Tuesday, June 01, 2010

TENTANG BURUNG (11) PEKAKA EMAS LAGI

Petang tadi saya dan Nurul ke Pustaka, bersiar-siar di tepi tasik sambil memberi makan ikan. dari jauh saya terdengar bunyi burung yg sangat saya kenali nyanyiannya. Ia hinggap agak jauh dari saya. Saya dan Nurul bergegas menghampirinya dan dapat merakam fotonya. ya burung pekaka emas tiba-tiba menghadirkan diri petang ini. Saya cukup puas walaupun tak dapat hampir sangat. ketika saya cuba menghampirinya, seorang pemuda berlari-lari ke arah yang sama membuat si Pekakak Emas ini terperanjat, takut dan terus terbang jauh dari pandangan saya. Dalam hati saya kata, " alahai pemuda yang tampan mengapalah kau berlari ke arah burung pekaka emas itu?

4 comments:

CT said...

Salam...Burung pekaka tu memang cantik! Berapa jauh zoom yang abang gunakan?

Penabahari said...

Salam CT, saya suka sangat akan warna bulunya serta keindahan paruhnya. Saya guna lensa dengan zoom 70-300MM.

mama zharfan said...

salam ziarah...nice blog, nice pics :)

Penabahari said...

Mama Zarfan,
Terima kasih atas ziarah. Sempat singgah di Miles of Smiles..menarik dan pasti akan dikunjungi lagi. TK.