Kata ibu aku dilahirkan pada hari rabu dalam bulan rejab ketika mentari di penggalahan. Tangisku berpanjangan dan aku dikatakan ibu anak yang terus menerus menyusu ibu dengan gelojoh. Aku dilahirkan di kampung Pulo Hilir dibidani bidan yang juga saudara ibuku, Wa Mahani.
Selepas empat puluh hari kami kembali ke rumah kediaman kami yang terletak di Sinjo( mungkin Syn Joo, aku tak pasti). Tempat yang bernama Sinjo itu ialah sebuah kilang memproses getah terletak di kawasan berhampiran dengan Pejabat Wilayah, Wilayah barat SESCo. Ia terletak di tebing sungai
Rumah di Sinjo tempat tinggal kami sekeluarga merupakan rumah pekerja yang disediakan oleh majikan ayah. Sebagai seorang Jaga, ayah perlu berada di sekitar kilang. Ayah bekerja di waktu malam. Waktu siang hari ayah gunakan masa untuk menjadi penjual roti. Aku amat tersentuh sekali apabila mendengar lagu “Penjual Roti” yang didendangkan oleh
Di tepi rumah kami terdapat sebuah telaga untuk kami mandi. Tak jauh dari rumah kelihatan
Kami berpindah dari tempat itu setelah ayah dapat kerja baru dan kami pun berpindah ke satu kawasan baru yakni Simpang Tiga (tempat itu sekarang berhampiran dengan Bangunan Dirgahayu). Banyak peristiwa berlaku di Simpang Tiga…nantilah akan kucuba ingat dan ceritakan. Salam
2 comments:
Salam buat abang. Seronok membaca dan mengenagkan kisah-kisah silam.CT tunggu cerita abang di Simpang Tiga.
Sesekali menjenguk ke belakang, ada pengajaran yang akan kita temui. CT bagaimana? Boleh ceritakan sikit di blog.
Post a Comment