegas untuk mengejar momen magik tapi kecewa kerana warna kemerahan di langit telah kian pudar. Momen itu seketika cuma. Akhirnya saya singgah di Baitul Makmur dan mula merakam panorama pagi di kawasan itu. Foto ini telah dibuat editing sekadar termampu.

Sunday, March 28, 2010

28 MAC : BULAN DI SIANG HARI

Dua hari lepas kira-kira jam 4.30- 5.00 petang ketika bersama cucu-cucu di hadapan rumah, bulan kelihatan jelas di atas kepala. Melihat bulan menampakkan wajah di siang hari sangat mengasyikkan. Saya rakam wajahnya namun hasil tak lah seberapa.

Thursday, March 25, 2010

25 MAC : MENITI AWAN

Setelah berada di Miri selama empat hari, hari ini kami suami isteri berangkat pulang menggunakan pesawat MAS jam 2.00 petang. Langit berawan tebal dan terasa sedikit goncangan pada pesawat kami. Lebih setengah jam berada di dalam pesawat ini, saya terus dihiburkan (atau sengaja menghibur diri kerana takut) oleh gugusan awan yang berarak dalam seribu satu bentuk yang mengagumkan. Melihat awan terasa benar kebesaran Allah yang menciptakannya...Indah sekali. Maha suci Allah.

Tuesday, March 09, 2010

9 MAC : TENTANG BURUNG (2): PUNAI GADING

Bertenggek di pohon mempelam yang daunnya mula luluh, diperhatikannya alam sekeliling yang mula tenang dan sunyi. Saat pagi begini, detik sesuai untuk bicara dengan kekasihnya. Dan ini dilakukannya setiap hari tanpa bosan. Aku ikut sama menatap telatah mesra mereka tanpa bosan. Mereka tetamuku yang setia. Mereka teman ketika aku terasa sendiri di tepi jendela.


Monday, March 01, 2010

1 MAC : PROJEK PERUMAHAN

Hari ahad lepas saya sempat pergi ke projek perumahan baru yang dibina oleh PUSAKA (jika tak silap yang terletak di jalan Sultan Tengah. Rumah-rumah yang dibina termasuk rumah teres dan rumah kembar dua. Bentuk rumah cukup menarik tambahan ia terletak berhampiran dengan sebatang sungai yang tak berapa besar. Terdapat sebuah jambatan dibina menyeberangi sungai. Bagi yang meminati aktiviti memancing, menjala mahu pun menjaring ikan, saya rasa ini adalah tempat yang sangat elok untuk aktiviti begitu. kawasannya juga sesuai untuk beriadah dengan suasana yang nyaman dan segar. Sesekali kelihatan burung-burung di ranting kayu. Kami memujuk anak kami supaya membeli rumah di sini jika dia bercadang untuk membeli rumah...sayangnya dia mungkin telah ada pilihan lain.

Saturday, February 27, 2010

27 FEBRUARI: TENTANG BURUNG(1)

wajah Tekukur

Much talking is the cause of danger. Silence is the means of avoiding misfortune. The talkative parrot is shut up in a cage. Other birds, without speech, fly freely about.

Friday, February 26, 2010

26 FEBRUARI : SUASANA KUCHING WAKTU PAGI

Pagi agak dingin dan sunyi saya berjalan sendiri di Tebingan kpg. Boyan / Gersik. Suasana nyaman ini terganggu sedikit dengan kehadiran hujan yng mula merintik sedikit demi sedikit.

Tuesday, February 16, 2010

16 FEBRUARI: BANGAU OH BANGAU

Burung bangau memilih untuk tinggal di bandar raya Kuching. Di mana ada lopak, longkang dan padang rumput luas seperti di bulatan kita akan dapat melihat bangau mencari makanan. Ini hanya berlaku dalam dekad ini seingat saya. Sebelum ini sukar nak jumpa bangau di sini. Seperti juga manusia, bangau pun ikut sama berpindah mencari padang yang hijau.


Monday, February 01, 2010

1 FEBRUARI : BERSELIMUT TEJA

Bumi dalam silut ingin melelapkan mata berselimut teja.

Thursday, January 14, 2010

14 JANUARI : BANJIR, JANGANLAH HADIR

Alhamdulillah,jam dah pukul 10.15 malam dan hujan dah tak turun lagi sejak waktu maghrib tadi. Telah sehari suntuk hujan turun sekejap-sekejap tapi lebat juga. Jam 5.30 petang tadi air pasang besar dan saya cukup risau. Tahun 2009 lalu banjir tiba bila air pasang besar bertemu dengan hujan yang tak putus-putus. Di kawasan perumahan tempat kami sekeluarga tingga jarang juga terkena banjir. Sebelum tahun 2009, kami pernah dilanda banjir dalam tahun 2004.Biasanya selepas banjir banyak sekali masalah yang ditinggalkan. Saya doakan kali ini banjir tidak melanda lagi. Kerja-kerja selepas banjir amat memenatkan.

Wednesday, January 13, 2010

13 JANUARI : BAMBU

BAMBU

Serumpun buluh yang terdapat di Taman Awam Miri menarik perhatian saya ketika berkunjung di sana. Teringat peribahasa Cina; Lebih tinggi bambu itu tumbuh, lebih rendahlah ia pabila menunduk.

Friday, January 08, 2010

8 JANUARI : DINIHARI


We can only appreciate the miracle of a sunrise if we have waited in the darkness


Wednesday, January 06, 2010

6 JANUARI : MOON (3)


Everyone is a moon, and has a dark side which he never shows to anybody.
- MARK TWAIN

Thursday, December 17, 2009

HIJAU


Hijau itu menawan hatiku kerana hijau itu juga kehidupan...

Friday, December 11, 2009

DI KAKI SANTUBONG

Sebuah banglo di kaki gunung Santubong sedang dalam pembinaan.Terlupa pula nak tanya kat penduduk tempatan banglo siapa agaknya?

Thursday, November 19, 2009

GUA NIAH


berdiri di dalam kegelapan gua Niah yang penuh sejarah...