Sunday, December 05, 2010

Lumba Bot Laju


Lumba bot laju di Tasik MASJA, Petra Jaya.
Posted by Picasa

Wednesday, October 20, 2010

DAERAH BANGAU/HOME OF THE EGRETS


Burung bangau yang kami rakam semasa melawat kampung Skuduk yang terletak di Jalan lama ke Serian (Batu 24) berhampiran Kolej Tun Abdul Razak, Jalan Kuching/Serian. Ratusan burung bangau berada di sini...mungkin terdapat banyak makanannya. ini merupakan kawasan sawah padi.
Posted by Picasa

Sunday, October 10, 2010

Jejak Habib: Cara Solat Jenazah

Jejak Habib: Cara Solat Jenazah: "SOLAT JENAZAH : Solat 4 takbir yang dilakukan apabila seseorang itu meninggal dunia atau mati. Solat ini dikerjakan tanpa rukuk dan s..."

Friday, October 08, 2010

Wednesday, September 29, 2010

Doa Abdul Hakim


Allahhumma bariklana fimarazaqtana waqina azabannar
Abdul hakim menikmati snek sebelum bertolak ke Miri hari ini. Dia akan kembali pada hari jumaat nanti.
Posted by Picasa

Tuesday, September 21, 2010

ANJING LIAR DI MASJA


Kumpyulan anjing liar berkeliaran di kawasan MASJA setiap awal pagi. Bagi yang jogging kat sini, hati-hati takut diserang geng ini. DBKU, sesuatu perlu dilakukan untuk mengelak manusia diserang geng anjing ini...
Posted by Picasa

Tuesday, September 14, 2010

Tentang Burung (19) Pipit Mandi Pagi Raya


Mandi pagi raya..... pipit pun nak beraya juga.
Posted by Picasa

Sunday, September 12, 2010

Senja di Semariang


Petang ini saya ke Bandar Baru Semariang kerana ziarah hari raya aidil fitri di rumah adik saya. Sebelum balik saya sempat merakam keadaan senja dari Semariang. Langit bermega disulami warna jingga menimbulkan rasa rindu pada yang telah tiada.
Posted by Picasa

Sunday, September 05, 2010

Refleksi


Taman Pustaka Negeri Sarawak....
Posted by Picasa

Tentang Burung (18): Merbuk

Merbuk didakap dingin pagi

Wednesday, August 25, 2010

TENTANG BURUNG (17) PUNAI GUNUNG

Seekor burung punai Gunung sedang menikmati buah berry liar di kaki bukit Siol tempat terletaknya Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Saturday, August 21, 2010

PETRA JAYA


Petra Jaya: Kelihatan dalam Foto ; dari kiri Bangunan Baitul Makmur, ditengahnya Bangunan Tunku Abdul Rahman (Sekretariat) dan di kanan pula Bangunan Ibu Pejabat Kastam Di Raja Negeri Sarawak yang hampir siap. Foto diambil dari Bangunan DBKU , Bukit Siol.
Posted by Picasa

Friday, August 20, 2010

IKAN DI TASIK PUSTAKA


Di tasik Pustaka negeri Sarawak banyak sekali ikan peliharaan dan sangat jinak. Setiap petang ramai pengunjung akan memberi makan ikan ini dengan roti dan juga lain-lain makanan. Ikan datang dengan banyaknya. Pergi ke Tasik Pustaka ketika petang sangat menghiburkan melihat telatah ikan-ikan ini. Anak-anak pasti terhibur.
Posted by Picasa

Wednesday, August 18, 2010

PENGHUNI TASIK PUSTAKA


Tiga ekor itik ini saya gelar dengan nama timangan, DO RE dan Mi. Jika berkunjung ke Tasik Pustaka Negeri Sarawak kita akan bertemu dengan ketiga-tiga mereka berenang dan sesekali naik ke tebing untuk menyudu makanan yang ada di tebing tasik.
Posted by Picasa

Tuesday, August 17, 2010

TENTANG BURUNG (16) MERBAH

Merbah termenung memikirkan masa muka tetapi tetap bersyukur masih hidup dalam keadaan yang bebas d an merdeka...

Wednesday, August 11, 2010

CENDAWAN PUTIH


Cendawan yang terdapat di Pangkalan Sapi...
Posted by Picasa

Sunday, August 08, 2010

TENTANG BURUNG (15) PIPIT VS PIPIT


Dua saudara tapi tak serupa, pipit rawa dan pipit biasa menikmati makanan sambil bersembang dan bertanya khabar...
Posted by Picasa

Saturday, August 07, 2010

REFLEKSI MENARA


Refleksi Menara Masjid Jamek Negeri Sarawak. Dirakam dari pantulan sebuah kolam di Pustaka Negeri Sarawak. Imej ini telah diterbalikkan.
Posted by Picasa

Friday, August 06, 2010

REFLEKSI


Refleksi bangunan baharu Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Sarawak terletak di Kawasan MASJA berhadapan dengan sebuah tasik.
Posted by Picasa

Monday, August 02, 2010

TENTANG BURUNG (14) KELICAP BUKIT


Kelicap Bukit menikmati madu pada kuntuman bunga....
Posted by Picasa

TEBINGAN KUCHING


Tebingan Kuching dilihat dari Bangunan Dewan Undangan negeri Sarawak pada pagi Jumaat 30 Julai 2010, hari pertama Regatta di Sungai Sarawak
Posted by Picasa

Monday, July 19, 2010

REFLECTIONS

TENTANG BURUNG(13) : PUNAI GADING

Seekor punai gading bertenggek memerhati sekelilingnya setelah gerimis membasahi sekitar. Setiap hari punai gading ini akan bertenggek di dahan ini (rasanya dahan mangga) kekadang sendiri, kekadang berdua.

Thursday, June 10, 2010

PABILA ABDUL HAKIM KETEMU YASMIN


Hari ini Abdul hakim berpeluang mengenali sepupunya dengan lebih dekat. Abdul hakim tersenyum sedang Yasmin tetap maintain keseriusannya...anak cikgu katakan, tak seperti Abdul Hakim, ibu seorang marketing executive, tentu kena senyum lebih...

Wednesday, June 09, 2010

TENTANG BURUNG (12)SEPASANG MERBAH SEDANG BERCINTA

Sepasang merbah mengikat janji di atas pagar berbentuk hati manusia. Apakah yang sedang mereka ucapkan?

Tuesday, June 08, 2010

LANGIT BIRU DI TEBINGAN BOYAN

Pagi semalam saya berjalan di sekitar tebingan Boyan. Suasana pagi masih sunyi..sesekali kenderaan melintas. Bunyi burung berkicauan dan dari jauh kelihatan seorang wanita separuh abad usianya menjual kuih di gerai kecil.
Saya singgah membeli nasi lemak dan tapai (manis sekali tapainya). Sebelum itu sempat merakam warna langit yang biru di sana serta awan putih yang berolak seperti sisik ikan.

KPG WIRELESS, MIRI


Kpg Wireless, Miri, perkampungan Melayu wujud antara celah-celah bandar raya Miri. Berapa lama ia akan bertahan, masa akan menentukannya. Seorang teman pernah bertanya pada saya bagaimana kpg Wireless mendapat namanya. Menurut seorang teman saya di Miri, di sini pernah wujud stesen Wireless. Ada sesiapa yang mempunyai cerita lengkap tentang nama kampung ini, tolong kongsikan...

Monday, June 07, 2010

DI BARIO



Lawatan kerja di Bario suatu ketika lalu. Foto bersama teman-teman dan juga seorang penduduk tempatan. Suasan tenteram dengan cuaca sangat dingin sekali. Bario boleh menjadi tempat tarikan pelancong kerana cuaca dan sekitarnya ditambah pula dengan penduduk yg sangt baik dan peraamah. Ingin rasa nak kembali ke Bario untuk kali kedua.

Sunday, June 06, 2010

MENANTI KUNJUNGAN YASMIN

wah, Yasmin dah beli gaun merah untuk dipakai jumap Wan esok , ya?..Esok Yasmin akan ke Kuching nak jumpa Wan..Tak sabar nak snap foto Yasmin banyak-banyak. Mak Su Nurul dah tak sabar nak menimang Yasmin. Semoga selamat sampai esok, ya.

Tuesday, June 01, 2010

TENTANG BURUNG (11) PEKAKA EMAS LAGI

Petang tadi saya dan Nurul ke Pustaka, bersiar-siar di tepi tasik sambil memberi makan ikan. dari jauh saya terdengar bunyi burung yg sangat saya kenali nyanyiannya. Ia hinggap agak jauh dari saya. Saya dan Nurul bergegas menghampirinya dan dapat merakam fotonya. ya burung pekaka emas tiba-tiba menghadirkan diri petang ini. Saya cukup puas walaupun tak dapat hampir sangat. ketika saya cuba menghampirinya, seorang pemuda berlari-lari ke arah yang sama membuat si Pekakak Emas ini terperanjat, takut dan terus terbang jauh dari pandangan saya. Dalam hati saya kata, " alahai pemuda yang tampan mengapalah kau berlari ke arah burung pekaka emas itu?

Monday, May 31, 2010

TENTANG BURUNG (10) PEKAKA EMAS DI TAMAN PUSTAKA

Suatu pagi ketika berjalan di kawasan Pustaka Sarawak saya terlihat burung pekaka emas hinggap di dahan . Agak jauh dari pandangan tapi sempat juga dirakam. Ini pertemuan pertama. Saya masih berharap dapat ketemu lagi dan merakam wajahnya yang comel dan indah ini.

Thursday, May 20, 2010

30 MEI: SERUPA TAPI TAK SAMA

Sdr kenal nama buah ini? Sekali pandang ia seperti buah durian tapi jauh lebih kecil dari durian. Dalam bahasa tempatan Sarawak, buah ini dikenali dengan nama buah Raso yang terdapat di rimba. Ia menjadi makanan burung sahaja. daunnya seperti daun pandan berwarna hijau agak tua dan berduri. Jika tersalah pegang boleh melukakan tangan kita. Nak makan buah ni? oh tidak, buah ini tidak dimakan oleh manusia...
Untuk mengikuti forum ttg buah ini di muka buku sila klik di sini:
http://www.facebook.com/photo.php?pid=31134067&id=1079809215#!/photo.php?pid=30889657&id=1201878597
atau di sini:
http://www.facebook.com/photo.php?pid=30889659&id=1201878597

Monday, May 10, 2010

TEPUNG LEMANTAK@SAGO FLOUR


Semalam terasa benar keinginan nak merasai lempeng/tumpik yang diperbuat daripada tepung rumbia/lemantak, lalu singgah di pasar Satok dan terjumpa gerai menjualnya. Mulanya beli tepung lemantak, kemudian beli pula asam payak, ikan empirang,sagu dan akhir sekali nyiur parut....lantas terciptalah puisi yang telah saya poskan di ARKED WAKTU bertajuk...Rakit Rumbia, cerita kehidupan anak-anak daerah rumbia/balau..

Friday, May 07, 2010

SURAH AN-NUR AYAT 41


"Tidakkah engkau tahu,bahawa siapa yang di langit dan di bumi dab burung terbang di udara, semuanya tasbih (tunduk) kepada Allah. Masing-masingnya Allah mengetahui doanya dan tasbihnya. Allah maha mengetahui apa-apa yang mereka kerjakan.

Thursday, May 06, 2010

TENTANG BURUNG (9) COME FLY WITH ME

Burung kedidi mengajakku terbang melihat dunia dari perspektif dan kaca mata burung...hanya dalam mimpi.