Showing posts with label aktiviti golongan veteran. Show all posts
Showing posts with label aktiviti golongan veteran. Show all posts

Thursday, January 06, 2011

DUN SARAWAK

DUN Sarawak dirakam ketika menyusur sungai Sarawak ahad lepas menghulu hingga ke Tambak Batu Kitang, satu perjalanan mengambil masa satu jam setengah sebelum berpatah balik, menghilir hingga ke Kpg Bintawa Batu. Di sini terletak rumah penginapan Ketua Menteri Sarawak.

Monday, February 08, 2010

8 FEBRUARI : SEPAGI DI MASJA

Telah menjadi rutin bagi saya untuk berjalan kaki selepas subuh. Saya mula berjalan jam 6.30 atau selewat-lewatnya 6.45 pagi dan berhenti setengah jam kemudian. Pagi ini saya berjalan di kawasan MASJA, bangunan milik Lembaga Masjid negeri Sarawak. Saya cuba datang lebih awal untuk merakam langit yang kelihatan merah di ufuk timur tapi ketika sampai di kawasan ini, langit sudah bertukar kelabu dengan mega memenuhi langit tanda hujan akan turun.
Selepas subuh suasana yang amat cantik untuk dirakam. Rasanya esok saya akan mencuba lagi, menanti detik yang indah itu.


Sunday, February 07, 2010

7 FEBRUARI : SYURGA KAKI PANCING

Anak saya tinggal di Taman Sri Matang yang terletak di Jalan Matang. Untuk ke taman perumahan itu kita akan melalui sebuah jambatan yang merintangi sebatang anak sungai. Di sekeliling kawasan ini telah ditanam dengan padi. Air sungai agak gelap. Setipa kali melintasi jambatan ini kita pasti akan ketemu kereta-kereta yang diletakkan di tepi jalan dan juga di tepi jambatan. Kereta milik kaki pancing.
Saya belum lagi melihat ikan yang ditangkap pemancing tapi mengikut mereka antara ikan yang terdapat di anak sungai ini ialah ikan kalui. Keinginan untuk ikut memancing di sini agak memuncak tapi belum lagi saya laksanakan hajat ini. Mungkin apabila sudah benar-benar teringin dan ada teman nak ikut serta, saya pasti akan memancing di sini. Ada teman-teman yang nak ikut memancing?

Friday, January 22, 2010

22 JANUARI : MASA UNTUK BERJALAN KAKI

Jumaat, 22 Januari 2010

Sudah agak lama juga saya tidak melakukan aktiviti berjalan kaki waktu pagi di kawasan Pustaka Negeri Sarawak kerana masa yang tidak mengizinkan. Mulai tahun 2010 ini saya tak perlu menghantar Nurul ke sekolah kerana tugas telah diserahkan kepada menantu saya. Saya hanya perlu mengambil Nurul dan cucu saya, Kamalia waktu balik sahaja. Lantas masa pagi bolehlah saya gunakan untuk aktiviti berjalan kaki.
Tapi bukan itu yang menggerakkan saya untuk kembali beridah. Minggu lepas saya dapat keputusan ujian darah yang menunjukkan kandungan kolesteral melebihi batas maksimum. Saya perlu kembali berjalan kaki, lantaran ini sahaja aktiviti yang saya suka.
Pagi tadi dapat pusing tasik selama dua kali. rasanya esok kena tambah tiga kali, jika tak hujan. Ada yang nak ikut?

Thursday, December 31, 2009

KAMERA (4)

Kamera SLR yang disayangi , Olympus E-510. Dibawa bersama untuk photo hunting...

Sunday, November 15, 2009

CUBA TEKA?


Lama benar saya tidak menjalankan aktiviti berjalan kaki waktu petang kerana urusan lain. Foto ini saya ambil dari salah satu tempat berjalan kaki. Cuba teka di mana?

Wednesday, August 13, 2008

HASIL PERTEMUAN ORANG LAMA



PERTEMUAN PERTAMA ORANG LAMA DI BILIK WACANA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK

13 OGOS 2008

Nota Mesyuarat

1. Seperti yang dirancang, pertemuan pertama golongan orang lama/veteran telah dapat dilangsungkan di Bilik Wacana Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Kehadiran adalah seperti berikut:

Sdr Saiee Driss – bertindak sebagai pengerusi majlis pertemuan

Dr. Jeniri Amir – diberi penghormatan menjadi penasihat

Sdr Muhammad Driss/ Mat Segalang

Pharo Abdul Hakim selaku pencatat / setiausaha

Penghulu Haji Awang Bujang bin Awang Hamdan (A.B.Nor)

Hajah Bibi Sabariah bt Hj Abang Awet

Sabin Talip

2. Sebagai pengenalan, sdr Saiee Driss memaklumkan majlis tujuan pertemuan. Jawatankuasa ini dibentuk bertujuan untuk menggerakkan usaha para penulis veteran dalam menghasilkan karya dalam apa jua bentuk. Adalah diharapkkan dengan berkumpul dalam sebuah jawatankuasa yang berpaksikan “program-oriented” para veteran tidak merasa terpinggir dan tersisih tapi dapat terus bergerak seperti biasa bagi mempastikan mereka boleh terus memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang yang mereka berkebolehan.

Selanjutnya sdr Saiee Driss menjelaskan setakat ini usaha telah dibuat bagi menghasilkan sebuah antologi puisi Pesara yang diharapkan dapat diterbitkan dalam bulan Disember 2008 ini.

3. Dr. Jeniri Amir menyarankan agar jawatankuasa ini berkomunikasi dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak bagi mengatur penganjuran sebuah kursus singkat (2 hari) dalam bidang penulisan memoir/biografi/autobiografi. Disarankan juga agar jawatankuasa bertemu dengan Pengarah DBPCS bagi melahirkan hasrat ini kepada beliau untuk dipertimbangkan.

Dr. Jeniri menambah amat penting bagi kita merakam pengalaman-pengalaman hidup untuk dikongsikan bersama dengan masyarakat.


4. Sdr Muhammad Driss pula mencadangkan perlu ada usaha bagi mewujudkan rekod/direktori penulis. Difahamkan pihak DBP setakat ini ada mengumpul data-data penulis tetapi pengwujudan rekod tersebut oleh DBPCS belum lagi dilaksanakan. Setakat ini , mengikut penjelasan sdr Jaafar Hamdan, pegawai DBPCS yang turut hadir di pertemuan ini, DBPCS hanya menyimpan rekod umum sahaja seperti alamat dan nombor telefon.

Dalam hal ini, telah wujud blog-blog teman yang merekod dan menulis tentang biografi penulis Sarawak. Antara blog yang dimaksudkan ialah Laman Saiee Driss (http://saieedriss.blogspot.com) kelolaan sdr Saiee Driss dan Penulis Bumi Kenyalang (http://penulissarawak.blogspot.com/ ) kelolaaan sdr Radin Azhar Ahmad.


5. Penghulu Haji Awang Bujang Awang Hamdan memaklumkan kepada majlis beliau masih lagi menyimpan empat buah skrip bangsawan, yang merupakan bahan sejarah yang bernilai dari segi kegiatan bangsawan suatu ketika dahulu dan beliau memerlukan skrip ini diterbit supaya ia boleh menjadi tatapan umum dan kegunaan pihak yang membuat penyelidikan.

Majlis mencadangkan agar DBP dapat mengambil langkah proaktif melestarikan bahan ini. Sdr Jaafar Haji Hamdan selaku pegawai DBPCS yang hadir memberi respons positif terhadap cadangan ini dan akan berusaha membawa perkara ini kepada pihak atasan.

6. Beberapa perkara lagi yang turut disentuh dalam perbincangan ringkas pagi ini termasuklah:

6.1 Projek Pengkisahan

Harus diadakan secara berkala/berterusan bagi memberi ruang kepada personaliti yang dipilih membentangkan kertas kerja berbentuk pengkisahan. Untuk urusan ini, jawatankuasa perlu berhubung dan seterusnya bekerjasama dengan Persatuan Pesara Sarawak.

Pada masa terdekat PEKASA akan melaksanakan apresiasi karya terhadap Memoir Datuk salbiah Painah. Adalah diharapkan projek pengkisahan para veteran ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat untuk generasi akan datang.

6.2 Agenda Mesyuarat Akan Datang

Pharo Abdul Hakim mencadangkan agar peserta mesyuarat mula mengemukakan laporan kemajuan usaha-usaha peribadi yang sedang dijalankan. Ini bertujuan menjadi galakan dan motivasi dan dalam masa yang sama boleh mendapt pandangan daripada teman-teman.

Berkenaan dengan Antologi Puisi Pesara, Pharo memaklumkan bahawa setakat ini terdapat hanya lima belas buah puisi yang sudah dikumpul. Cadangan jumlah puisi untuk antologi ini sekitar seratus buah. Untuk itu Dr. Jeniri mencadangkan agar promosi untuk projek ini dipergiatkan. Antara usaha yang dicadangkan ialah promosi melalui Radio dan akhbar.

6.3 Sdr Jaafar Haji Hamdan mencadangkan mengusulkan agar nota-nota hasil perbincangan ini dikemukakan kepada Pengarah DBPCS agar tindakan susulan boleh diambil oleh DBP mana yang berkaitan.

Oleh kerana tiada perkara lain yang dibincangkan, majlis yang bermula jam 10.00 pagi ini diakhiri jam 11.30 pagi. Mesyuarat akan datang akan diadakan dua bulan dari sekarang dan seterusnya jadual/kekerapan mesyuarat ialah dua bulan sekali. Sdr Saiee Drisss selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak kerana bermurah hati membenarkan mesyuarat diadakan di bilik wacana dan kerana penyediaan minum pagi.

13 Ogoos 2008

Monday, August 11, 2008

PERTEMUAN ORANG LAMA

Tajuk di atas merupakan tajuk tulisan sdr Saiee Driss (lihat di sini) yang saya cekup dan letakkan di sini. Saya nak kongsikan dengan teman-teman gelagat golongan ortu yang mahu terus bermain di laman sastera dan budaya sebagai sumbangan kami kepada masyarakat.
Saya setuju dengan pandangan sdr Saiee dan teman-teman, masa usia veteran perlu digembleng bagi menghasilkan sinergi. Perjalanan sastera berseorangan terkadang membuat jiwa jadi malas. Di sinilah sahabat-sahabat dapat memainkan peranan.
Saya yakin usaha untuk berjumpa dan berinteraksi antara golongan veteran ini boleh menghasilkan limpahan produk sastera dan budaya. Bagi teman yang ingin ikut serta, datanglah ke DBP cawangan Sarawak pada 13 Ogos 2008 ini jam 10.00 pagi. Kita bincang dan atur perancangan masa depan kita bersama. Semoga sukses.
Oh ya...lama juga saya tak sentuh tentang Antologi Puisi Pesara Sarawak. Setakat ini sudah ada empat orang penulis yang memberi sumbangan. Lebih ramai lagi yang diperlukan bagi memenuhi ruang di dalam antologi ini. Hubungi saya secepat mungkin.