DARI
KAMPUNG PULO HILIR KE SMK ST THOMAS (1)
Tahun 1967 saya menyambungkan
pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Saya diberi peluang belajar di SMK St
Thomas, Kuching, sebuah sekolah mubaligh Kristian, atas bantuan dan dorongan
guru besar SK Pulo 1967 – Cikgu Haji Kiflie Hj Ahmad.
Dari kampong Pulo Hilir ke SMK St
Thomas saya berjalan kaki merentasi kampong Pulo Ulu, Kampung Semarang, Kampung
Panglima Seman Lama dan Kampung Panglima Seman Ulu. Di Kampung Panglima Seman
Ulu saya menyeberangi sungai dengan menaiki perahu tambang.
Di seberang kampong Panglima Seman Ulu
ketika itu terdapat kilang papan dan terdapat juga sebuah kilang membuat mancis
untuk jenama mancis SARAWAK Match factory.
Saya kira kilang itu sudah lama gulung tikar.
Dari pangkalan saya berjalan merentasi
Jalan padungan. Dalam perjalanan akan melintasi kedai-kedai dan juga pawagam
Odeon yang popular dengan tayangan “Morning
show”nya dimana tiket untuk menonton hanya berharga 30 sen untuk depan dan 50
sen untuk baris belakang. Dari Padungan saya akan melalui Jalan menuju bukit
mata Kuching kemudian menuruninya hingga bertemu pawagam Rex. Saya kira jauh
perjalanan sekita 5 km. Ia dilalui pagi dan petang.
Tahun 1969 saya tidak lagi menggunakan
penambang di Kampung Panglima Seman Ulu. Saya teruskan perjalanan melalui kampong
Sourabaya hilir, Sourabaya Ulu, Gersik dan Boyan sebelum menaiki perahu tambang
di pangkalan Kampung Boyan. Saya kira jalan ini lebih pendek sedikit dan saya
banyak teman berjalan bersama , antaranya Allahyarham Wan Mortadza bin Wan
Moss, Wan Shardini bin Wan Salleh dan beberapa orang teman lain yang juga
bersekolah di SMK St Thomas.
Lima tahun belajar di SMK St Thomas.
Tahun pertama saya berjalan kaki. Tahun kedua saya mula memakai bas jika wang
cukup. Jika tak cukup mulalah membetis. Wang saku yang ayah beri sebanyak
RM1.00 untuk lima hari. 10 sehari untuk tambang perahu dan 10 sen lagi untuk
belanja di kantin. Di kantin saya punya pilihan sama ada nak minum kacang
cendol atau makan roti berinti mentega. Saya kena pilih satu sahaja kerana
harganya 10 sen.
Ada ketika jika mak ada duit dia
tambah wang saku saya dapatlah makan dan minum sekali. Jika tak ada alamatnya
makan roti dengan air paip sahajalah. Saya ingat ketika itu rotinya sangat
sedap sekali. Yalah, kita taka da duit semua abarang Nampak sedap.
Ada seorang teman sekelas saya membawa
mi goreng untuk dijual dengan harga 10 sen. Dengan teman ini saya sempat juga
makan mi yang beliau jual dan beliau tak keberatan menjual kepada saya dengan
kredit..hehe.
Pengetua SMK St Thomas ketika saya mula
belajar di sana ialah Father Wellington. Waktu hujung minggu kami ikut sebuah
kelab sekolah yang akan pergi ke rumah orang tua dan membantu membersihkan
kawasan sekitar rumah tersbut. Terlupa pula saya nama kelab itu.
Anakanda Nurul Hakimah meneruskan legasi mlanjutkan pelajaran di SMK St Thomas tapi untuk sebulan sahaja sebelum menyambung pengajiannya di UiTM Dengkil.
Saya kira cukup dulu untuk kali ini.
Terlalu banayak cerita ketika berada di SMK St Thomas. Nanti saya sambungkan
lagi pengalaman di sana.
No comments:
Post a Comment