Thursday, May 10, 2007

Malam Puisi Islam

Malam Puisi Islam sempena Maulidur rasul 1428H telah berlangsung di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 4 Mei 2007 jam 8.00 malam. Saya berpeluang hadir malam itu dan sempat melihat persembahan deklamasi puisi, lagu nasyid dan lagu puisi oleh personaliti-personaliti tersohor. Antara yang mendeklamasi puisi Kelana Akira dan Wezan Saili. Lagu puisi pula adalah persembahan NARA .

Saya juga sempat berjumpa dengan teman-teman dan bersalaman dengan mereka tanda persaudaraan akrab. Antara yang ditemui, Hazami Jahari, Jaafar Hamdan, Yusuf Fansuri,Huznah Sait dan Radin Azhar. Masa banyak digunakan dengan bersembang dengan Radin.


Yusuf Fansuri , seperti biasa melafazkan dialog-dialog yang amat tajam. Yus, Dialogmu boleh meruntun KLCC..


Kelana Akira, seorang deklamator ulung dari Sarawak, mendeklamasikan puisinya

Kumpulan NARA mempersembahkan lagu-lagu yang meruntun hati..tahniah NARA , nyanyian anda berkenaan dengan BULAN benar-benar menyentuh jiwa saya. Melodinya begitu indah sekali. Saya harap lagu ini akan dirakam satu masa nanti supaya dapat dihayati khalayak. Mengapa tak hantar lagu ini ke Imeem

2 comments:

Yusuf Fansuri said...

Bang...
Tidaklah cuba meruntuh istana, sekadar cuba meruntun rasa
idea sekilas memberi pertanda
kadang-kadang kita alpa dalam jaga...

Wassalam

pharmy53 said...

kadang-kadang kita hilang dalam mimpi, tak mengapa jangan mimpi hilang dari kita...