Tuesday, March 22, 2011

ADHIA SARAH

6 Mac 2011 tarikh kelahiran cucu kelapan, Adhia Sarah. Adhia lahir kira-kira jam 2.15 petang, hari ahad. Ketika itu saya, isteri dan anak, Muhammad Fadli (dalam foto di atas) dalam perjalanan dari KL ke Sungai Petani untuk menziarah ibu Adhia.

Alhamdulillah, kami samapi di Bukit Mertajam jam 4.30 petang dan terus ke Klinik Persalinan untuk melawat ibu dan anak.

Giliran Laila dah selesai dengan kelahiran Adhia Sarah. Kini saya menanti satu lagi kelahiran dengan penuh debar. Menantu ketiga, Erda Asfar sedang menanti saat dan detiknya untuk melahirkan anak ke dua (cucu kesembilan). Semoga dipermudahkan Allah jua.

Wednesday, March 09, 2011

TENTANG BURUNG (27) TAKUR AKAR @ COPPERSMITHS BARBET


Semasa di Sungai Petani menziarah anak saya diketemukan dengan burung cantik ini yang datang hinggap di ranting sebuah pokok berhampiran rumah anak saya di Kpg Penghulu Him, Sg Layar, Sg Petani.