Thursday, December 31, 2009

KAMERA (4)

Kamera SLR yang disayangi , Olympus E-510. Dibawa bersama untuk photo hunting...

Wednesday, December 30, 2009

HAPPY BIRTHDAY, KHAIRUL ANWAR


Hari ini, 30 Disember ulang tahun kelahiran anak kedua, Khairul Anwar. Ah..Dia sudah berumur 32 tahun dan punya tiga anak. Tentu tak terasa sangat masa yang berlalu. Tentu aku masih teringat pertama kali menghantar dia ke Tadika Kenyalang. Tentu dia masih ingat betapa susahnya memujuk dia untuk ke sekolah ketika hatinya mula membenci untuk hadir ke sekolah ketika itu menuntut di SK Encik Buyong.
Itu semuanaya telah berlalu. Aku tidak dapat lagi untuk memujuk dia. Hari ini dia kena lakukan sendiri, kena buat keputusan sendiri. Anehnya kami selalu tak sependapat...tentang apa? pastinya tentang cucu. Bukankah Datuk dan cucu itu dua sahabat setia yang sentiasa memusuhi si ayah....
Apapun selamat hari lahir buat Khairul Anwar. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, hidup dalam aman dan bahagia dan dikurniai kebaikan dunia dan akhirat. Itu doa seorang ayah buat anaknya.

Tuesday, December 29, 2009

SINGGAH DI BUSO

Kain pelikat dari Serikin

Semalam saya ke bersama isteri dan anak, Nurul pergi ke Serikin kerana lama benar tidak ke sana. Masing-masing antara kami bertiga punya impian nak dicapai di sana. Dalam diam isteri beli beberapa helai batik dan kain telekung. Saya sempat membeli beberapa helai kain pelikat. Yang menarik perhatian saya ketika sampai di sana ialah gerai menjual barangan antik. Ah..ada kamera, Nikon F2 tapi dia minta RM700.00. Yashica 635 TLR Camera pun ada tapi harganya RM500.00. Saya berkenan dengan Nikon F2 namun harga terlalu tinggi untuk barangan begitu. Dia kurang RM500.00. Saya minta RM200.00. Dia kata sorilah pak Cik. Saya kata tak pa..kita jumpa lagi nanti bila sudah ada kata sepakat. Entahlah Nikon tu belum nak masuk ke dalam rumah saya agaknya..
Hari ini saya terima kiriman kamera dari Miri kiriman Zakariyya, anak yang bertugas di sana. Dia beli untuk saya kamera Yashica MG 1, harga murah aja dan sekarang s aya sedang menguju keelokannya. Kamera ini menggunakan bateri merkuri 5.6V dan saya tak dapat jumpa bateri ini di kedai kamera. Kata mereka ia tak dijual lagi. Tanpa bateri tak jadi masalah, kamera masih boleh dipakai hanya meter untuk cahaya tak dapat digunakan.
Balik dari Serikin saya singgah sebentar di Buso nak berjumpa bapak saudara malangnya dia tak ada kat rumah. lantas kami teruskan perjalanan balik ke Kuching. Ketika melintas pekan Buso, terasa benar kesuramannya. Saya hairan mengapa pekan-pekan yang terletak di sepanjang jalan Kuching- Bau begitu suram dan tua tanpa ada riak untuk berubah...mungkin suatu hari nanti pekan lama itu akan pergi jua dan diharap pekan baru akan tumbuh sebagai pengganti.


Pekan Buso

KAMERA (3)

Ini kamera digital terbaru saya; Olympus SP-590UZ. Ia mudah dibawa berjalan. One of my favourites.

Sunday, December 27, 2009

SAWAH DI TENGAH BANDAR RAYA KUCHING


Pernakah teman-teman melihat sawah padi ini. Ia terletak di kawasan perumahan Sri Matang. Selalu saya nak rakam suasana di sini tetapi ada sahaja rintangannya. Hari ini saya sempat melalui kawsan ini tapi lensa yang dibawa kurang sesuai. jadi inilah hasilnya, Sawah padi di tengah bandar raya Kuching.

Saturday, December 26, 2009

Hai Ketam...


Dah beberapa hari kami mencari ketam untuk makan malam. Kami cari sampai ke Kpg Buntal tapi kalau dah tak ada memang tak jumpalah. Hanya petang semalam terjumpa di pasar Satok. Rezeki bagi saudara sulung saya kerana selepas isya dia dan isteri berkunjung. Kami makan beramai-ramai. Suasana sunyi jadi meriah dan kesediahan yg dirasa hilang sedikit demi sedikit. Alhamdulillah.

KRISMAS YANG BASAH

Kpg Pangkalan, Lutong


Pagi ini orang Nasrani menyambut perayaan hari krismas. Hujan turun secara perlahan namun berterusan. Krismas yang basah. Cuaca ketika saya bertolak dari Miri untuk ke Kuching seminggu lalu baik. Tenang dan sepi. Pagi masih muda lantas saya singgah sebentar di Kampung Pangkalan, Lutong dan sempat merakam suasana pagi di sana.

Friday, December 25, 2009

KEBAKARAN DI JALAN GAMBIER





Foto-foto yang sempat dirakam di jalan Gambier. Beberapa buah kedai terbakar. Kelihatan tapak sedang dibersihkan dengan pihak bomba masih lagi kelihatan dengan pemancut air.

Wednesday, December 23, 2009

KAMERA (2)

Saya jumpa kamera ini (jenis APS & Waterproof) di kedai kat Jalan Courthouse, Kuching. Kamera masih baru tapi lama tak terjual, saya beli dengan diskaun lebih 60 %. Terbaru dalam koleksi saya.

LANGKAH PERTAMA




Selangkah ke alam baru...

Monday, December 21, 2009

KPG BUNTAL

Petang selasa saya dan isteri memandu ke Kpg Buntal. Ingat nak beli ketam, tapi tak jumpa. Hanya sempat beli sotong dan udang kecil untuk buat cucur. Alang-alang dah samapai terus merayap ke pantai dan mula klik kamera ketika s enja agak hampir.

KAMERA (1)


Ketika di Miri Faizal bertemu kamera ini, Pentax Zoom 280-P yang menggunakan filem. Harganya murah aja. Saya beli sebagai tambahan kepada koleksi saya. Entah mengapa tiba-tiba rasa rindu mengumpul kamera lama timbul kembali di jiwa...

Sunday, December 20, 2009

AKHIRNYA KAU BERJALAN JUA


Kembali dari Miri dapat berita paling seronok; Abdul Hakim dah pandai berjalan...tentu tak terkawal oleh "serangannya" nanti...

Saturday, December 19, 2009

JAMBATAN ASEAN

Jambatan Asean yang merentasi sungai Baram di Miri menjadi penyambung perjalanan ke Negara Brunei Darussalam

Friday, December 18, 2009

Tentang Fotografi

"It takes a lot of imagination to be good photographer. You need less imagination to be a painter, because you can invent things. But in photography everything is so ordinary; it takes a lot of looking before you learn to see the ordinary." David Bailey.


KEMBALI KE TANJONG LOBANG

Sepetang bersama modelku, Nurul, di pantai Tg. Lobang. Aku tidak pernah bosan bermain di sini. Suasananya membawa seribu cerita manusia

Thursday, December 17, 2009

SUNSET(3)

Senja di Kpg Tudan, Miri...

HIJAU


Hijau itu menawan hatiku kerana hijau itu juga kehidupan...

Wednesday, December 16, 2009

IMPERIAL MALL, MIRI

Hari ini saya dan Nurul ronda-ronda di Imperial Mall, Miri. Di sini kami selalu menghabiskan masa hujung minggu ketika tinggal di Miri. Saya bertugas di Miri dari 1991 hingga 1999.

Sungai Petani


Antara dua dunia, dunia warna dan hitam putih...

Tuesday, December 15, 2009

SINGGAH DI TATAU

Perjalanan ke Miri dari Kuching mengambil masa kira-kira 13 jam. Jam empat petang saya singgah di tatau untuk makan dan solat. Senang sekali menatap pekan yang pernah dimpikan suatu ketika dahulu. Bukan pekannya tapi gadisnya...ah..itu kenangan masa lalu.

Monday, December 14, 2009

DI PERSIMPANGAN

SungaPetani suatu ketika dahulu dari sudut pandangan seekor ikan...bagaimana kehidupan kita jika manusia melihat dunia sebegini rupa?

Sunday, December 13, 2009

BERMAIN DENGAN CAHAYA

Sesekali membaca dengan cahaya yang terbatas....

KANDIL(1)

Bermain dengan kandil.

KETIKA MENTARI BERSUBUH DI MIRI

Ketika insan masih dibuai mimpi, mentari telah pun bangun dari lelapnya memberi sinar buat pagi di Miri.

Saturday, December 12, 2009

KE KPG BUNTAL

Selepas maghrib kami bergerak ke Kpg Buntal. Anak belanja makan seafood. Ajak CT sama nak hiburkan hati dia. Jam 9.30 kami balik. Tak jauh dari meja kami sebuah meja dikerumni oleh beberapa orang pemuda sedang minum bir. Tak sangka ya...minum bir di sini. Kami cepat-cepat balik. Suasana dah tak berapa selesa.

Friday, December 11, 2009

DI KAKI SANTUBONG

Sebuah banglo di kaki gunung Santubong sedang dalam pembinaan.Terlupa pula nak tanya kat penduduk tempatan banglo siapa agaknya?

Thursday, December 10, 2009

BERAMBEH DI RUMAH ADIK

Berat juga rasanya nak benarkan Udak Bibah berambeh di rumah adik tapi apakan daya, saya dan isteri akan ke Miri minggu depan. nak bawa dia sama, namapknya Udak Bibah belum bersedia. Berpisahlah kami untuk seminggu ini.

BOTAK

Sebelum berangkat ke Sibu rambut Abdul Hakim panjang, begitu juga dengan Tok Wannya. Balik dari Sibu hari ini dia dah hampir botak setelah mendapat khidmat tukang gunting prof.emaknya. Wan pun ikut ke kedai gunting juga tapi tak sampai botak macam Abdul Hakim.
Di lapangan terbang tadi Abdul Hakim seperti tak kenal dengan Wan padahal baru seminggu berpisah. Lewat malam ini dia dah kembali mesra..dan mula memanggil saya dengan sebutan yang tak lekang di bibirnya, "wanggggg"

Wednesday, December 09, 2009

MERCU TANDA KOTA SAMARAHAN


Dalam perjalanan ke Kota Samarahan saya terlihat bangunan yang sedang dalam pembinaan. Sebenar sudah siap hanya kerja-kerja pendawaian agaknya yang masih tinggal. Bangunan ini, WISMA SALCRA, berdiri megah dengan terabai/utap terletak di tengah-tengah bahagian hadapannya. Terabai amat popular dalam masyarakat Iban sebagai sebahagian alat dalam pertempuran dengan musuh. Terabai kini diabadikan di dalam bendera baru negeri Sarawak.
Banyak bangunan di sarawak yang dibina mengambil unsur tempatan sebagai bentuknya dan ia amat cantik sekali. Bangunan Dewan Suarah Kuching dan Wisma Pehin Setia Raja di Mukah bumbungnya berbentuk terendak. Dewan undangan negeri pula mengambil bentuk baruk (Bidayauh). MBKS pula jelas menampakkan bentuk pagoda.

Monday, December 07, 2009

KELETIHAN


Terlalu letih setelah kembali dari perjalanan ke Sadong Jaya, lantas Nurul terlelap di kerusi empok. Katanya esok dia nak mandi di kolam renang Kota Samarahan. Di kolam ini cara berpakaian tidak diperketatkan sangat. Selesa.

LAPAR

Agaknya dia terasa lapar setelah penat berbasikal. Saya lihat tadi Nurul habiskan sepinggan mee. Sebenarnya amat sukar untuk memberi makan Nurul. Oleh itu saya tak kisah apa yang dia nak makan saya akan dapatkan, yang penting dia makan. Risau kalau dia tak makan.

Sunday, December 06, 2009

BASIKAL BARU NURUL

Nurul bergaya atas basikal barunya [emberian abang Faizal...

Saturday, December 05, 2009

KUIH PILIHAN

Antara kuih bongkol, seri muka, bingka dan cheese cake, mana satu pilihan teman?

Friday, December 04, 2009

MENANTI SURPRISE ABDUL HAKIM

Hari ini Abdul Hakim bertolak ke Sibu bersama mama dan kakak-kakaknya. Dia ke sana nak kuatkan otot-ototnya. Katanya dia nak bagi Wan surprise. Tengoklah nanti bila balik, Wan harap Abdul Hakim dah boleh berjalan, ya...

Thursday, December 03, 2009

ENGKODOK


Ada ketikanya saya senang sekali berjalan sendirian di tepi semak sambil mata menatap tumbuh-tumbuhan liar. Hari ini saya terjumpa bunga ungu ini. Suka sangat makan buahnya ketika kecil dahulu. Lepas makan lidah berubah warna ungu..apa nama bunga ini? Di Sarawak kita sebut "Engkodok".

Wednesday, December 02, 2009

UDANG, HAI UDANG...

Hari tu Mat dan Erda pergi ke pasar minggu dan tengok ada orang jual udang galah yang agak segar. Sampai kat rumah minta maknya masak. Apa lagi si bapak, bila makan tak tengok sapa-sapa...makan dengan tertib sampai lesap tiga ekor...yang lain nak makan apa? hehehe

Tuesday, December 01, 2009

GADIS POM-POM

Nurul jadi gadis pom-pom semasa Hari sukan sekolah....