Monday, January 25, 2010

25 JANUARI : RUMBIA

ISNIN, 25 JANUARI 2010

Tahun 2006 Faizal (anak ketiga) bekerja di Ladang kelapa sawit di Balingian. Saya dan famili pula berpeluang menjejak kaki ke sana. Di sana kami di bawa Faizal ke pekan Balingian yang berada di tebing sungai Balingian. Foto batang-batang rumbia yang diikat rapi menjadi rakit untuk dibawa ke kilang menarik perhatian saya. Seingat saya di sungai Sarawak juga pernah ada aktiviti begini seawal tahun 60an tapi telah lama tidak kelihatan lagi.

Motobot seperti itu pernah juga menyusur sungai Sarawak membawa tepung rumbia. Seingat saya motobot ini milik penduduk kampung di daerah Pusa, di mana terdapat banyak sekali tanaman rumbia. Motobot ini akan singgah di beberapa buah pangkalan sepanjang sungai Sarawak. Ibu akan membeli tepung dan membuat lempeng. Lempeng rumbia sedap sekali rasanya. Sdr dah cuba makan lempeng rumbia? Belilah tepungnya di pasar minggu Satok dan cuba rasakan betapa sedap lempeng ini di makan bersama secawan kopi pekat....

No comments: