Tuesday, September 10, 2013

MARI BERBASIKAL : mengatasi kenaikan harga minyak

Kenaikan harga minyak di Malaysia beberapa hari lalu sebanyak 20 sen agak membebankan. Jika gaya hidup kita bertahan seperti biasa maka perbelanjaan pasti akan bertambah. Apa lagi pihak lain pasti akan menaikkan harga barangan jualan mereka. Satu langkah yang s aya kira amat sesuai masa ini ialah dengan merobah sedikit gaya hidup kita dari segi pengangkutan. Masanya sudah tiba untuk kembali kepada basikal. Tentu banyak faedah kepada kita jika kita kembali menunggang basikal.

Antara kebaikannya, ia langkah ekonomikal. Perbelanjaan minyak dapat diselamatkan sedikit. Selain itu berbasikal merupakan satu senaman yang akan memberi beberapa kebaikan kepada kita  seperti pinggang yang elok, senaman untuk jantung, ketenanagan semasa mengayuh basikal dan pastinya keseronokan lebih-lebih lagi jika berbasikal bersama keluarga.

Saya sedar jalan raya negeri/kota kita masih tidak mesra basikal. Untuk mengubah sistem jalan memerlukan perancangan dan tindakan oleh pihak bandar raya dan juga penguasa tempatan lain. Jika semua mahu menerima basikal kembali dalam kehidupan kita, ia pasti akan memberi lebih banyak kebaikan dari kesusahan.
Ayuh..mari kita berbasikal. 


6 comments:

Awang Kassim said...

Activity yang sehat dan jimat.

Pena Bahari said...

Sdr Awang Kassim,
Ia baik untuk senaman jantung dan juga memudahkan kita berpeluh sekali gus dapat memberi impak yg baik bagi pesakit kencing manis kan..

Fareez Mansur said...

Cantik basikalnya

Pena Bahari said...

Yang merah tu basikal Beach cruiser, Fareez.Abg minat sangat kat basikal itu

cycle4life said...

Nmpk baru bskl ni bos,bpe hrga dn mne bole dpt

Pena Bahari said...

Cycle4life,
Bicyle Beach cruiser ni 2nd hand sebenarnya, di beli di kedai basikal yg jual basikal terpakai dekat Jalan Matang, Kuching. Ia diimport dari Jepun