Pagi ini sebelum jam 7.00 saya dan isteri memandu ke Tebingan Kpg Boyan. Saya ke sana dengan harapan untuk merakam pemandangan di sana semasa mentari mula terbit. Tapi jelas sekali saya datang agak terlewat sedikit. Cahaya langit yang kekuningan sudah tiada lagi kerana agak lewat. Apapuun saya sempat mengambil pemandangan Sungai sarawak dari sudut Tebingan Kpg Boyan.
Seperkara yang menarik perhatian kami suami isteri pagi tadi apabila melihat seorang pemuda sedang menunggang kuda dan berlari di kawasan tebingan. Kuda di Kpg Boyan? Ya, agak aneh sedikit tapi ia benar berlaku. Saya sempat merakam satu dua foto kuda dan penunggangnya.
3 comments:
Dear Oswald,
Thanks for the visit. Have a nice day .
Salam ayahanda. Moga ayahanda dan keluarga sihat selalu. Anakanda selalu nyengok blog-blog kitak, cuma sik ninggal sebarang komen. Ngunjung blog ayahanda ngubat beraie anakanda ngan segala yang ditinggal di Kuching. Anakanda harap ayahanda terus berkarya dan anakanda numpang gembira nangga karya ayahanda yang tersiar.
Salam juga buat anakanada yg jauh di perantauan. Semoga pandai membawa diri dan berada di bawah lindunga-Nya jua. Selalulah berkunjung ke blog ayahanda dan tinggalkan kata-kata semangat untuk ayahanda.
Teruskan kerja dengan penuh dedikasi semoga anakanda beroleh kejayaan yang membanggakan.
Post a Comment