Sunday, November 20, 2011

MANIKAM KEHIDUPAN DALAM NASKHAH BINGKAI WAKTU


MANIKAM KEHIDUPAN DALAM NASKHAH BINGKAI WAKTU

Oleh Rosani Hiplee

“Bingkai Waktu melakar potret cinta seorang jejaka terhadap Yang Esa, buana dan wanita pelengkap nurani.”

(prakata, Bingkai Waktu)

Pharo Abdul Hakim, penyair naskhah Kumpulan Puisi Bingkai Waktu ini begitu sinonim namanya di persada perpuisian tanah air. Karya-karya beliau banyak tersiar dalam media massa seperti akhbar Utusan Borneo, Utusan Sarawak, tabloid Jendela Sarawak, Majalah Dewan Perintis, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.

Bakat dan minat kepenyairan beliau bermula sejak pertengahan tahun 70-an lagi. Malah merupakan antara penyair Sarawak yang paling awal mendapat tempat dalam majalah sastera tersohor, Dewan Sastera pada tahun 1971

Puisi-puisinya turut dimuatkan dalam antologi puisi Buih Di Air (1976), Randau Di Pulau (1987), Satu Perasmian (1992), Simfoni Dari Utara (1994), Peta Seniman (1998), Penangkap Rama-rama dan Kelawar (2004), Lok Cinta (2007) dan Harum Manis Negeri Kami (2009).

Menurut Dr. Jeniri dalam Simfoni Dari Utara (1994:vi), penyair ini telah membuktikan daya kekreatifan melalui usaha memanipulasikan unsur bahasa sehingga diksi dan ungkapan yang dibentuknya memiliki kesegaran dan kekuatan untuk meninggalkan kesan apabila dihayati.

Apabila membaca naskhah Bingkai Waktu ini, sepertinya pembaca disoroti oleh suatu magis pengembaraan spiritual yang menyihirkan selain terbawa oleh kesegaran dan ketegaran diksi-diksinya yang dijaga sempurna. Misalnya

Usianya seperti teja using yang menanti ketibaan malam

Lalu ia diusik gundah dan resah

Ketika menatap purnama berkelana

Berteman sejuta bintang

Dan dia hanya bias berdiri di padang lalang

Sendirian merenung langitdengan seribu harapan

Untuk terbang dan bertemu dengan kekasih

Yang tidak diberi perhatian

Yang tidak dihulurkan kesetiaan

Buat kesekian waktu

(rangkap 1.Puisi Cinta Penyair Tua)

Malah ketelitian inspirasi dan ketajaman daya renung penyair jauh menyusup ke lapisan makna yang tirus menjurus di celahan kebenaran yang tersisip sayup . Hingga pembaca mudah terkesan oleh setiap tema dan persoalan yang ingin dikuliti oleh penyair.

Dalam tanggapan lain, penyair seolah-olah berusaha menemukan manikam kehidupan di balik lingkaran bingkai waktu yang pernah disusuri. Dengan harapan agar setiap lekuk bingkai waktu dapat mengertikan sesuatu yang mengilhami perasaan dan pemikiran diri kepada sesuatu yang lebih berharga. Seperti kata penyair,

Bingkai waktu merupakan catatan sepanjang perjalanan, menghayati resah duka dan memahami budi seni, memerhati manusia dan kemanusiaan berlensakan kritis dan analitis, sesekali sinis. Bingkai Waktu adalah serpihan memori masa lalu yang sering mengocak hati yang sepi dan sendiri seperti pantulan cahaya yang sukar dimengerti.”

Naskhah Bingkai Waktu ini menampilkan 101 buah puisi yang meneriakkan suara kemanusiaan dan rasa kehambaan diri kepada-Nya. Malah segala tamsilan peribadinya itu persis menemukan manikam kehidupan ini lewat penggunaan citra yang cukup segar dan tegar.

Manikam kehidupan kemasyarakatan ditemui dalam puisi-puisi seperti Ayahku penjaja Roti, Balada Anak Rimba, Cerita Sebuah Desa, Cerita Sebuah Kota, Cerita Seorang Tua, Galeri Insani, Lorong Hitam Di Sudut Kota, Madam Insinyur, Mengenang Si Tenang, Mutiara, Namanya Suhana A/p Marina, Orang Sungai, Perempuan Tua Dari Kota, Perempuan Tua (ii), Perempuan Tua (iii), Trauma(i) dan Trauma(ii)

Permasalahan atau kegawatan nilai kemanusiaan dalam masyarakat mutakhir ini jelas ditanggapi dengan kritis lagi sinis oleh penyair. Tirani insani benar-benar membayangi akaliah dan nurani penyair.Misalnya dalam rangkap kedua puisi Trauma (ii) iaitu:

Baru setahun Afiq pergi

Membawa bersama seribu tuna

Meninggalkan kezaliman yang telah mula dewasa

Kita yang berdiri masih belum mengerti

Bagaimana mengubati hati yang keji

Lantas Noorfitri dilukai

Seribu keperitan yang tidak tertahan

Seperti kematian dewasa yang perkasa

Kezalimankah yang sedang bertakhta?

Atau kelukaan diri manusia tega

Menjelajahi rimba kehidupan

Yang penuh semak sengketa

Uniknya naskhah Bingkai Waktu ini kerana penyair tidak terkecuali dalam memberi sentuhan yang pelbagai rona terhadapbudaya tempatan.. Manikam kehidupan budaya setempat telah diangkat malah diungkap dengan sebegitu indah dan istimewa . Pengolahan dan pendekatan sebegini sebenarnya sangat menarik dan mengujakan. Ekksotik! Misalnya:

Ketika senja berlari dikejar malam

Ada nyanyian putera Annah Rayang

Lagu asing irama perjuangan

Menabur benih suci

Biar lembah ini diterangi sinar

Biar pinggir ini ditumbuhi pohonan

Menghijaukan bumi bertuah

(rangkap kedua: Annah Rayang)

Sesungguhnya inderia sensitivity penyair nyata tidak sekadar sebuah emosi tapi sejalur sayup renung dan gerak fikirnya yang kritik, pun juga sarkastik! Maka impaknya amat berbekas.

Judul lain bagi puisi yang turut mengungkapkan rupa manikam kehidupan sejagat ini ialah Belasungkawa Kemanusiaan, Doa Sebuah Kota Luka, Kashmir Berkirim Salam dan Kuntum-kuntum Tulip Berguguran.

Nilai-nilai sebenar dalam wibawa manikam kempimpinan juga diteliti oleh penyair dengan sekhusyuknya. Kegusaran d an kesinisan penyair terhadap karisma politik setempat tampak jelas dalam beberapa buah puisinya seperti Balada Pak Tua, Balada Supir Tua, Cerita sebuah Desa, Cerita Sebuah Kota, Empayar Fatamorgana, Kongkalingkung, Marsum Buat Nayaka dan Mendepani Resah.

Dalam rangkap keempat, puisi Marsum Buat Nayaka penyair dengan sinisnya mengungkapkan bahawa;

Lalau tercatatlah madah derhaka ini

Lahir dari hati yang tidak pernah lupa

Pada janji yang dijaja

Ketika nayaka menghulur dusta

“kubina syurga di hujung kota

Buat berteduh bangsaku yang berduka”

Pun begitu keserongan atau ketidakjujuran dalam tata kepimpinan mudah menularkan kerosakan dalam pola masyarakat. Misalnya dalam rangkap terakhir puisi Balada Pak Tua iaitu;

Esok kita teruskan sebuah drama

Cerita kampung kehilangan nama

dan istana terbina di tengah rimba

kau dan aku menggenggam rahsia

membina bangsa d engan sebuah dusta

Manikam Cinta dalam kehidupan ini merupakan anugerah Tuhan paling indah dan menyihirkan. Maka penyair pun berusaha memerikannyadengan sebegitu fitri dalam bingkai waktu yang cukup syahdu. Penyair melakar potret cinta seorang pria yang cukup dewasa. Misalnya dalam rangkap kedua terakhir dalam puisi Laghu Cinta seorang Lelakai Yang Enggan menjadi tua iaitu;

Cinta itu suara hati

Dari lubuk yang sepi

Di daerah hakiki seorang insani

Yang mengerti makna bisikan hati

Yang memahami letak kasih iman

Tersiram dengan wangian amal

Mengasyikkan rasa

Dan kita terus terpelihara

Dalam satu kelompok jiwa

Bertandang di dalam sebuah bahtera

Belayar menuju ke satu pelabuhan

Di ufuk yang tak bertepi.

Antara judul lain bagi puisi yang menterjemah manikam cinta ini ialah Cinta Amar dan Puisi Cinta Penyair Tua.

Manikam persahabatan sejati nyata tidak terkecuali ditemukan dalam Bingkai Waktu perpuisian penyair yang tulus ini. Ia telah diolah dengan sebegitu sempurna lewat beberapa buah judul puisi seperti Erti Teman, Menara Harapan (i), Menara Harapan (ii) dan Mutiara.

Rangkap kelima puisi Menara Harapan (ii) terasa syahdu apabila dihayati, iaitu;

Begitulah masa menentukan s egala

Tiada ruang untuk kembali ke alam remaja

Walaupun jauh di lubuk hati

Tersimpan kerinduan seorang teman

Menjenguk kembali jejak-jejak silam

Tersimpan seribu cerita

Sepertinya penyair tersangat gemar bertamsil dan berfalsafah tentang kehidupan ini. Banyak anatara puisinya yang cenderung menyelongkar manikam-manikam kehidupan ini. Misalnya puisi Api, Air Dari Gunung(1), Air Dari Gunung (2), Balalaika, Baluarti, Bulan Kedua, Cinta Di Kota Magenta, Duka Purnama, Jambatan Waktu, Kota Taman, Kujelajahi Sebuah Malam, Kujelajahi Terowong Kecewa, Membina Kota Setia, Mentari Jingga, Meredah Lembah Gundah, Meroboh Penjara Budi, Pelabuhan Sembilan, Pengembara Masa, Resah, Samudera Bara, Sanktuari, Sebuah Kota Merah Jingga, Sebuah Pondok Di Lereng Gunung, Semilir, Seperti Pohon Ketapang Di Tepi Jalan Itu, Tanjung Tulus dan Wajah Di Bingkai Waktu.

Dalam puisi Pelabuhan Sembilan misalnya , penyair jelas berkias tentang fitrah diri yang sebenar di dunia fana ini. Pelabuhan Sembilan citra diri yang wajar direnungfikirkan agar dapat ditemui manikam diri di balik rimbunan pohon waktu. Seperti ungkapan penyair dalam rangkap keempat puisi ini iaitu;

Pelabuhan Sembilan

Aku singgah di dermagamu

Setelah semalaman menentang gelora

Di lautan diri yang tak bertepi

Lindungi daku dari badai nafsu

Merentap pohonan iman

Di dataran kalbu bisu.

Menurut SN Datuk Muhammad Haji Salleh dalam bukunya berjudul Menyeberang Sejarah (1999- 02), bahasa ialah alat pemikiran dan imaginasi. Biasanya pengguna bahasa yang baik ialah penyair yang telah melatih dirinya beberapa waktu dan menguasai bahasa itu sehingga dia dapat melenturkan perkataan dan bunyinya untuk disesuaikan dengan apa yang hendak disampaikan.

Maka selain menemukan latar belakang, apabila membaca naskhah Bingkai Waktu, sepertinya saudara Pharo sudah berupaya memahami definisi puisi oleh Coleridge iaitu kata-kata terbaik dalam susunan terbaik.

Walaupun terdapat beberapa frasa yang jarang diperikan tapi ia berupaya memperkayakan kosa katakhalayaknya. Atau dari tanggapan lain, ia telah memberikan manikam pada pemilihan diksi itu dengan sendirinya. Misalnya perkataan Balalaika, baluarti, sanktuari, kongkalingkung, luak, marsum, nayaka, teja dan beberapa lagi yang lain malah kesemuanya telah memberi nilai estetik dalam memerikan susuk-susuk gaya bahasa penyair itu sendiri, syabas!

Sesungguhnya apabila membaca puisi-puisi yang terolah dalam naskhah Bingkai Waktu ini, seperti khalayak turut mengalir bersama-sama lagu cinta seorang lelaki yang terlepas masa lalunya yang sangat berharga. Nada roman penyairnya benar-benar terasa lewat ungkapan-ungkapannya yang tersirat. Seperti yang diakui penyair iaitu;

Bingkai waktu, roman seorang teman merenung kembali masa yang telah tertinggal, kerana di situlah sejarah petunjuk menuju jalan pulang> Kalau boleh kuundurkan waktu ke suatu detik yang lalu…

Rumusnya, naskhah Bingkai Waktu itu persis sebuah kembara jiwa seseorang yang begitu nostalgik dunianya. Seperti kata Helen Keller iaitu Life is either a great adventure or nothing. Apabila diterjemah dalam Bahasa Melayu lebih kurang begini maksudnya,kehidupan ini sama ada pengembaraan yang hebat atau tiada apa-apa. Namun penyair sentiasa berusaha untuk menemukan manikam kehidupan itu dengan sesungguhnya lewat naskhah Bingkai Waktu ini. Waima nadanya sedikit sendu.

Saturday, October 01, 2011

BENAK ATAU TIDAL BORE BATANG LUPAR

Rabu lepas, 28 Sept, saya bersama teman, Dr Kamil Salim dan Abdillah berpeluang merakam fenomena Benak atau Tidal Bore di Batang Lupar, Sri Aman. Suasana amat mencemaskan namun kerana pemandu bot kami sangat berpengalaman, segalanya berjalan dengan baik.

Tuesday, September 20, 2011

HARI MALAYSIA 2011

Sarawak menyambut Hari Malaysia tahun ini dengan pelbagai pertunjukan, antaranya lumba perhau, bunga api dan sukan wakeboard yang semuanya diadakan di Tebingan Kuching.

Sunday, July 17, 2011

POTRET FAUNA(38) Tekukur

Burung Tekukur @ Spotted Dove banyak sekali terdapat di bandar dan desa di Sarawak.

Saturday, July 16, 2011

POTRET FAUNA (37) Sepah Puteri dada Oren

Burung Sepah Puteri dada Oren @ Orange-bellied flowerpecker ini saya rakam ketika sedang makan buah daripada pohon tanaman jiran di hadapan rumah saya.Saya jarang juga ketemu burung ini.

Friday, July 15, 2011

POTRET FAUNA (36) RUAK-RUAK

White-breastes waterhen @ burung ruak-ruak atau lebih dikenali di tempat saya dengan nama tempatannya, keruak. Banyak didapati di sini bersembunyi di dalam rumput yang menebal. Kata teman saya ia sedap dimakan. Entahlah, saya tak pernah makan burung.

Thursday, July 14, 2011

POTRET FAUNA (35) REMBAH KENING PUTIH


Burung Rembah kening Putih @ Pied Triller dirakam sekitar bangunan Masja/Baitul Makmur di Petra Jaya. Burung yg mempunyai kicauan melodi yg sangat sedap didengar.

Wednesday, July 13, 2011

POTRET FAUNA (34) PUNAI GADING


Burung Punai gading @ pink-necked green pigeon sangat banyak didapati sekitar Petra Jaya. Ia selalu ditemui di atas dahan asam mempelam dan juga pokok sengkel. Bulu punai gading jantan sangat cantik dan menarik jika dibandingkan dengan yg betina.

Tuesday, July 12, 2011

POTRET FAUNA (33) PUCUNG KELADI


Burung Pucung keladi @Little Heron selalu saya temui memburu ikan di Tasik Pustaka Negeri Sarawak. Foto ini saya rakam di tepi tasik Pustaka Negeri Sarawak ketika Pucung keladi membersihkan bulunya

Monday, July 11, 2011

POTRET FAUNA (32) LELAYANG HIJRAH


Burung Lelayang Hijrah @ Barn Swallow dirakam di sepanjang jalan menuju ke Taman Sr Matang, Kuching. Warnanya hampir serupa dengan Lelayang Pasifik.

Sunday, July 10, 2011

POTRET FAUNA (31) PERENJAK KELABU


Burung Perenjak Kelabu @ Ashy Tailorbird dirakam di sekitar Pustaka Negeri Sarawak.

Saturday, July 09, 2011

POTRET FAUNA (30) PUCUNG CINA

Vurung Pucung Cina @ Chinese Pond Heron yang s aya temui di Jong's Crocodile Farm.

Friday, July 08, 2011

POTRET FAUNA (29) PUCUNG BENDANG

burung Pucung Bendang @ Cinnamon Bittern yang saya rakam di sekitar kawasan Masja sedang mencari makan.

Thursday, July 07, 2011

POTRET FAUNA (28) CENUK BIRAH


Burung Cenuk Birah @ Chestnut-breasted Malhoka ditemui di kawasan Masja, Kuching. Burung ini memakan makanan seperti ulat bulu, katak, termasuk juga burung2 kecil.

Wednesday, July 06, 2011

POTRET FAUNA (27) PIPIT RAWA


Burung pipit rawa @ black-headed munia, selalu ditemui di kawasan padang berumput..ia datang secara berkumpulan memakan pucuk rumput .

Tuesday, July 05, 2011

POTRET FAUNA (26) CIAK RUMAH

Burung Ciak rumah @ Eurasian Tree Sparrow antara burung yg paling banyak terdapat di kawasan rumah, memakan apa jua makanan yg ditemuinya. banyak sekali populasi burung ini yang membuat kota menjadi tempat kediamannya.

Monday, July 04, 2011

POTRET FAUNA (25) PERLING MATA MERAH

Burung Perling mata Merah @Asian Glossy Starling, paling mudah didapati di bandar kami, malah di seluruh negeri.Dalam foto ini burung peling mata merah makan makanan yg disediakan oleh anak saya di hadapan rumah. Antara burung yg hadir untuk makan bersama di sini termasuklah ciak rumah, merbuk, merbah dan juga tekukur.

Sunday, July 03, 2011

POTRET FAUNA (24) PERENJAK KUNING

Burung Perenjak Kuning @Yellow Bellied Prinia dirakam di sekitar kawasan Pustaka Negeri sarawak

Saturday, July 02, 2011

POTRET FAUNA (23) PEKAKA EMAS

Burung Pekaka Emas @ Stork-billed Kingfisher yang dirakam sedang bertenggek di atas talian elektrik sepanjang jalan Sultan tengah yang menuju ke Santubong. Di sini terdapat sumber makanan yang banyak bagi burung pekaka emas.

Friday, July 01, 2011

POTRET FAUNA (22) PEKAKA BAKAU


Burung Pekaka Bakau atau juga dikenali dalam bahasa Inggeris dengan nama Collared Kingfisher yang banyak terdapat di kawasan berpaya/ bakau.Warnanya sangat cantik dan mempunyai kicauan agak nyaring dan kasar.

Thursday, June 30, 2011

POTRET FAUNA (21) MURAI KAMPUNG

Burung murai Kampung @ Oriental Magpie Robin juga dikenali dengan nama burung kandang dan burung penimang.

Wednesday, June 29, 2011

POTRET FAUNA (20) MERPATI

Merpati atau dalam bahasa Inggeris dikeali dengan nama rock pigeon menjadi sebahagian burung peliharaan manusia. Ada juga yg suka memakan daging merpati. Merpati cepat membiak. Merpati di dalam foto ini dirakam di pasar Satok.

Tuesday, June 28, 2011

POTRET FAUNA (19) MERBAH KAPUR


Burung Merbah Kapur @ Yellow -vented bulbul antara burung yang paling senang dijumpai di Bandar raya Kuching. Selalu dijumpai berhampiran dengan rumah di bandar dan kampung dan akan memakan sisa makanan yang ditinggalkan manusia selain memakan buah-buahan liar di hutan

Monday, June 27, 2011

POTRET FAUNA (18) BURUNG MATI ANAK

Burung Mati Anak @ Plaintive cuckoo mempunyai kicauan yg merdu namun terasa seperti satu ratapan..mungkin itukah sebabnya ia dinamakan burung mati anak?

Sunday, June 26, 2011

POTRET FAUNA (17) LELAYANG DADA PUTIH

Burung Lelayang dada putih @ white breasted wood swallow dirakam di kawasan rumah saya di Kpg Tunku, Kuching.

Saturday, June 25, 2011

POTRET FAUNA(16) BURUNG KUNYIT KECIL

Burung Kunyit Kecil @Common Iora dirakam di sekitar kawasan Pustaka Negeri Sarawak. Mempunyai suara dan melodi yg sangat merdu dan indah.

Friday, June 24, 2011

POTRET FAUNA (15) BELATUK SAYAP MERAH

Burung Belatuk sayap merah @ crimson-winged woodpecker ini saya rakam di kawasan perumahan sekitar Jalan Klang Lama.

Thursday, June 23, 2011

POTRET FAUNA (14) BURUNG KUNYIT


Burung Kunyit Besar @ Black-naped Oriole dirakam di salah sebuah kawasan di tengah Kuala Lumpur. Burung Kunyit besar memakan serangga dan juga beri sebagai makanannya. Ia tinggal di kawasan hutan, kebun dan juga ladang.

Wednesday, June 22, 2011

POTRET FAUNA (13) KETITIR@MERBUK

Burung merbuk/Ketitir aka Zebra Dove dirakam di tepi rumah kami. Burungnya jinak. Pagi2 kami akan letakkan makanan seperti roti dan nasi di tepi rumah untuk geng2 fauna ini. Selain ketitir, banyak burung lain yg ikut datang untuk menikmati makanan yang disediakan termasuklah ciak kampung, merbah kapur, perling mata merah dan juga tekukur

Tuesday, June 21, 2011

POTRET FAUNA (12) KELICAP SEPAH RAJA

Burung Kelicap Sepah Raja @ Crimson Sunbird ditemui di kawasan MASJA, Petra Jaya

Monday, June 20, 2011

POTRET FAUNA (11) KELICAP MAYANG KELAPA

Burung Kelicap Mayang Kelapa @Brown-throated sunbird dirakam semasa outing di Taman Pustaka Negeri Sarawak.

Sunday, June 19, 2011

POTRET FAUNA (10) KENDI PISAU RAUT

Burung Kendi Pisau Raut @ Whimbrel yg saya rakam semasa outing di Sematan, Lundu.

Saturday, June 18, 2011

POTRET FAUNA (9) KELICAP BUKIT

Kelicap Bukit @ Olive-backed sunbird dirakam semasa menghisap madu bunga milik jiran saya.

Friday, June 17, 2011

POTRET FAUNA (8) KEDIDI PASIR

Burung Kedidi Pasir atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris dengan nama Common Sandpiper. Burung in saya rakam semasa outing di kawasan Pustaka Negeri Sarawak.

Thursday, June 16, 2011

POTRET FAUNA (7) HELANG KUIK @ CRESTED SERPENT EAGLE


Burung Helang Kuik @ Crested-serpent eagle, sejenis helang yang memakan ular sebagai habuannya. Saya rakam helang ini ketika ia hinggap di sebatang pokok di Kawasan Pustaka Negeri Sarawak.

Wednesday, June 15, 2011

POTRET FAUNA (6)HELANG LEBAH

Burung Helang Lebah @ Oriental Honey Buzzard dirakam di sebatang pohon kering berhampiran masjid Jamek negeri Sarawak. Helang jenis ini memakan larva dan madu lebah.

Tuesday, June 14, 2011

POTRET FAUNA (5) HELANG MERAH


Burung Helang Merah @ Brahminy Kite (Haliastur Indus) saya rakam di Pangkalan Kpg Semariang Batu.Burung ini tinggal di kawasan panatai dan juga tanah paya.

Monday, June 13, 2011

POTRET FAUNA (4) BUBUT

Burung bubut Besar @ Greater Caucal saya rakam berhampiran Masjid Jamek dan Bangunan DBKU, Petra Jaya. Burung bubut agak lemah dalam penerbangannya dan selalu berjalan di tanah mencari unggas. kekadang ia akan mencari telur burung-burung lain untuk dijadikan makanannya. Sebahagian masyarakat dunia menganggap bunyi burung ini membawa satu-satu petanda/omen.

Sunday, June 12, 2011

POTRET FAUNA (3) BELATUK BELACAN KECIL

Burung Belatuk Belacan Kecil @ Brown-capped Woodpecker aka Sunda Pygmy Woodpecker di rakam di kawasan Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya. Kawasan sekitar Pustaka Negeri Sarawak merupakan syurga bagi beburung pelbagai jenis.Ia merupakan jenis belatok yg habitatnya di kawasan paya bakau dan tepi pantai.

Saturday, June 11, 2011

POTRET FAUNA (2) BEBEREK LEHER BIRU

Burung Beberek Leher Biru @ Blue-throated beeeater dirakam di sekitar The Sanctuary (Kawasan Perumahan PUSAKA) di Petra Jaya. Ekor dan dadanya berwarna biru sedang di bahagian kepala berwarna coklat.

Sunday, May 01, 2011

POTRET FAUNA (1) BANGAU


Saya mula merakam foto burung seawal Februari 2010 dan menyiarkannya di dalam laman sosial Facebook dan juga blog ini. Untuk tempoh itu saya sudah merakam tidak kurang daripada 50 jenis burung dan ia dirakam di sekitar Petra Jaya kecuali sebahagian kecil yang dirakam dari luar Petra Jaya. Berikut adalah senarai burung yang pernah saya rakam dan ia saya catat menurut susunan aksara. Saya harap dapat memuatnaik foto burung-burung ini setiap hari mulai hari ini,
Untuk Hari ini saya siarkan foto burung Bangau Kecil @Little Egret (Egretta garzetta.) Bangau Kecil mempunyai kedua-dua paruh nipis dan kaki panjang yang berwarna hitam.
Ia memburu makanan di air cetek.

Tuesday, March 22, 2011

ADHIA SARAH

6 Mac 2011 tarikh kelahiran cucu kelapan, Adhia Sarah. Adhia lahir kira-kira jam 2.15 petang, hari ahad. Ketika itu saya, isteri dan anak, Muhammad Fadli (dalam foto di atas) dalam perjalanan dari KL ke Sungai Petani untuk menziarah ibu Adhia.

Alhamdulillah, kami samapi di Bukit Mertajam jam 4.30 petang dan terus ke Klinik Persalinan untuk melawat ibu dan anak.

Giliran Laila dah selesai dengan kelahiran Adhia Sarah. Kini saya menanti satu lagi kelahiran dengan penuh debar. Menantu ketiga, Erda Asfar sedang menanti saat dan detiknya untuk melahirkan anak ke dua (cucu kesembilan). Semoga dipermudahkan Allah jua.

Wednesday, March 09, 2011

TENTANG BURUNG (27) TAKUR AKAR @ COPPERSMITHS BARBET


Semasa di Sungai Petani menziarah anak saya diketemukan dengan burung cantik ini yang datang hinggap di ranting sebuah pokok berhampiran rumah anak saya di Kpg Penghulu Him, Sg Layar, Sg Petani.

Tuesday, February 22, 2011

TENTANG BURUNG (26) LELAYANG HIJRAH @ BARN SWALLOW

Burung Lelayang Hijrah yang saya rakam semasa keluar berjalan di kawasan Pustaka Negeri Sarawak. Sedikit tentang burung ini yang saya petik dari Wikipedia:
he Barn Swallow is a bird of open country which normally uses man-made structures to breed and consequently has spread with human expansion. It builds a cup nest from mud pellets in barns or similar structures and feeds on insects caught in flight.[5] This species lives in close association with humans, and its insect-eating habits mean that it is tolerated by man; this acceptance was reinforced in the past by superstitions regarding the bird and its nest. There are frequent cultural references to the Barn Swallow in literary and religious works due to both its living in close proximity to humans and its conspicuous annual migration.[6] The Barn Swallow is the national bird of Estonia.

Saturday, February 19, 2011

TENTANG BURUNG (25) - PEKAKA EMAS DI TAMAN PUSTAKA

Burung Pekaka Emas aka Stork-billed Kingfisher saya temui di tepi tasik Pustaka Negeri sarawak awal pagi tadi. Sempat melihat ia menyambar seekor ikan tilapia di tasik untuk sarapan paginya.

Monday, February 07, 2011

ORANG UTAN DI MATANG WILDLIFE CENTRE

Seekor Urang Utan yang dipelihara di Pusat Hidupan Liar Matang. Sudah agak berusia dan sedang menikmati minuman susu.