Showing posts with label Aktiviti budaya. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti budaya. Show all posts

Saturday, March 06, 2010

6 MAC : PERKAMPUNGAN PENULIS DI MUKAH 2008


Antara foto yang menarik perhatian saya pada malam persembahan kebudayaan sewaktu Perkampungan Penulis Sarawak 2008 diadakan di Mukah, Sarawak. Kelihatan anatar penopeng/petandak; Faizal dengan pasangannya Awang Kelana dan Mantan Pengarah DBPCS, sdr Zaini Oje.

Saturday, February 06, 2010

6 FEBRUARI : PELANCARAN ANTOLOGI PUISI HMNK






Pagi ini saya hadir ke majlis pelancaran antologi puisi HARUM MANIS NEGERI KAMI bertempat di SMK Bandar Baru Samariang. Majlis yang meriah dan warna warni walaupun agak terlalu panjang masa diambil. Kalau tak silap saya, majlis yang bermula jam 9.00 pagi itu hanya selesai jam 11.45 pagi.
SUNGAI SARAWAK, MENGALIRLAH KE SEGARA HIJAU merupakan salah sebuah puisi saya dalam antologi tersebut.Klik di sini untuk membacanya.

Sunday, January 03, 2010

3 JANUARI : SUMPAH BUDAYAWAN

Tepat jam dua belas tengah malam sebelum menjejak 2010 saat berikut para budayawan yang berada di pentas dan di dalam dewa berdiri mengikrarkan Sumpah Budayawan Negeri Sarawak untuk tahun yang ketiga puluh dengan penuh warna warni dari segi persembahan dan suasananya. Saya ikut serta sejak waktu maghrib lantas ikut sama solat berjemaah yang diimami Tuan Haji yasin Fakir, Presiden Persatuan Qari Sarawak.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Muda Pelancungan Negeri Sarawak, Tuan Haji Talib Zulpilip. Persembahan pelbagai pihak bermula selepas ikrar sumpah budayawan. Saya menanti beberapa ketika sebelum bergerak pulang jam 12.20 malam. Tentu banyak cerita selepas itu yang saya tidak ikut bersama.