Saturday, January 23, 2010

23 JANUARI : CEKO

Sabtu, 23 JANUARI 2010

Awal pagi ini saya dan isteri ke kedai kopi Ceko kerana dah lama juga tak menikmati sate di sana. Sebut pasal Ceko saya teringat suasana makan sate di Ceko yang terletak di Jalan Gambier(kini telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan) sekitar tahun 19776 lalu. Masa itu saya masih bertugas di jabatan Pelajaran, Sarawak. Ada beberapa teman membawa saya minum pagi di sana. Biasanya saya makan sepinggan mee rebus dan lima cucuk sate. Itu cukup mengenyangkan , namun berat badan saya tak juga naik, hanya sekitar 50kg ke bawah.Ini mungkin disebabkan oleh amalan merokok saya yang agak serius. Sehari saya hisab tak kurang 20 batang rokok. (Sekarang saya tak merokok lagi, dah berhenti awal tahun 1992 - jika teman nak tahu bagaimana nak berhenti merokok boleh hubungi saya- Saya beri nasihat percuma tau..hehehe)

Kedai kopi Ceko pagi tadi telah dipenuhi pelanggan dan tak nampak pun ada tempat duduk kosong, lantas kami ambil keputusan beli untuk bawa balik ke rumah sahaja. 30 cucuk sate dan beberapa kerat ketupat dan lemang. Sampai di rumah kami melepas geram dengan sate dan ketupat. Kuah sate sedap sekali. Saya terlupa langsung tentang kolesteral saya yang agak tinggi. Saya juga terlupa aktiviti berjalan kaki, buat seketika.




No comments: