Sunday, January 03, 2010

3 JANUARI : SUMPAH BUDAYAWAN

Tepat jam dua belas tengah malam sebelum menjejak 2010 saat berikut para budayawan yang berada di pentas dan di dalam dewa berdiri mengikrarkan Sumpah Budayawan Negeri Sarawak untuk tahun yang ketiga puluh dengan penuh warna warni dari segi persembahan dan suasananya. Saya ikut serta sejak waktu maghrib lantas ikut sama solat berjemaah yang diimami Tuan Haji yasin Fakir, Presiden Persatuan Qari Sarawak.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Muda Pelancungan Negeri Sarawak, Tuan Haji Talib Zulpilip. Persembahan pelbagai pihak bermula selepas ikrar sumpah budayawan. Saya menanti beberapa ketika sebelum bergerak pulang jam 12.20 malam. Tentu banyak cerita selepas itu yang saya tidak ikut bersama.

No comments: