Hari ini Abdul hakim berpeluang mengenali sepupunya dengan lebih dekat. Abdul hakim tersenyum sedang Yasmin tetap maintain keseriusannya...anak cikgu katakan, tak seperti Abdul Hakim, ibu seorang marketing executive, tentu kena senyum lebih...
Every day of your life is a page of your history..mutiara kata Arab
Thursday, June 10, 2010
Wednesday, June 09, 2010
TENTANG BURUNG (12)SEPASANG MERBAH SEDANG BERCINTA
Tuesday, June 08, 2010
LANGIT BIRU DI TEBINGAN BOYAN
Pagi semalam saya berjalan di sekitar tebingan Boyan. Suasana pagi masih sunyi..sesekali kenderaan melintas. Bunyi burung berkicauan dan dari jauh kelihatan seorang wanita separuh abad usianya menjual kuih di gerai kecil.
Saya singgah membeli nasi lemak dan tapai (manis sekali tapainya). Sebelum itu sempat merakam warna langit yang biru di sana serta awan putih yang berolak seperti sisik ikan.
Saya singgah membeli nasi lemak dan tapai (manis sekali tapainya). Sebelum itu sempat merakam warna langit yang biru di sana serta awan putih yang berolak seperti sisik ikan.
KPG WIRELESS, MIRI
Kpg Wireless, Miri, perkampungan Melayu wujud antara celah-celah bandar raya Miri. Berapa lama ia akan bertahan, masa akan menentukannya. Seorang teman pernah bertanya pada saya bagaimana kpg Wireless mendapat namanya. Menurut seorang teman saya di Miri, di sini pernah wujud stesen Wireless. Ada sesiapa yang mempunyai cerita lengkap tentang nama kampung ini, tolong kongsikan...
Monday, June 07, 2010
DI BARIO
Lawatan kerja di Bario suatu ketika lalu. Foto bersama teman-teman dan juga seorang penduduk tempatan. Suasan tenteram dengan cuaca sangat dingin sekali. Bario boleh menjadi tempat tarikan pelancong kerana cuaca dan sekitarnya ditambah pula dengan penduduk yg sangt baik dan peraamah. Ingin rasa nak kembali ke Bario untuk kali kedua.
Sunday, June 06, 2010
MENANTI KUNJUNGAN YASMIN
Tuesday, June 01, 2010
TENTANG BURUNG (11) PEKAKA EMAS LAGI
Petang tadi saya dan Nurul ke Pustaka, bersiar-siar di tepi tasik sambil memberi makan ikan. dari jauh saya terdengar bunyi burung yg sangat saya kenali nyanyiannya. Ia hinggap agak jauh dari saya. Saya dan Nurul bergegas menghampirinya dan dapat merakam fotonya. ya burung pekaka emas tiba-tiba menghadirkan diri petang ini. Saya cukup puas walaupun tak dapat hampir sangat. ketika saya cuba menghampirinya, seorang pemuda berlari-lari ke arah yang sama membuat si Pekakak Emas ini terperanjat, takut dan terus terbang jauh dari pandangan saya. Dalam hati saya kata, " alahai pemuda yang tampan mengapalah kau berlari ke arah burung pekaka emas itu?
Subscribe to:
Posts (Atom)