Every day of your life is a page of your history..mutiara kata Arab
Wednesday, March 31, 2010
31 MAC : TENTANG BURUNG(4): KEDIDI
Awal pagi ini seperti biasa di hadapan rumah saya dikerumuni burung pipit yang sedang mencari makan. Biasanya kami akan meletakkan makanan di hadapan rumah dan ini menarik perhatian pipit. Pagi ini, selain dari pipit terdapat juga sepasang ketitir dan juga seekor burung Kedidi. Sempat saya rakam fotonya di sini.
Tuesday, March 30, 2010
30 MAC : YASMIN LAHIR
Monday, March 29, 2010
29 MAC: HARI PENUH DEBAR
Sunday, March 28, 2010
28 MAC : BULAN DI SIANG HARI
Dua hari lepas kira-kira jam 4.30- 5.00 petang ketika bersama cucu-cucu di hadapan rumah, bulan kelihatan jelas di atas kepala. Melihat bulan menampakkan wajah di siang hari sangat mengasyikkan. Saya rakam wajahnya namun hasil tak lah seberapa.
Labels:
alam,
panorama penabahari,
panorama sepanjang jalan
Saturday, March 27, 2010
27 MAC : TENTANG BURUNG (3)
Sepasang burung yang cantik ini hinggap pada antena TV sewaktu saya membawa tiga orang cucu bersiar-siar di hadapan rumah tapi saya tak pasti nama burung ini. Mungkinkah burung layang-layang? Yang sangat seronok saya perhatikan, burung selalu bertenggek berpasangan. Apakah burung antara makhluk Allah yang setia pada pasangannya. Jika benar, elok ambil burung sebagai contoh dalam menjalankan kehidupan agar harmoni mengharumi kehidupan kita.
Friday, March 26, 2010
Thursday, March 25, 2010
25 MAC : MENITI AWAN
Setelah berada di Miri selama empat hari, hari ini kami suami isteri berangkat pulang menggunakan pesawat MAS jam 2.00 petang. Langit berawan tebal dan terasa sedikit goncangan pada pesawat kami. Lebih setengah jam berada di dalam pesawat ini, saya terus dihiburkan (atau sengaja menghibur diri kerana takut) oleh gugusan awan yang berarak dalam seribu satu bentuk yang mengagumkan. Melihat awan terasa benar kebesaran Allah yang menciptakannya...Indah sekali. Maha suci Allah.
Monday, March 22, 2010
21 MAC : PERJALANAN KE MIRI
Setelah setengah jam bertolak dari Betong, tayar kenderaan mengembang menyebabkan perjalanan tidak stable lagi. Kita berhenti untuk hampir setengah jam untuk membetulkan keadaan. Nasib baik ada teman, Azizan, yang boleh membantu. Terima kasih Zan.
Labels:
famili,
journal,
panorama penabahari,
panorama sepanjang jalan
Saturday, March 20, 2010
20 MAC : SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD FAIZ SANIM
Thursday, March 18, 2010
18 MAC : LAILA DAN ERDA
Awal pagi Jumaat nak tanya khabar anakanda berdua..Laila dan Erda , apa khabar anakanda berdua pagi ini? Laila, esok hari lahir Faiz. Ucapkan untuk abah selamat hari lahir buat dia. Jadi budak baik, jaga peribadi dan sentiasa berhati mulia.
Anakanda Erda, jaga diri, semoga dipermudahkan melahirkan cucu abah yang ke7. Selamat semua.
Anakanda Erda, jaga diri, semoga dipermudahkan melahirkan cucu abah yang ke7. Selamat semua.
Wednesday, March 17, 2010
17 MAC : MASA UNTUK BERENANG
Abdul Hakim
Pagi ini saya dan keluarga ke kolam renang Kota Samarahan. Lama kami tak menjenguknya. Sewaktu cuti sekolah ruang terbuka untuk kami pergi bersama. Mereka cukup gembira dapat bermandian di kolam ini. Saya tak sempat mandi kerana sibuk dengan kamera saya merakam aksi-aksi mereka. Kami selesai mandi setelah sejam berendam di kolam. Ah!jelas sekali mereka kepenatan selepas berenang.
Tuesday, March 16, 2010
16 MAC : DEWANA
Monday, March 15, 2010
15 MAC : KE SIMUNJAN
Hari ini saya ke Simunjan. Bertolak dari Kuching kira-kira jam 9.00 pagi. Berhenti makan di Kota Samarahan. Selepas makan mee kami bertolak dan berhenti di Sadong Jaya seketika. Dari Sadong jaya kami menyusur jalan menuju ke pangkalan feri Sg Buluh (dahulunya sungai Bulu kan?).
Setelah sampai ke seberang kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Simunjan. Lega rasa dan seronok juga dapat menatap kembali pekan yang pernah memikat hati seketika lalu.
Setelah sampai ke seberang kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Simunjan. Lega rasa dan seronok juga dapat menatap kembali pekan yang pernah memikat hati seketika lalu.
Sunday, March 14, 2010
14 MAC: KE KAMPUNG LIDAH TANAH
Hari ini kami ke Kpg Lidah Tanah, kampung tempat tinggal Allahyarham mertuaku. Kampung Lidah tanah antara kampung yang tertua di Sarawak. Namanya sering kita temui dalam lipatan sejarah perjuangan dan peperangan antara pemerintah Brunei yang disokong oleh James Brooke dan pendekar Sarawak yang dipimpin oleh datu-datu pemerintah Sarawak sekitar abad kesembilan belas.
Di sinilah punca air bagi minuman penduduk kota Kuching.
Labels:
famili,
journal,
panorama Sarawak,
panorama sepanjang jalan
Saturday, March 13, 2010
13 MAC : KE SERIAN
Hari ini saya dan isteri memandu ke Serian. Ingat nak jenguk pasar tani Serian. Saya suka ke pasar tani di sini kerana banyak sekali hasil tempatan yang di jual. Antara saya suka beli termasuklah keladi dan ulam-ulaman.
Selesai membeli belah di pasar tani kami singgah membasah tekak di gerai minuman.
Terima kasih Serian.
Selesai membeli belah di pasar tani kami singgah membasah tekak di gerai minuman.
Terima kasih Serian.
Tuesday, March 09, 2010
9 MAC : TENTANG BURUNG (2): PUNAI GADING
Bertenggek di pohon mempelam yang daunnya mula luluh, diperhatikannya alam sekeliling yang mula tenang dan sunyi. Saat pagi begini, detik sesuai untuk bicara dengan kekasihnya. Dan ini dilakukannya setiap hari tanpa bosan. Aku ikut sama menatap telatah mesra mereka tanpa bosan. Mereka tetamuku yang setia. Mereka teman ketika aku terasa sendiri di tepi jendela.
Sunday, March 07, 2010
Saturday, March 06, 2010
6 MAC : PERKAMPUNGAN PENULIS DI MUKAH 2008
Antara foto yang menarik perhatian saya pada malam persembahan kebudayaan sewaktu Perkampungan Penulis Sarawak 2008 diadakan di Mukah, Sarawak. Kelihatan anatar penopeng/petandak; Faizal dengan pasangannya Awang Kelana dan Mantan Pengarah DBPCS, sdr Zaini Oje.
Labels:
Aktiviti budaya,
kembara,
kenangan,
memori,
panorama sepanjang jalan
Friday, March 05, 2010
5 MAC : POTRET SILAM (3)
Thursday, March 04, 2010
4 MAC : HATI SEORANG AYAH
Wednesday, March 03, 2010
3 MAC: BIDADARI MALAM
Tuesday, March 02, 2010
2 MAC : TRUTH(2)
Monday, March 01, 2010
1 MAC : PROJEK PERUMAHAN
Hari ahad lepas saya sempat pergi ke projek perumahan baru yang dibina oleh PUSAKA (jika tak silap yang terletak di jalan Sultan Tengah. Rumah-rumah yang dibina termasuk rumah teres dan rumah kembar dua. Bentuk rumah cukup menarik tambahan ia terletak berhampiran dengan sebatang sungai yang tak berapa besar. Terdapat sebuah jambatan dibina menyeberangi sungai. Bagi yang meminati aktiviti memancing, menjala mahu pun menjaring ikan, saya rasa ini adalah tempat yang sangat elok untuk aktiviti begitu. kawasannya juga sesuai untuk beriadah dengan suasana yang nyaman dan segar. Sesekali kelihatan burung-burung di ranting kayu. Kami memujuk anak kami supaya membeli rumah di sini jika dia bercadang untuk membeli rumah...sayangnya dia mungkin telah ada pilihan lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)