Sunday, January 31, 2010

31 JANUARI : DERMAGA TANAH PUTEH

Semalam, sebelum senja tiba saya menunggang jaguh yang telama terperosok di hadapan rumah. Destinasi saya - Jambatan Tun Salahuddin. Dari atas jambatan saya rakam bandaraya Kuching yang menghampiri senja. Sebelum itu saya sempat menjengah kawasan berhampiran jambatan itu yakni Dermaga Tanah Puteh. Suatu ketika dahulu di dermaga inilah tempat persinggahan kapal-kapal dari seluruh pelosok dunia. Dan yang paling saya ingati, saya selalu memncing di bawah dermaga ini. Sesekali kalau terlihat oleh sekuriti dermaga kami akan disuruh keluar dari sana. Ah...itu cerita masa kecil. Dermaga masih kekal di s ana hanya tak digunakan lagi. Kaki pancing banyak sekali memancing di sana.

Saturday, January 30, 2010

30 JANUARI : BLUE MOON

Malam Ahad dah tak ada apa nak buat lantas bawa My Olympus E510 ke luar rumah menatap langit. Bulan mengambang jauh di sebalik awan. Teringat pepatah Inggeris... Every once in a blue moon, something new comes along that scrambles your preconceptions.
Saya rakam wajah bulan dan malam ini bulan mengambang di sebalik awan biru cahayanya amat mendayu...Saya katakan pada diri, banyak sekali insan yang sedang dilamun rinduuuuu....

Friday, January 29, 2010

29 JANUARI : JERUSALEM IN THE QUR'AN

Telah selesai membaca JERUSALEM IN THE QUR'AN tulisan Imran N. Hosein. Pandangan terhadap krisis Palestin bertambah jelas setelah menatap hujah yang dikemukakan.

Thursday, January 28, 2010

28 JANUARI : DUN SARAWAK

Semalam sebelum maghrib saya bergegas ke Pangkalan Sapi kerana ingin merakam detik senja namun hasilnya tak seberapa. Ini salah satu hasil yang telah diganggu oleh perisian fotografi. Saya teringat kata-kata sahabat saya, sdr Saiee Driss, ketika menatap foto yang saya paparkan bersama puisi SEPI JANUARI. Katanya, " saya amat menyenangi sudut gambar yang dijadikan ilustrasi. Ia lambang kehebatan fantasi bertolak daripada realiti yang tak seberapa.
Setuju dengan sdr Saiee, kadang - kadang kita terpedaya oleh ilustrasi yang berbentuk fantasi sehingga lupa akan realiti...

Wednesday, January 27, 2010

27 JANUARI: MUKAH


Tahun 2006 saya menjejak kaki ke Mukah buat kali pertama. Saya ke sana kektika Faizal bekerja di Balingian. Bangunan yang menjadi latar foto ini ialah Menara Pehin Setia Raja. Pejabat-pejabat Kerajaan Negeri banyak yang ditempatkan di sana, antaranya jabatan tempat saya bekerja sebelum ini, Jabatan Perbendaharaan Negeri.
Teman-teman di Mukah, apa khabar teman semua?

Tuesday, January 26, 2010

26 JANUARI : UDANG GALAH


Malam ini makan udang.,


menjala udang di sungai Sarawak

Selasa, 26 Januari 2010


Udang antara makanan kegemaran saya, lebih-lebih lagi udang galah. masa kecil kalau nak makan udang saya akan ke tebing sungai Sarawak untuk memancing. Ada kalanya akan memancing mengikut teman-teman menggunakan perahu. Tempat memancing yang paling digemari di Kuching suatu ketika dahulu ialah di bawah dermaga Lembaga Pelabuhan Kuching di Tanah Puteh namun tempatnya agak menyeramkan tapi pabila teringat sentakan udang, hilang rasa takut.

Ahad lepas saya dan isteri sempat membeli sedikit udang di pasar minggu,Satok namun belum sempat dimasak. Baru malam ini kita berpeluang menikmati kelazatan udang.Ada yang nak gi mancing, saya nak ikut nie...

Monday, January 25, 2010

25 JANUARI : RUMBIA

ISNIN, 25 JANUARI 2010

Tahun 2006 Faizal (anak ketiga) bekerja di Ladang kelapa sawit di Balingian. Saya dan famili pula berpeluang menjejak kaki ke sana. Di sana kami di bawa Faizal ke pekan Balingian yang berada di tebing sungai Balingian. Foto batang-batang rumbia yang diikat rapi menjadi rakit untuk dibawa ke kilang menarik perhatian saya. Seingat saya di sungai Sarawak juga pernah ada aktiviti begini seawal tahun 60an tapi telah lama tidak kelihatan lagi.

Motobot seperti itu pernah juga menyusur sungai Sarawak membawa tepung rumbia. Seingat saya motobot ini milik penduduk kampung di daerah Pusa, di mana terdapat banyak sekali tanaman rumbia. Motobot ini akan singgah di beberapa buah pangkalan sepanjang sungai Sarawak. Ibu akan membeli tepung dan membuat lempeng. Lempeng rumbia sedap sekali rasanya. Sdr dah cuba makan lempeng rumbia? Belilah tepungnya di pasar minggu Satok dan cuba rasakan betapa sedap lempeng ini di makan bersama secawan kopi pekat....

Sunday, January 24, 2010

24 JANUARI : TERINGAT NYENG

AHAD, 24 JANUARI 2010

Semasa melihat album foto lama yang kusimpan di dalam cakera padat, aku terpandang foto kuchingku ini yang kuberi nama NYENG. Nyeng pemberian keluargaku di kampung untuk membantu kami mengatasi serangan "Jerry" yang ketika itu (2005) amat serius. Nyeng sangat manja dan cukup cekap dalam menjalankan tugasnya. Sejak kehadiran Nyeng Jerry tak berani lagi menyerang kami.

Januari 2006 Nyeng mati setelah menderita sakit untuk beberapa hari. Cerita tentang kematian Nyeng pernah kutulis sebelum ini. Sila lihat di sini. Hari ini aku teringat kembali saat-saat bersama Nyeng. Saat yang sangat bernilai dalam hubunganku dengan kucing peliharaan kami.

Sekarang kami ada seekor kucing hitam yang kami pelihara, tapi jarang sekali balik ke rumah sejak sebulan dua ini. Ia asyik bersama "isteri-isterinya". Ia hanya datang dua tiga hari sekali bila lapar. Pabila ia datang, akan terdengarlah dialog isteriku dengan si hitam itu. Tentu aku hanya memahami apa yang isteriku katakan pada Hitam. Hitam hanya berkata..miawwwww...Maksudnya? Hitam kata, " lama tak balik kerana kena jaga "isteri" yang dah sarat mengandung.Cadang nak bawa balik kat rumah tuan dan puan supaya isteri boleh melahirkan anak kami di sini. Bolehkan?"


Saturday, January 23, 2010

23 JANUARI : CEKO

Sabtu, 23 JANUARI 2010

Awal pagi ini saya dan isteri ke kedai kopi Ceko kerana dah lama juga tak menikmati sate di sana. Sebut pasal Ceko saya teringat suasana makan sate di Ceko yang terletak di Jalan Gambier(kini telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan) sekitar tahun 19776 lalu. Masa itu saya masih bertugas di jabatan Pelajaran, Sarawak. Ada beberapa teman membawa saya minum pagi di sana. Biasanya saya makan sepinggan mee rebus dan lima cucuk sate. Itu cukup mengenyangkan , namun berat badan saya tak juga naik, hanya sekitar 50kg ke bawah.Ini mungkin disebabkan oleh amalan merokok saya yang agak serius. Sehari saya hisab tak kurang 20 batang rokok. (Sekarang saya tak merokok lagi, dah berhenti awal tahun 1992 - jika teman nak tahu bagaimana nak berhenti merokok boleh hubungi saya- Saya beri nasihat percuma tau..hehehe)

Kedai kopi Ceko pagi tadi telah dipenuhi pelanggan dan tak nampak pun ada tempat duduk kosong, lantas kami ambil keputusan beli untuk bawa balik ke rumah sahaja. 30 cucuk sate dan beberapa kerat ketupat dan lemang. Sampai di rumah kami melepas geram dengan sate dan ketupat. Kuah sate sedap sekali. Saya terlupa langsung tentang kolesteral saya yang agak tinggi. Saya juga terlupa aktiviti berjalan kaki, buat seketika.




Friday, January 22, 2010

22 JANUARI : MASA UNTUK BERJALAN KAKI

Jumaat, 22 Januari 2010

Sudah agak lama juga saya tidak melakukan aktiviti berjalan kaki waktu pagi di kawasan Pustaka Negeri Sarawak kerana masa yang tidak mengizinkan. Mulai tahun 2010 ini saya tak perlu menghantar Nurul ke sekolah kerana tugas telah diserahkan kepada menantu saya. Saya hanya perlu mengambil Nurul dan cucu saya, Kamalia waktu balik sahaja. Lantas masa pagi bolehlah saya gunakan untuk aktiviti berjalan kaki.
Tapi bukan itu yang menggerakkan saya untuk kembali beridah. Minggu lepas saya dapat keputusan ujian darah yang menunjukkan kandungan kolesteral melebihi batas maksimum. Saya perlu kembali berjalan kaki, lantaran ini sahaja aktiviti yang saya suka.
Pagi tadi dapat pusing tasik selama dua kali. rasanya esok kena tambah tiga kali, jika tak hujan. Ada yang nak ikut?

Thursday, January 21, 2010

21 JANUARI :TIME

Khamis, 21 Januari 2010

Fadli bercuti seminggu di Kuching awal Januari ini dan masa seminggu diberi sepenuhnya kepada kami sekeluarga, bercerita pengalaman dan kehidupan seorang anak teruna di Pasir Gudang dan sesekali teringat kisah semasa usia remaja. Kami cukup gembira. Fadli semakin menampakkan kedewasaannya. Tentu tak lama lagi dia akan bercerita tentang calon isteri pula.
Bercerita tentang masa saya teringat mutiara kata oleh Harvey Mackay, katanya;

"Time is free, but it's priceless. You can't own it,but you can use it.You can't keep it but you can spend it. Once you've lost it you can never get it back."


Wednesday, January 20, 2010

20 JANUARI : TERAP

Rabu, 20 Januari 2010

Buah Terap...
antara yang menjadi mangsaku malam ini...

KPG TUNKU CALLING DBKU...

Selasa, 19 Januari 2010


Foto-foto yang saya poskan ini saya rakam semalam di kawasan parit utama Lorong B4(Jalan Datuk Abang Marzuki)Kampung Tunku, Kuching. Parit ini membawa air yang mengalir terus ke parit besar di Jalan Astana yang mengalir ke sungai Sarawak. Kawasan ini di bawah kelolaan dan penyelenggaraan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Parit sekarang telah ditumbuhi rumput yang telah sedikit sebanyak menghalang pengaliran air. Kawasan ini juga sudah tidak dapat kami hampiri kerana keadaan yang telah menjadi seperti rimba. Yang paling menakutkan kami penduduk yang berdekatan kawasan ini ialah ketika air pasang besar dan hujan turun lebat seperti berlaku dua tiga hari lalu. Dengan keadaan begitu aliran air akan tersekat dan banjir pasti akan berlaku di kawasan kami.
Tahun 2009 lalu kawasan ini dilanda banjir kerana air yang tidak dapat mengalir. saya dan teman-teman di kejiranan sini benar-benar berharap DBKU mengambil tindakan membersihkan rumput-rumput yang panjang ini.
Terima kasih DBKU.



Tuesday, January 19, 2010

19 JANUARI : HUJAN



18 Januari 2010, Isnin

Hujan masih turun dengan lebat sekali-sekala di Kuching. Ketika mengambil anak balik dari sekolah air mula melimpah di jalanraya namun aku masih bersyukur ia tidak datang tepat pada waktu air pasang tinggi. Dalam kerisauan oleh kehadiran hujan ada sesuatu yang baik datang menghadirkan diri. Ya, banyak sekali ilham yang menjenguk untuk kukutip bagi melahirkan puisi.
Cuba kau berlari di dalam hujan, ada keseronokan di sana, tapi jika jatuh sakit jangan pula marahkan aku. Untuk masukan hari ini kukongsikan mutiara kata berikut:
"Anyone who says sunshine brings happiness has never danced in the rain"
Sebelum beredar mungkin elok kita tatapi kata-kata yang diucapkan oleh Allahyarham Sudirman melalui "Hujan"nya.




Monday, January 18, 2010

18 JANUARI : RAMA-RAMA

Sebelum senja semalam ketika hujan sudah berhenti menyirami bumi di sekitar kediaman kami, seekor rama-rama terbang masuk ke rumahku. Rama-rama cantik berwarna coklat dan putih hinggap di tirai tingkap rumah dapur. Ia terus tinggal di situ sehingga pagi ini. Sebelum pergi kurakam wajahnya untuk kenang-kenangan lawatannya. Apakah maksud kehadiranmu itu?

Melihat rama-rama membuat aku teringat akan kata-kata mutiara ini:
"KEBAHAGIAAN ITU RAMA-RAMA, JIKA KAUKEJAR IA AKAN BERADA JAUH DARI GENGGAMAN, NAMUN JIKA KAU DUDUK DENGAN TENANG IA AKAN DATANG PADAMU."
Nathaniel Hawthorne



BRIDGE

The hardest thing in life is to know which bridge to cross and which to burn.
-David Russell

Sunday, January 17, 2010

17 JANUARI : NURUL

Ahad, 17 Januari 2010

Pagi semalam tidak seperti sabtu biasa kerana Nurul dan Kamalia kena ke sekolah. Ada kelas gantian. Program hari sabtu aku kena dibatalkan untuk urusan mereka berdua.
Jam 10.00 pagi aku pergi ke kelas Nurul untuk mengambil keputusan peperiksaan tahun lepas. Keputusan ok kecuali Bahasa Arab dan Mandarin. Dia gagal dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Perlu fikir cara untuk mengatasi masalah ini.

Saturday, January 16, 2010

16 JANUARI : THE HARMONY SILK FACTORY

Sabtu, 16 Januari 2010

Jam dah pukul 1.05 pagi dan mata belum mahu tidur lagi. Petang tadi selepas jam 2.00 saya tidur hingga waktu asar. Sebelum tidur petang tadi saya baca novel tulisan Tash Aw, The Harmony Silk Factory. Dah seminggu s aya baca masih belum juga habis. Saya baca sikit-sikit sekali.
Malam ni kira nak layan baca lagi. Ceritanya bagus, peristiwa yang berlaku di Malaysia (Perak), menelusuri zaman melombong timah, zaman komunis dan juga Inggeris. Dah habis baca saya tulis lagi.

Friday, January 15, 2010

15 JANUARI : DOA PENAWAR HATI YANG DUKA

Jumaat, 15 Januari 2010

"Ya Allah! Sesungguh aku adalah hambaMu, anak hambaMu(Adam) dan anak hamba perempuanMu(Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, hukumanMu jatuh kepadaku, kadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama(baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu yang Engkau turunkan dalam kitabMu,Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku."
(H.R Ahmad)

Thursday, January 14, 2010

14 JANUARI : BANJIR, JANGANLAH HADIR

Alhamdulillah,jam dah pukul 10.15 malam dan hujan dah tak turun lagi sejak waktu maghrib tadi. Telah sehari suntuk hujan turun sekejap-sekejap tapi lebat juga. Jam 5.30 petang tadi air pasang besar dan saya cukup risau. Tahun 2009 lalu banjir tiba bila air pasang besar bertemu dengan hujan yang tak putus-putus. Di kawasan perumahan tempat kami sekeluarga tingga jarang juga terkena banjir. Sebelum tahun 2009, kami pernah dilanda banjir dalam tahun 2004.Biasanya selepas banjir banyak sekali masalah yang ditinggalkan. Saya doakan kali ini banjir tidak melanda lagi. Kerja-kerja selepas banjir amat memenatkan.

Wednesday, January 13, 2010

13 JANUARI : BAMBU

BAMBU

Serumpun buluh yang terdapat di Taman Awam Miri menarik perhatian saya ketika berkunjung di sana. Teringat peribahasa Cina; Lebih tinggi bambu itu tumbuh, lebih rendahlah ia pabila menunduk.

Tuesday, January 12, 2010

12 JANUARI : TASIK PUSTAKA NEGERI SARAWAK

Sebelum kembali ke Pasir Gudang Fadli ingin nak jenguk Tasik Pustaka Negeri Sarawak. Katanya nak beri makan ikan. Kami selalu ke sana untuk melihat gelagat ikan yang terdapat di tasik itu. Tapi kali ini kami tidak lagi meliuhat gelagat ikan-ikan yang besar. Yang tinggal hanya anak-anaknya sahaja. Saya rasa mungkin yang besar-besar telah dipancing ketika mereka mengadakan pesta "Lan Gi Ngail".
Sudah lama saya tak berjalan kaki di kawasan itu. Sebelum ini saya memang gemar melakukan sedikit senaman dengan berjalan mengelilingi tasik waktu pagi setelah menghantar Nurul ke sekolah. Saya rasa saya perlu kembali berjalan waktu pagi kerana bahagian sebelah perut saya sudah mula membentuk menjadi buah nangka.

Monday, January 11, 2010

11 JANUARI : SEMALAM DI SHAH ALAM

Awal tahun 2001 hingga 2005, saya sering berulang alik ke Shah Alam atas tugas rasmi. Kamera SLR Nikon F 55 tidak pernah saya tinggal guna untuk merakam panorama yang saya temui. Ketika di sana saya akan bermalam di Ouality hotel. Di sana saya dapat melihat dengan jelas masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Malam tadi saya bertemu kembali foto yang saya pernah rakam ini lalu dimasukkan ke dalam pc untuk diedit dan diubahsuai bagi entri ini.

Sunday, January 10, 2010

10 JANUARI : LEMBAH BUJANG

Pelajari masa lalu, perhati masa kini, dan ciptakan masa muka.

SONY HANDYCAM DCR-SR47E


Selain Kamera SLR Filem Minolta Sweet saya juga dapat sebuah Kamera jenis Sony Handycam DCR-SR47E yang diberi oleh Fadli ketika kembali dari POasir Gudang tempoh hari. Dengan adanya kamera ini saya tak perlu menggunakan Olympus SP590UZ lagi untuk merakam movie pendek.

Saturday, January 09, 2010

9 JANUARI : KEMBALI KE PASIR GUDANG


Dari kiri, Mama, Fadli, Nurul dan Faizal
Hairan, mcm mana Fadli punya badan lebih besar drpd bapaknya.


Setelah seminggu di Kuching bersama kami, semalam Fadli kembali ke Pasir Gudang menggunakan penerbangan pukul 7.55 malam. Ikut ke lapangan terbang bersamaku, isteri, dan dua anak, Nurul dan Faizal.
Kami cadang nak ke Pasir Gudang bulan ini atau bulan Februari, tengok kelapangan masa. Lam juga kami nak ke sana tapi belum ada kesempatan.