Friday, October 26, 2012

Basikalku, "Pak Lurah"

SAYA namakan basikal ini, PAK LURAH kerana warna merahnya.Ia saya beli di kedai menjual alat ganti kereta yang diimport dari Jepun dengan harga RM780.00 . Jika tak silap saya belikan basikal ini awal 2011.

Telah menjadi satu keseronokan bagi saya mengumpul basikal terpakai yang berjenama dalam pelbagai bentuk. Setakat ini saya dah kumpul lima buah basikal. Sekarang saya sedang mengintai-intai sebuah basikal Raleigh Road bike buatan England yang terpakai berwarna merah juga. Saya masih menanti keadaan yang tepat sebelum berunding dengan kedai itu mengenai harganya. Dalam masa yg sama saya juga masih mahu bertanya dengan teman tentang cara-cara membaiki basikal untuk menambah pengalaman diri.

Saya senang sekali berbasikal namun terasa sedikit kekhuatiran kerana tiada lorong khas untuk basikal di bandaraya Kuching. Saya berharap pihak perancang bandar akan mengambil kira secara serius dalam menyediakan lorong basikal untuk Kuching. Jika ia dilakukan tentu lebih banyak lagi warga kota akan berbasikal dan pasti akan mendatangkan impak positif ke atas bandaraya Kuching dari segi pencemaran dan juga kesihatan warganya. Ini pasti akan mempercepatkan bandaraya Kuching mencapai cita-citanya untuk menjadi bandar taman.


Saya harap dapat menulis sesuatu tentang basikal dalam blog ini dalam Bahasa Malaysia untuk tatapan bersama teman-teman yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai lingua franca mereka. Untuk tulisan dalam Bahasa Inggeris saya sudah sediakan sebuah blog yang saya beri tajuk " Once Upon A Time in Sarawak.


4 comments:

CT said...

Salam ziarah bang :) semuga abang sekeluarga sihat wal'afiat. "Pak Lurah" masih kelihatan 'Segak' walaupun telah lama :)Take care bang!

Penabahari said...

Waalaikum salam CT, abang dah kembali pulih setelah melakukan pembedahan kekcil. Berehat s ebulan dan sekarang kembali seperti biasa tetapi kurang cergas dan tak boileh angkat barangan berat seketika. Agak terkawal rasanya kehidupan

CT said...

Alhamdulillah jika abang telah kembali pulih...take good care of yourself bang! Salam dari kami sekeluarga...

Penabahari said...

Tedrima kasih atas keprihatinan CT. Tidak sekali menjangka menerima panggilan dari Singapura petang tadi. Abang terasa benar kemesraan CT dan famili kepada kami di Sarawak. Jika perlu hubungi saya, emel sahaja di : pharmy53@yahoo.com.my

Salam hormat dari kami di Kuching