Friday, April 09, 2010

9 APRIL : PULUT SAKURA SERUNDING KASIH KE AUSTRALIA

Entry ini bukan untuk membuat ulasan terhadap novel Pulut Sakura Serunding Kasih, hasil buah tangan Puan LEYLA SHURI, teman penulis yang menetap di pulau Okinawa Jepun tapi sekadar menceritakan perjalanan novel yang kini singgah di Australia menjenguk teman blogger, ARSAILI.
Seperti juga dengan teman-teman lain, saya hantar senaskhah buat sdr Arsaili novel PSSK untuk bacaannya yg kini jauh di rantau orang. Namun lain pula yg kita dapat daripada beliau. Pemberian yang sedikit itu telah dibalas dengan terima kasih yang begitu bernilai sekali. Saya jadi terharu oleh respons Arsaili, pemuda yang pernah saya ketemu di Kuching pada hari raya puasa lepas di kuching dan sempat makan laksa di rumahnya.
Saya kira elok saya catat kembali tulisan Arsaili di dalam "MukaBuku" beliau untuk ingatan bersama.

..harganya sebuah persahabatan

Hari ini hatiku berbunga riang. Menjelang tengah hari aku mendapat sebakul buah-buahan kiriman dari isteri yang dipesan secara atas talian dengan ucapan moga cepat sembuh. Sebelah petang aku ke pejabat pos untuk mengambil kiriman antara benua.

Kiriman novel dari Uncle Pharo Abdul Hakim di Bumi Kenyalang membuat tersenyum lebar. Ia merupakan novel yang ada di dalam senarai bacaan yang panjang itu. Pertanyaan di "mukabuku" mengenai novel tersebut semusim yang lalu masih tidak dilupai oleh uncle Pharo untuk menghanatar senaskhah buat aku yang jauh di rantau. Bila aku bertanya berapa harga buku dan pos, uncle Pharo membalas di laman "mukabuku"...ARS, harganya sebuah persahabatan...

TERIMA KASIH Uncle dan sungguh tersentuh dengan keikhlasan Uncle Pharo dalam bersahabat dan terima kasih keranadapat membaca keinginan aku untuk membaca novel ini...dan teringat dengan kata-kata Hamka
"Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan keinginan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya."
Semoga aku dapat menjadi sahabat yang baik kepada sahabat-sahabat yang lain seperti Uncle Pharo baik terhadap sahabat-sahabatnya...ARSAILI


Kepada Puan Leyla Shuri, saya cuba menulis sedikit tentang novel ini setelah habis membacanya nanati. Telah membaca beberapa muka surat dan sangat menarik sekali menyelami kehidupan di Jepun.

Kepada Arsaili...sdr buat saya gembira sepanjang hari. Terima kasih.


6 comments:

zedmagel said...

Sdra Penabahari,

Tahniah kepada Pulut Sakura Serunding dari Japan ke Australia hasil usaha Penabahari jua..

Penabahari said...

Sdr., Senang jika dapat membantu sahabat penulis. Serasa kejayaan kita jua.

Leyla Shuri said...

Salam tuan pharo dan tuan ashari di Aussie,

terharu saya melihat perjalanan buku ini yang jauh. Penulis buku ini belum lagi sampai ke sana lagi tapi bukunya sudah sampai. Tambahlah lagi, buku ini disambut dengan senyum manis dari penerimanya. sungguh terharu. Sekalung budi untuk sahabat seperjuangan.

Leyla Shuri said...

checking again.

Leyla Shuri said...

Salam sdr penabahari,

Terharu saya mengikut perjalan buku ini hingga ke negara yg saya sendiri belum terokai.

Terima kasih.

Penabahari said...

Puan Hajah,
Teman saya di bumi Kangaroo teringin sangat nak baca PSSK. Itu yg terdaya saya buat. Tahniah kerana PSSK telah pergi jauh dari tempat asalnya.